Friday, June 24, 2016

WANITA LEBIH BIJAK, LELAKI CEPAT LUPA !



Satu kajian menunjukkan kaum perempuan yang bijak membuatkan lelaki rasa terancam dan menjadi sebab utama mereka tidak akan bercinta dengan wanita yang ‘berotak’.

Laporan daripada Market Watch, mendedahkan bahawa lelaki sukakan wanita yang bijak, tetapi bukan wanita yang lebih bijak daripada mereka.

Ini terbukti di Malaysia ramai wanita dapat masuk ke IPT berbanding lelaki kerana kemampuan otak mereka menyimpan maklumat lebih dari  lelaki. Mereka juga bijak mengunakan maklumat tersebut jika kepentingan dan hak mereka diganggu.

Manakala lelaki pula, kemampuan otak mereka kebanyakannya lembab dan cepat lupa. Hari ni belajar, sekejap lagi dah lupa. Nak tikam nombor ekor pun boleh lupa. Tu belum kira terlupa nama masa akad nikah. Lupa letak motor kat mana, lupa tarikh lahir isteri, lupa tarikh nikah ...macam-macamlah lelaki ni kalau bab lupa, kecuali nak kawin lagi.

Oleh itu para suami jangan hairan jika kesalahan mereka 10 ke 100 tahun lepas pun isteri boleh ingat dengan detail. Sedangkan kesalahan isteri semalam, hari ini suami dah lupa.

Sebab itulah lelaki lebih banyak sifat pemaafnya dari perempuan kerana lelaki mudah melupakan kesalahan-kesalahan isteri seperti lupa masak nasi, gulai tak cukup garam, terbeli peti sejuk RM3000 guna kad suami dan lain-lain lagi yang banyak melibatkan RM. Tapi perempuan, bila suami baru tersalah kahwin lagi satu pun dia ingat sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment