Monday, December 28, 2015

REBAT DIKEMBALIKAN SELEPAS 24 JAM




Rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tambah nilai Prabayar mudah alih akan dibayar balik ke akaun Pengguna dalam tempoh 24jam selepas tambah nilai dibuat.

Sebagai contoh, apabila Pengguna menambah nilai RM10, Pengguna akan menerima kredit bernilai RM9.43 dan RM.0.57 (6%) akan dipotong sebagai GST.

Kemudian Pengguna akan menerima kembali RM0.57 sebagai rebat dalam tempoh. 24jam.

Mulai 1 Januari 2016, stok isian semula prabayar yang lama akan dijual pada harga asal.

Pembekal perkhidmatan diberi masa selama 15 hari untuk memastikan pengedar dan ajen mematuhi arahan.

No comments:

Post a Comment