Thursday, October 29, 2015

ANAK FELDA SENING BERJAYA CIPTA KERETA LUMBA



Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Itulah perkataan yang paling sesuai dengan seorang anak Felda yang berjaya mencipta sebuah kereta lumba ala Formula One. 

Minatnya  anak muda dari Felda Sening, Johor yang mendalam pada sukan Formula One memotivasikan dirinya mencipta satu prototaip Formula One. Amzarudin 34 yang berpengalaman sebagai mekanik kereta di bengkel bapanya mengambil masa selama 56 jam untuk menyiapkan sebuah model prototaip kereta Formula One.

Apa yang lebih menarik dengan kos untuk menyiapkan kereta tersebut hanyalah RM2,200 sahaja, kereta yang berenjinkan  Daihatsu ini mampu mencecah 70 hingga  120km/jam.

Menakjubkan, tanpa sebarang rujukan modifikasi pelan dan stabiliti kereta tersebut, anak muda FELDA Sening ini mampu menyiapkan  kenderaan prototaip sepanjang 2.1 meter. 

Sewajarnya pemimpin masyarakat membuka mata diatas usaha anak muda ini. Dalam keadaan yang serba kekurang dia mampu mencipta sesuatu yang diluar jangkaan. Bayangkan jika dia diberi latihan, diasah bakatnya, dimotivasikan dan diberi peluang lebih luas, saya yakin beliau mampu pergi lebih jauh.

Yang lebih penting,beliau bakal menjadi ikon kepada anak-anak muda diluar sana yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang inovasi. Tidak kisahlah dimana dia bermula, yang penting dimana akhirnya kita hendak bawanya.

Sekurang-kurangnya anak muda FELDA ini telah memberi inspirasi baru dalam usaha mereka meningkat kemampuan minda dan minat mereka.

Apa yang saya dapat kongsikan disini agar harapan anak muda ini tidak berakhir begitu sahaja. Inilah kata-kata harapannya: 
"Apa yang saya mahu adalah membantu masyarakat di sini dikenali dan mungkin mendapat sedikit dana untuk menjalankan aktiviti buat generasi muda."

"Saya juga berharap diberikan peluang bekerjasama dengan syarikat petroleum seperti Shell dan Petronas untuk mengklon ciptaan saya," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment