Friday, February 6, 2015

PASARNITA MEMBANTU USAHAWAN KECIL WANITA


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawah Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita hari ini telah mengambil inisiatif menganjurkan jualan dan pameran produk sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Pasarnita yang berlangsung selama tiga hari sejak semalam telah mempamerkan ruang Gerai jualan dan pemeran produk di Central Market.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Penasihat kepada Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita berkata, penganjuran Pasarnita itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita di negara ini.




"Fokus utama Pasarnita adalah memberi ruang dan peluang kepada peniaga mempamerkan dan menjual produk mereka di samping melebarkan jaringan perniagaan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pasarnita Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Beliau turut berharap, program ini dapat menjadi titik permulaan bagi usahawan wanita memulakan dan memperluaskan perniagaan mereka.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Antara barangan yang dijual di Pasarnita ialah kuih-muih, pakaian dan barangan perhiasan rumah.


No comments:

Post a Comment