"Mencari yang halal itu fardhu (wajib) bagi setiap umat Islam". Agama Islam amat menitik beratkan soal halal dan haram dalam kehidupan umatnya terutama didalam soal memilih makanan. Justeru itu umatnya diwajibkan mengambil makanan yang halal lagi baik dari sumber rezeki yang halal.
Walaupun umat Islam di Malaysia sudah ada kesedaran untuk memilih makanan yang halal, namun masih ramai diantara mereka yang mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terhadap beberapa premis makanan segera terutamanya McDonald's Malaysia yang kononnya menyediakan makanan yang tidak halal dan memudharatkan kesihatan.
Seharusnya orang ramai terutama umat Islam tidak perlu rasa was-was terhadap hidangan makanan direstoran makanan segera yang mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti McDonald's.
Selain JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Negeri (JAIN) juga menjalankan pengauditan menyeluruh terhadap setiap restoran dan kilang dari setiap aspek bahan mentah, kebersihan, proses penyediaan, pekerja, peralatan, peyimpanan, Pengangkutan dan juga persekitaran restoran dan kilang.
Ini bermaksud JAKIM mengawal proses halal dari "A" sampai ke "Z", dan proses pemantauan ini dijalankan berkala oleh JAKIM.
Bagi memastikan kesemua produk McDonald's mematuhi syarat halal, McDonald's Malaysia menubuhkan audit halal dalaman. Jawatankuasa Halal Dalaman akan melantik pekerja Muslim bagi memastikan pematuhan piawaian halal yang ditetapkan sentiasa berterusan.
Justeru itu tuduhan liar dilaman sosial kononnya JAKIM menarik balik Sijil Pengesahan Halal bagi syarikat McDonald's adalah tidak benar sama sekali.
Sijil halal restoran McDonald's TIDAK PERNAH digantung atau ditarik balik. Orang ramai janganlah mudah terpengaruh dan terpedaya dengan berita palsu dilaman media sosial.
McDonald's menegaskan bahawa setiap produknya termasuk sos-sos yang diimport oleh McDonald's Malaysia disahkan seratus peratus halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa yang diiktiraf oleh JAKIM.
Untuk sebarang kemuyskilan dan pertanyaan lanjut berkenaan status halal McDonald's Malaysia, pelanggan boleh merujuk kepada laman web rasmi JAKIM atau hubungi Hab Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 atau Talian Khidmat Pelanggan McDonald's Malaysia ditalian 03- 2726 5600.

No comments:
Post a Comment