Felda terus mengorak langkah, meneruskan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Usahawan Felda yang kini telah mencapai angka 22,235 orang seharusnya berbangga dan bersyukur dengan bantuan serta sokongan berterusan dari Felda.
Ini kerana nilai jualan produk usahawan Felda bakal mencecah RM2 bilion. Keyakinan ini berdasarkan sokongan oleh penambahan tawaran produk di luar negara. Saya yakin menjelang hujung tahun ini sasaran ini akan tercapai.
Mengambil kira nilai jualan keluaran Felda pada sembilan bulan pertama tahun ini yang mencecah RM1.27 bilion, sudah pasti sasaran ini tidak sukar untuk dicapai.
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Ekonomi Felda Ab Ghani Mohd Ali, berkata Felda merancang untuk membuat promosi dan jualan di pasar raya Lulu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha mereka untuk mencapai angka RM2 bilion.
Jika dulu kita hanya ada enam produk di pasaraya besar Lulu, kini kita telah tambah kepada lapan produk.Bukan itu sahaja kita akan berusaha meningkatkan promosi jualan sehingga mencapai sasaran yang diharapkan, dengan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi nilai jualan produk usahawan Felda di luar negara, tambahnya lagi.
Walaupun nilai jualan usahawan Felda tahun 2014 agak menyusut, iaitu RM1.89 bilion berbanding tahun 2013 iaitu RM2.29 bilion, Felda yakin sasaran untuk mencapai RM2 bilion akan tercapai.
No comments:
Post a Comment