Bila kita beri sejengkal dia nak sehasta, bila kita bagi sehasta dia nak sedepa, bila kita beri sedepa dia nak diai nak berdepa-depa. Itu namanya cacing sudah naik ke mata. Beri betis sudah minta peha. Pembaca janganlah rasa tergejut pula, cerita ini berlaku dekat negara Pasir Berdegung. Dekat negara kita ceritanya lain ...tak sama.
Cerita dinegara kita pula yang tidak ada bersangkut paut dengan cerita diatas adalah berkenaan dengan satu syarikat tambang murah, Air Asia yang mahu menukarkan atau lebih tepat menggunakan nama LCCT 2 (Terminal Penerbangan Tambang Murah 2) untuk promosi syarikat mereka mengantikan KLIA2.
Sekarang ini sudah macam jadi perdebatan dan pergeseran pula antara Air Asia dengan MAHB berkenaan pertukaran nama tersebut. Air Asia dengan sikapnya yang mahu nama tersebut ditukar manakala MAHB tegas dengan pendiriran mahu ia dikekalkan.
Melihat kemelut remeh temeh ini tidak berkesudahan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tegas dan bijak menyelesaikan kemelut ini. "Tidak ada keperluan untuk menukar nama KLIA2" ujar beliau.
Kerajaan tidak menolak sebarang cadangan untuk memberi input yang lebih baik kepada KLIA2, tetapi untuk menukar nama kerajaan melihat ia sebagai satu keperluan yang perlu diutamakan. Sesiapa sahaja boleh terus memberi idea dan cadangan, tidak ada sekatan....cuma cadangan Air Asia buat masa ini tidak diterima lagi.
Sebenarnya tukar nama KLIA2 ini tidak langsung praktikal dan kena pada tempatnya. Untuk buat sebarang perubahan tidak perlu untuk menukar nama. Tidak ada kaitan antara nama dengan keuntungan atau kerugian sesuatu syarikat.
Jika ada business yang terjejas, ia langsung tidak ada kaitan dengan nama. Penumpang memerlukan perkhidmatan yang terbaik dan selamat, bukan kerana nama atau yang berkaitan dengannya. Jadi Air Asia tidak boleh meletakkan business mereka terjejas kerana reka bentuk atau nama KLIA2.
No comments:
Post a Comment