Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mula memperkenalkan perkhidmatan bas percuma GO-KL City sejak Ogos 2012.
Perkhidmatan bas Go-KL ini selain dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, ia juga dapat memendekkan masa perjalanan dan seterusnya dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kos sara hidup warga Kuala Lumpur.
Ramai warga kota menggunakan perkhidmatan bas percuma ini, oleh itu dakwaan sesetengah pihak mengenai bas GO-KL tidak mendapat sambutan adalah tidak benar sama sekali. Bas ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai antaranya akses ke kawasan yang menjadi tumpuan seperti KLCC, Central Market, Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan kawasan pusat perniagaan utama di bu kota.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md. Ikhsan telah turun padang melihat dan merasai sendiri sambutan masyarakat terhadap perkhidmatan Bas GO-KL ini. Dalam tinjauan ini, beliau melihat sendiri bas GO-KL ini diterima baik oleh masyarakat Malaysia dan pelancong. Rata-rata rakyat gembira dan menyambut baik bas percuma GO-KL ini terutama pelancong asing.
Bas GO-KL ini juga mesra Orang kelainan Upaya (OKU dengan menyediakan tempat kerusi roda 'ramp' dan lantai rendah untuk memudahkan golongan tersebut dan warga emas. etiap Bas GO-KL juga dilengkapi 4 kamera CCTV, sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem penjejakan GPS.
“
GO-KL merupakan alternatif pengangkutan yang dikawal selia sepenuhnya oleh Suruhanjaya SPAD bagi memudahkan pergerakan warga kota di sekitar Kuala Lumpur. Dianggarkan 27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian GoKL dan dengan 20 bas baharu ini, SPAD berharap jumlah penumpang akan terus meningkat.
No comments:
Post a Comment