Irqa Mohamed berkata, dia menjadi mangsa perkauman kerana memakai tudung ketika menaiki bas di Islington, di sini.


Menurutnya, seorang lelaki kulit putih yang 'gila' tiba-tiba datang meludah dan mengejeknya sambil diperhatikan penumpang lain tanpa berbuat apa-apa.

“Seorang lelaki meludah dan memaki saya kerana saya memakai tudung, penumpang lain tidak berbuat apa-apa selain tersenyum.

“Lelaki tersebut menggelar saya sebagai pengganas. Dia seakan-akan seperti orang gila dan menyatakan orang-orang seperti saya datang ke negara ini (England) dan mengambil semua pekerjaan yang ada di sini.

Irqa berkata, dia berasa amat sedih kerana tiada seorang pun penumpang dalam bas yang penuh itu bangun untuk mempertahankan dirinya dan menghalang kejadian tiu berlanjutan.

“Kejadian itu berlanjutan sehinggalah seorang rakan saya menaiki bas sama dan menegur perbuatan itu,’’ katanya.

Gadis berusia 20 tahun itu kemudian membuat aduan kepada Polis Pengangkutan British (BTP) tentang kejadian tersebut.

Jurucakap BTP berkata, mereka telah menerima laporan insiden tersebut dan kes itu akan diserahkan kepada Polis Metropolitan.