Sunday, December 21, 2014
MALAYAN UNION 1 - Suara Melayu dipinggirkan
Perancangan Penubuhan Malayan Union bermula di Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1943. Tidak ada seorang Melayu pun yang diajak berunding, malah pegawai kanan British terkemuka yang pernah bertugas di Tanah Melayu pun tidak diperdulikan.
Rancangan itu bertujuan mengabungkan semua negeri beraja dengan Pulau Pinang dan Melaka bagi membentuk Malayan Union, yang bakal ditadbir oleh seorang gabenor. Singapura pula akan kekal sebagai tanah jajahan British.
Raja-raja Melayu akan memindahkan bidang kuasa mereka kepada Kerajaan British, tetapi terus menguruskan hal adat istiadat Melayu dan agama Islam.
Biarkan pun tidak berperanan dalam pentadbiran negeri atau pusat, raja-raja akan terus menerima pencen politik.
Dalam Malayan Union, sesiapa sahaja berhasrat menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat pemastautin tetap, tidak kira bangsa atau agama, berhak mendapat taraf kewarganegaraan.
Ini bermakna kaum pendatang dan keturunan mereka akan menikmati taraf yang sama dengan orang Melayu dan rakyat Raja-raja Melayu.
Tidak ada syarat yang mewajibkan kewarganegaraan asal kaum pendatang dilepaskan, sekali gus memberi mereka peluang memiliki dua rakyat.
Bersambung......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment