McDonald's Malaysia merupakan restoran khidmat segera yang pertama di iktiraf halal. McDonald's telah menetapkan syarat-syarat yang sangat ketat dalam memastikan produk makanan agar menepati piawai halal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini bagi memastikan setiap proses dan pemeriksaan yang telah dilaksanakan mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.
Bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM, McDonald's perlu memastikan hanya pembekal yang mandapat pengiktirafan dan disahkan halal oleh JAKIM sahaja boleh membekalkan produk kepada mereka. Ini bermakna pembekal bahan makan ke McDonald's pun JAKIM akan buat pemeriksaan.
Selain pembekal tempatan, McDonald's juga mempunyai pembekal dari luar negara. Sepertimana pembekal tempatan, pembekal luar negara juga akan melalui proses yang sama smeperti pembekal tempatan oleh penguatkuaasa Halal di luar negara. Pembekal luar negara diwajibkan mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.
Menurut Puan Rosedalina Ibrahim, Pengurus Kanan Rantaian Bekalan Makanan McDonald's , produk McDonald's bukan sahaja wajib 100 peratus halal bahkan mesti berkualiti tinggi. Selain JAKIM , McDonald's juga mempunyai jawatankuasa halal sendiri dan juga penasihat bebas yang akan memastikan setiap produk makanan McDonald's 100 peratus halal menepati kehendak syarak serta berkualiti tinnggi.
Antara pembekal utama McDonald's Malaysia adalah MacFood Services (M) Sdn. Bhd. MacFood mempunnyai pengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang membekal makanan halal. MacFood telah mendapat pengiktirafan dari pihak antarabangsa dan tempatan dalam mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi.
MacFood akan memastikan setiap produk yang diproses dan dikeluarkan memenuhi syarat-syarat halal dan dijamin kualitinya. MacFood amat menitik beratkan kualiti, kesegaran dan kebersihan produknya. Seperti McDonald's, produk masuk ke dalam MacFood juga mesti mendapat kelulusan sijil halal dari JAKIM.
JAKIM dan SIRIM akan sentiasa melakukan pemeriksaan ke premis MacFood bagi memastikan kawalan piawaian makanan oleh MacFood sentiasa mengikut standard dan halal. Pemeriksaan ini akan dibuat secara rawak bila-bila masa tanpa memberi apa-apa notis. Ini bagi memastikan agar MacFood sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
Dalam memastikan produk keluarnya halal dan terbaik, MacFood amat menitik beratkan kesihatan pekerjanya. Mana-mana pekerj yang kurang sihat tidak akan sesekali dibenarkan masuk ke premisnya. Ini bagi memastikan kualiti makanan tidak terjejas akibat daripada kesihatan pekerjanya.
MacFood akan memastikan setiap bahan terutama berkaitan makanan yang masuk ke premisnya adalah halal dan disahkan oleh JAKIM. Kawalan ketat ini bukan sahaja menjamin keselamatan produknya bahkan memberi keyakinan kepada pelanggannya.
Jika dibuat bandingan dengan makanan yang anda proses untuk masak sendiri dari rumah setiap hari, saya pasti belum tentu JAKIM akan mengiktiraf masakan anda halal 100 peratus walaupun anda seorang muslim. Ini kerana standard halal JAKIM merangkumi semua aspek termasuk kebersihan dan kesihatan.
No comments:
Post a Comment