Setelah sekian lama kempen boikot McDonalds ini dijalankan di Malaysia, timbul persoalan didalam kotak fikiran saya, sejauh mana kempen ini memberi impak positif kepada keselamatan rakyat Palestin ?
Adakah Regim ganas Israel sudah menghentikan pencerobohannya di Tanah penempatan Palestin ?
Atau adakah rakyat Palestin sudah bebas dan hidup aman damai dan selamat dari menjadi SASARAN keganasan tentera Israel ?
Jawabannya sudah pasti amat mengecewakan bukan...!!!
Tidak seinci pun Tanah rakyat Palestin dibebaskan dan tidak ada seorang pun dari rakyat Palestin yang selamat dari buruan peluru-peluru yang memburu dan meratah tubuh badan mereka.
Kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin tidak pernah berakhir bahkan setiap hari mereka semakin ganas dan bertambah biadap.
Buktinya ;
(1) 5 Disember 2015 yang lalu empat orang penduduk Palestin ditembak mati oleh askar Israel kerana dituduh bersubahat membunuh anggota mereka di utara Tebing Barat, Ramalah.
(2) 15 Oktober 2015, dua remaja Palestin ditembak mati polis Israel setelah disyaki mereka dalang yang menyerang anggota keselamatan Israel. Mereka dibunuh di dua lokasi yang berbeza, seorang remaja berusia 20 tahun dan seorang lagi berusia 23 tahun.
(3) 11 Julai 2015, Israel merampas barangan bantuan termasuk Wang yang dibawa kepada rakyat Palestin oleh beberapa Persatuan dari Malaysia yang mana Aman Malaysia menjadi penyumbang utamanya. Tindakan ini berikutan Aman Palestin telah diletakan dalam senarai pengganas oleh regim Israel.
(4) 19 September 2015, tiga penduduk Palestin cedera selepas polis Israel melepaskan tembakan ke arah mereka di Kafr Kaddum yang berhampiran dengan Nablus. 3000 anggota polis dikerahkan ke sekitar Masjidil Aqsa setelah tercetus keganasan berikutan sambutan Tahun Baru Yahudi.
(5) 19 November 2014, sebuah rumah penduduk Palestin dibom tentera Israel setelah ada diantara ahli keluarga mereka dituduh merempuh dua penduduk Israel disebuah perhentian bas di Israel.
Ini merupakan sebahagian senarai keganasan regim Israel yang mampu saya kumpulkan bagi membuktikan bahawa selepas kempen boikot McDonalds yang dilaksanakan di Malaysia tidak langsung memberi kesan kepada tindakan Israel atau membantu pihak Palestin.
Bahkan regim Israel berterusan menganas tanpa henti setiap saat memburu dan membunuh penduduk Palestin.
Adakah ini bermakna kita gagal dalam kempen boikot ini ??? Tidak !!! Tidak timbul persoalan kita gagal, tetapi kenyataan sebenarnya kita telah SALAH !
Kita telah salah memilih musuh dalam usaha memberi tekanan kepada Israel sedangkan McDonald's tidak ada kena dengan kezaliman Israel yang dilakukan terhadap penduduk Palestin.
Tidak ada sekelumit pun sumbangan McDonald's kepada kempen keganasan Israel samada dalam bentuk sokongan mahupun sumbangan dana.
SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA !
Pemuda Selempang Merah (Bani Jawi)
No comments:
Post a Comment