Thursday, February 5, 2015

ISU HARGA BARANG DEGIL


Saya terfikir-fikir sejak dua tiga hari ini dengan suasana panas di media berkaitan nama Ismail Sabri yg tiba-tiba meletup sebagai pejuang bangsa. Ianya memberi gambaran beliau kini pahlawan Melayu yg begitu hebat. Begitu ramai orang menjadikan beliau ikon pejuang Melayu. Saya terlopong melihat slogan "Kami Ismail Sabri". Wahhh...tetiba je...tetiba je...saya naik keliru.

Saya bangga melihat orang Melayu begitu kuat semangat memperjuangkan maruah bangsa bila ada dikalangan tokoh politik kita diserang tetapi kita mungkin hanya kuat bersorak. Ketika bangsa cina buka kedai dikampung kita bukan main lagi...kitalah yg berpusu2 masuk kedai.

Apa yang ingin saya katakan adalah, fenomena "saya Ismail Sabri" ini sebenarnya telah memberi political mileague yg begitu besar kepada menteri pertanian dan asas tani ini. Jika esok ada pemilihan umno, dan dia bertanding kerusi naib presiden..pasti menang mudah (hahaha). NAMUN, soalan saya adakah teriakan mempertahankan Ismail Sabri ini mampu mencapai objektif sebenar teriakan dihati 28 juta rakyat Malaysia untuk mendapat pertolongan kerajaan berusaha menurunkan harga barang?

Adakah boikot dan ketegangan antara dua bangsa ini boleh mencapai objektif sebenar menurunkan harga barang. Adakah menteri di Malaysia hanya mampu menarik rakyat utk berteriakkan di sana sini untuk memboikot barangan mahal? Di mana kuasa politik yg diturunkan oleh rakyat melalui undi di dalam pilihanraya. Adakah rakyat memilih pemimpin yg hanya akan mengetuai pakatan memboikot? 

Saya mengharapkan kerajaan mampu melakukan lebih dari itu kerana undi rakyat terlalu mahal. Rakyat mengundi untuk kuasa politik bagi membela nasib mereka.

Gunakanlah kuasa politik untuk memastikan peniaga2 ini menurunkan harga barang. Tunjukkan kuasa yg rakyat berikan kepada kerajaan dengan sepenuhnya. Aplikasikan segala mekanisma wajar untuk memberi tekanan kepada peniaga.

Menteri pertanian berkuasa untuk mengawal segala hal berkaitan barang asal pembuatan makanan. Kerjasama menteri pertanian dan menteri kpdnkk sepatutnya mampu membawa kepada sesuatu yg boleh membanggakan rakyat.

Ini bukan isu perkauman. Ianya tidak akan menyelesaikan masalah. Isunya harga barang degil. Fokuskan kepada masalah sebenar, jangan cipta masalah lain.

Salam keliru,
Anina Saadudin
Lecturer& Project Manager
(Bank Rakyat/Unirazak Research Collaboration)
Bank Rakyat School of Business and Entrepreneurship
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

No comments:

Post a Comment