Sunday, March 15, 2015

BETUL LAH CAKAP RAFIZI ......, HUTANG NEGARA MENIMBUN, ISHHH...!!!



Hutang Negara Bahagian 1: Memahami Hutang Kerajaan oleh: Norman Hutang negara adalah salah satu topik hangat yang menjadi bualan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Selain daripada pakar ekonomi dan tokoh akademik, perihal tentang hutang negara ini juga menjadi buah mulut rakyat biasa terutamanya di dalam ruangan media sosial. Isu hutang negara dijadikan isu politik dan sosial apabila ada segelintir daripada kita yang risau tentang paras hutang negara yang dikatakan berada pada paras kritikal. Kebanyakan pemahaman tentang hutang negara dikalangan masyarakat dibentuk oleh fahaman politik. Ada yang mengatakan hutang negara membebankan dan ada yang mengatakan hutang negara adalah mampan dan sihat. Sebelum kita membuat kesimpulan tentang hutang negara itu elok juga kita faham apa itu sebenarnya hutang negara. Apa itu hutang negara? Hutang negara yang dibincangkan di sini adalah lebih tepat merujuk kepada hutang awam (public debt) atau hutang kerajaan (government debt). Kedua-duanya adalah sama hutang awam=hutang kerajaan. Manakala hutang seisi rumah (household debt), hutang sektor swasta (private debt) adalah dua perkara lain dan berbeza dan tidak termasuk didalam kategori hutang awam yang tidak akan dibincangkan disini. Hutang awam adalah hutang oleh kerajaan persekutuan kepada semua pemberi hutang. Kebanyakan negara berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan pada tahun tertentu. Kerajaan setiap tahun akan mengutip cukai dan menerima hasil yang dipanggil pendapatan kerajaan. Setiap tahun juga kerajaan akan membelanjakan wang yang terbahagi kepada dua kategori perbelanjaan iaitu perbelanjaan mengurus (operating expenditure) dan juga perbelanjaan pembangunan (development expenditure). Setiap tahun Menteri Kewangan akan membentang belanjawan tahunan (bajet/budget) di parlimen untuk menerangkan berapa hasil kutipan kerajaan dan juga berapa perbelanjaan kerajaan untuk tempoh tahun tersebut. HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN Apabila pada suatu tempoh tahun tersebut hasil kerajaan yang dikutip melebihi perbelanjaan kerajaan, keadaan ini dipanggil sebagai belanjawan lebihan (surplus budget). Apabila hasil kerajaan kurang daripada perbelanjaan kerajaan ia dipanggil sebagai belanjawan defisit (deficit budget) dan jika hasil kerajaan pada tahun tertentu itu sama dengan perbelanjaan kerajaan ia dipanggil belanjawan berimbang (balanced budget). DEFISIT KERAJAAN PERSEKUTUAN (PERBELANJAAN TOLAK HASIL) Jadi anda semua perlu membezakan defisit dengan hutang awam kerana defisit itu bukan hutang. Defisit adalah kekurangan dana atau terlebih belanja didalam belanjawan tahunan. Defisit ini yang menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan yang lebih daripada hasil yang dikutip kerajaan. Ingat defisit dan hutang itu adalah dua perkara yang berbeza. Hutang negara dikira dalam jumlah berapa Ringgit Malaysia dan juga dikira berbanding jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP). [KDNK secara ringkasnya bermaksud saiz ekonomi negara].  Bagaimana kerajaan berhutang? Kerajaan berhutang dengan menerbitkan bon (sejenis instrumen hutang) kepada awam seperti bank, KWSP, KWAP dan juga orang ramai. Bon ini adalah kertas sebagai janji dimana pada tempoh masa tertentu kerajaan akan membayar balik wang (principal) yang dipinjam setelah habis tempoh matang (maturity date) bon dan kerajaan juga akan membayar sejumlah wang faedah (interest) mengikut kadar yang telah ditetapkan didalam bon tersebut. Contohnya: Kerajaan Malaysia melalui Perbendaharaan Negara (treasury) menerbitkan bon sebanyak RM1,000,000 kepada awam untuk tempoh masa 10 tahun dengan kadar faedah 3% setiap tahun.Pelabur yang melanggan bon (meminjamkan duit kepada kerajaan) akan menerima faedah 3% atau RM30,000 setiap tahun daripada kerajaan untuk tempoh masa 10 tahun.Setelah tempoh 10 tahun iaitu tempoh matang bon itu tamat, kerajaan akan memulangkan RM1,000,000 prinsipal atau wang pelanggan bon tersebut. Hutang awam atau bon ini kebanyakannya diterbitkan oleh kerajaan didalam negeri bermakna hutang awam dipegang oleh pelabur didalam negeri. Kerajaan juga ada meminjam wang daripada luar negara dengan menerbitkan bon daripada peminjam/pelabur luar. Hutang ini dipanggil sebagai hutang luar (external debt). Dibawah Akta Pinjaman Luar Negeri 1963parlimen menetapkan had siling pinjaman luar negara pada RM30bil sahaja: Oleh sebab itu kebanyakan hutang kerajaan dipinjam daripada dalam negeri dan dalam Ringgit Malaysia. Rujuk: PINJAMAN DALAM DAN LUAR NEGERI Gambarajah dari Laporan Ketua Audit Negara diatas menunjukkan jumlah pinjaman dalam negeri dan juga luar negeri yang dipinjam oleh kerajaan persekutuan setiap tahun. Jumlah hutang luar negeri adalah pada kadar yang minima dan masih dibawah daripada paras siling yang ditetapkan perlembagaan negara. Trend hutang kerajaan Pada awal tahun 90 an kerajaan dibawah Menteri Kewangan Dato Sri Anwar Ibrahim pada masa itu memacu ekonomi negara yang berkembang pesat.

No comments:

Post a Comment