Sunday, April 24, 2016

BATAL LESEN RAYANI AIR TINDAKAN TERAKHIR DCA


Rentetan dari pelbagai episod yang membelenggu Riyani Air selama ini, Jabatan Pernerbangan Awam (DCA) tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen jika penjelasan mereka berkenaan operasi syarikat penerbangan tersebut tidak memuaskan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan masih lagi memberi runag untuk Rayaani Air memberi penjelasan kepada DCA berhubung dengan bermacam-macam isu berlegar sepanjang tiga bulan ini. 


Andai tindakan pembatalan lesen ini berlaku, ianya sudah tentu mengambil kira faktor kemampun dan keupayaan syarikat tersebut dalama meneruskan operasi mereka. Ada banyak faktor yang kerajaan kena fikirkan kemungkinannya terutama faktor keselamatan. 


Sehingga kini syarikat Rayani Air hanya dikenakan tindakan pengantungan sementara Sijil Operator Udara (AOC) selama tiga bulan bermula sejak 11 April 2016. Tidakan pengantungan ini dikeluarkan oleh DCA adalah selepas mereka mengantungkan operasi mereka tanpa mendapat kebenaran DCA 8 Apil lalu.

Ketika ditanya berkenaan kegagalan Rayani Air gagal melunaskan tunggakn gaji pekerja mereka Tiong Lai menjawab, para pekeraja Rayani Air boleh menyalurkan aduan mereka itu kepada pihak berkuasa yang diwujudkan kerajaan bagi melindungi hak pekerja-pekerja. 

Justeru itu mereka boleh mengambil tindakan undang-undang andai sekiranya perbincangan mereka dengan pihak majikan mereka mengalami jalan buntu dan tiada penyelesaian. 

Sementara itu Pengurus Operasi Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Zulkarnain Azdan  mewakili kakitangan syarikat tersebut berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air Ravi Alagendran dan isterinya Datuk Karthiyani Govindan.

Menurutnya pekerja Rayani Air juga rasa tertipu kerana bukan gaji sahaja yang tertunggak, bahkan caruman Wang KWSP pun dikatakan tiada pemotongan dibuat. Walaupun Ravi telah dihubungi berkali-kali, namun masih belum ada lagi jawapan dan khabar bagaimana beliau mahu menyelesaikan masalah ini. 

Menurutnya lagi, mereka juga amat kesal dengan tindakan Ravi yang mengunakan saluran media, memutar belitkan cerita kononya pekerja melakukan mogok dan mensabotaj Rayani Air padahal ini semua adalah tidak berasas sama sekali. 

Keputusan pengantungan operasi itu dibuat tanpa ada perbincangan pun dengan mana-mana pihak samada pekerja mahupun dengan pihak DCA. Tindakan mereka ini memberi kesan psikologi kepada pekerja yang berdepan dengan masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan. 

No comments:

Post a Comment