Tuesday, September 6, 2016

PELANCONG CHINA KE MALAYSIA: ANCAMAN SISTEMATIK TERHADAP KEDAULATAN NEGARA


Malaysiakini Edisi 21 November 2005 melaporkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Jabatan Imigresen dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesan ke mana menghilangnya lima puluh ribu pelancong dari Negara China yang masuk ke Malaysia tetapi tidak pulang ke negara asal mereka.
Portal yang sama juga melaporkan bahawa pada tahun 2003, seramai lima ratus ribu (500,000) pelancong dari China datang ke Malaysia dan hanya tiga ratus lima belas ribu (315,000) sahaja yang keluar dari Malaysia atau kembali ke negara asal mereka. Ini bermakna terdapat seramai seratus lapan puluh lima ribu (185,000) pelancong dari China yang tidak dapat dikesan berada di Malaysia.
Apabila portal Sinar Harian melaporkan pada 2 September 2016 lalu, bahawa terdapat seratus ribu (100,000) kaum Cina masih belum memperolehi kewarganegaraan, penulis terpanggil untuk mengulas dan mengupas isu di atas.
Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil memberi penjelasan terhadap kehilangan pelancong Negara China yang tidak keluar dari Malaysia, samada mereka telah berjaya dikesan, kembali ke negara asal mereka atau menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir kehidupan mereka.
Jika dikumpukan bilangan pelancong China yang tidak meninggalkan negara ini atau gagal dikesan semenjak 2003-2005 adalah seramai 235,000 orang (2003 – 50 ribu dan 2005 – 185 ribu). Ianya adalah data dan statistic 13 tahun lampau. Bagaimana sekarang? Penulis tidak yakin angkanya semakin berkurangan. 
Apa yang boleh dibuat oleh bilangan seramai 235,000 orang pelancong China di Malaysia?
Mari kita lihat fakta di mana bilangan Ahli-ahli Parlimen Malaysia menang dengan majoriti yang SANGAT BESAR di kawasan Parlimen yang mereka tandingi dan majoriti pengundinya adalah mewakili kaum Cina. 
(i) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menang dengan majoriti 51,552 undi. 
(ii) Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, menang dengan majoriti 43,063 undi. 
(iii) Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, menang dengan majoriti 42,206 undi. 
(iv) Ahli Parlimen Bukit Gelugor, menang dengan majoriti 41, 778 undi. 
(v) Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua, menang dengan majoriti, 41,672 undi. 
(vi) Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menang dengan majoriti, 40, 307 undi.
Sayugia ingin saya perjelaskan bahawa isu ini merentasi sempadan antara kaum dan politik kepartian. Saya tidak berminat mengupas pertembungan, konflik dan strategi pelbagai pihak yang mempunyai pelbagai konflik kepentingan.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara yang telah, sedang dan akan terus diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
Saya sangat berharap agar kerajaan sedia ada mempunyai kaedah dan mekanisme yang bersesuaian serta konkrit dalam menghadapi ancaman pelancong-pelancong dari China ini.
Saya juga mengharapkan agar rakyat Malaysia lebih proaktif melaporkan sebarang elemen yang mencurigakan dari mana-mana pihak yang mungkin menjadi dalang kepada penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara sistematik.
Lebih dari itu, saya tidak mampu bersangka baik bahawa kedaulatan dan keselamatan negara kini telah lama diceroboh secara sistematik melalui kaedah-kaedah sah perundangan negara (permohonan kewarganegaraan).
Saya yakin dan percaya bahawa tuntutan kewarganegaraan seramai seratus ribu (100,00) orang penduduk tetap (sebagaimana yang didakwa) mempunyai agenda tersirat dan dilakukan secara sistematik demi suatu misi dan visi yang panjang ke atas Negara Malaysia ini.
Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sama-sama bertanggungjawab dan memikul tugas membanteras aktiviti-aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia sebegini selain memperketatkan penguatkuasaan Fasal-fasal tertentu Perlembagaan dan undang-undang imigresen terhadap pemberian kewarganegaraan dan pemerdagangan manusia.
Zamzuri Mohamed Tahir

No comments:

Post a Comment