Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahu Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkecuali daripada terbabit dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipersoal oleh rakyat berikutan timbulnya dakwaan pertemuan Anggota Parlimen DAP itu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura. "Saya awal-awal lagi telah mencadangkan kepada Tony Pua untuk mengecualikan dirinya. Saya guna bahasa yang berlapik, saya nampak macam dia tahu begitu banyak tentang soal dan masalah 1MDB. "Buat masa ini belum ada pengesahan tentang Tony Pua adalah pembangkang yang jumpa dengan Justo," katanya.
Shahrir berkata dakwaan terhadap Pua itu membabitkan integriti PAC sebagai jawatankuasa penting dalam Parlimen yang diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan. Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.
Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburukkan kerajaan Malaysia. Bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi pada Isnin lepas memberitahu akhbar The Star bahawa beliau telah berjumpa Justo yang mengakui menemui beberapa pemimpin pembangkang yang ingin membeli maklumat untuk memburukkan kerajaan berkaitan 1MDB, di London dua atau tiga kali pada 2012 dan 2013. Shahrir juga berkata jika benar Pua telah bertemu Justo, beliau perlu mengakuinya. "Dia pun tak nak cakap sama ada dia ada jumpa Justo atau tidak, padahal kalau dah pergi jumpa, cakaplah sudah jumpa," katanya.
Sementara itu Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan Pua yang bersikap agresif dan lantang dalam menyampaikan maklumat mengenai 1MDB hasil siasatan PAC dilihat telah mengganggu siasatan telus yang dijalankan sebelum ini. "Sebagai orang dalam PAC, anda perlu tegas, perlu menganalisis sesuatu perkara sebelum diceritakan kepada orang. "Memang dia tidak layak berada dalam PAC, hari-hari menimbulkan masalah untuk kepentingan politik. Kalau memang kita rasa ada salah (isu 1MDB), kita siasat betul-betul, jangan suka buat huru-hara," katanya. BERNAMA

No comments:
Post a Comment