Antara faktor yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan serantau adalah dengan meningkatkan perhubungan pengangkutan antara negara. Justeru itu kerajaan tela berusaha menjadikan Malaysia sebagai pasaran penerbangan ketiga terbesar menjelang 2020. Oleh itu langkah kerajaan mengadakan rundingan perjanjian pengangkutan udara ASEAN - India merupakan landasan bagi merealisasikan visi negara.
Rundingan perjanjian ini bertujuan menambah peruntukan tempat duduk dari 20,000 kepada 40,000 seminggu ke India dalam usaha meningkatkan operasi perkhidmatan udara ke negara India. India kini berada di kedudukan kesembilan terbesar di dunia dalam pasaran penerbangan awam. Dengan nilai anggaran US16 bilion , India dikatakan bakal menawarkan potensi pertumbuhan yang besar menjelang 2020.
Oleh itu Malaysia perlu mengambil peluang melalui rundingan ini untuk menambah 20,000 lagi peruntukan tempat duduk seminggu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap Malaysia dapat meningkatkan lagi destinasi penerbangan ke seluruh destinasi di India dimana ketika ini syarikat penerbangan yang beroperasi selain Malaysia Airlines Berhad (MAS) adalah AirAsia X dan Malindo Air.
Ketika ini 24 penerbangan telah merentasi seluruh kota-kota besar di India antaranya New Delhi, Culcatta, Mumbai, Chennai, Bangalore, Hyderabad, Goa, Jaipur, Port Blair, Kochi, Ahmadabad dan Tiruchirappali. Melalui perjanjian dan rundingan ini Malaysia berharap sasaran untuk mendapat lagi 20,000 tempat berjaya. Masih ada lagi bandar-bandar yang mana syarikat penerbangan kita tidak lalui. Antara bandar yang belum kita lalui ialah Chandigarh, Coimbatore, Madurai, Pune, Vijay awanda, Manglore, dan Srinagar.
Liow juga melahirkan rasa berbesar hati kerana dapat mewakili Menteri Pengangkutan Asean dalam rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara Asean -India dan berharap rundingan ini dapat meningkatkan lagi perhubungan pengangkutan udara di rantau Asean.
No comments:
Post a Comment