.
Hari itu saya hantar mesej berkaitan peningkatan dayasaing negara ke tangga ke-12 sebagai bukti dakwaan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma adalah tidak berasas. Dalam Lapuran IMD World Competetiveness Center yang beribu pejabat di Switzerland, antara kekuatan Kerajaan Malaysia adalah:-
a. Mengurus Kewangan Awam - negara ke-15 terbaik di dunia;
b. Mengurus Dasar Fiskal - negara ke-11 terbaik di dunia.
Mana mungkin negara yang ke-15 dan ke-11 terbaik di dunia boleh terjebak dengan ketirisan? Jika betullah dakwaan ini, bermakna negara yang di bawah ranking Malaysia juga mengamalkan ketirisan yang amat teruk.
Mesej saya itu adalah tindakan pemulaan bagi menghapuskan propaganda pembangkang. Propaganda pembangkang bermatlamat menjatuhkan maruah dan kredibiliti kerajaan BN. Apabila penjenamaan (branding) Kerajaan BN melekat pada ketirisan, rasuah dan kronisma maka mudahlah pembangkang menjalankan strategi untuk menjatuhkan kerajaan BN. Seperti "Kami bersetuju dengan GST tetapi selesaikan dulu masalah ketirisan, rasuah dan kronisma"
Sehingga ini pembangkang telah berjaya mempengaruhi sebahagian Rakyat. Mesej dalam sebuah group facebook tempoh hari bermula dengan menyatakan "Aku sedar dalam UMNO/BN ramai penyangak, perasuah, salah guna kuasa dan malas berfikir majukan negara..tetapi aku masih sayangkan kerajaan...", Secara suttle individu ini menanamkan kebencian terhadap kerajaan BN.
Apakah asas pembangkang menuduh kerajaan BN mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma? Tiada asas:-
1. Pada tahun 2012, pembangkang menerbitkan Bajet Bayangan dengan menyatakan mereka boleh menjimat kewangan kerajaan berjumlah RM40 billion. Bajet Bayangan ini disediakan oleh Rafizi. Saya membuat kenyataan (rebuttal) yang disiarkan dalam Akhbar dan TV dengan menyatakan pemimpin-pemimpin pembangkang "Lemah Matematik" dan memberi hujah-hujahnya. Apa tidak "Lemah Matematik?" Pada tahun 2012, Bajet bagi Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM48 billion. Jika ketirisan berjumlah RM40 billion atau 83.3% (RM40 billion di bahagi dengan RM48 billion = 83.3%), bermakna hanya RM8 billion atau 16.7% benar-benar di belanjakan untuk pembangunan. Di mana lojiknya? Di mana lojiknya Jalan yang anggaran kosnya RM1 juta hanya RM167,000 di belanjakan untuk pembinaan jalan tersebut; manakala RM833,000 hilang kerana ketirisan. Bermakna keseluruhan pembangunan jalan, sekolah dan lain-lain infrastruktur hanya 16.7% dibelanjakan ketas projek-projek tersebut.
Akhirnya pembangkang keluarkan kenyataan bahawa masalah yang mereka hadapi kerana kekurangan maklumat. Bolehkah sebuah pertubuhan politik yang berwibawa (ini anggapan mereka) 'TANPA MAKLUMAT' menerbitkankan Bajet Bayangan 2012 dengan tuduhan-tuduhan berat dan siarkan secara resmi kepada Rakyat? Tidakkah tindakan tersebut mencerminkan pertubuhan politik tersebut yang TIDAK BERTANGGUNG JAWAB sanggup menyelewengkan fakta kepada Rakyat? Pada mereka KEPENTINGAN DIRI lebih penting dari kepentingan Rakyat.
Bersambung......
Dato Seri Husni Hanadzlah ,
Menteri Keewangan II
Saturday, May 24, 2014
Wednesday, May 14, 2014
Krisis Keewangan Dunia 1997~1998 , saya bertindak sebagai seorang doktor - Tun Mahathir Mohamad
Sewaktu krisis keewangan 1997~1998 yang menyaksikan nilai ringgit jatuh mendadak, kita diberitahu bahawa ia berpunca daripada kesilapan kita menguruskan ekonomi. Saya enggan mempercayainya kerana beberapa bulan sebelum itu , Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa atau International Monetory Fund (IMF) , Michel Camdessus memuji pentadbiran Malaysia. Saya perlu menyiasat untuk mengetahui dengan TEPAT kenapa krisis itu terjadi - bagi mengenal pasti sebab-sebabnya atau aetiology dalam istilah perubatan. Dalam politik juga , jika kita dapat menghapuskan punca maka kita akan dapat menyelesaikan masalah. Dan seperti juga dengan perubatan , formula biasa tidak selalunya berkesan. Kadang-kadang masalahnya sama, tetapi apabila berlaku di tempat berlainan mungkin ia di sebabkan oleh punca yang berbeza. IMF nampaknya percaya semua masalah keewangan boleh diatasi dengan hanya mengurangkan PERBELANJAAN , memastikan lebihan BELANJAWAN, meningkat KADAR FAEDAH dan membiarkan perniagaan yang tidak cekap MUFLIS. IMF hanya mementingkan PERANGKAAN dan tidak mempedulikan hakikat bahawa membangkrapkan sesebuah syarikat akan mencetuskan banyak kesan sosial yang buruk. Sungguh pun saya tidak mempunyai bukti jelas, tetapi nampaknya ada agenda tersembunyi bagi menyekat negara membangun yang berpotensi untuk mencapai taraf negara maju.
Hanya selepas itu barulah saya sedar betapa besarnya perbezaan antara prinsip undang-undang dengan perubatan. Peguam dilatih untuk mengkaji semua kes dari perspektif tugasan , iaitu sama ada bagi pihak anak guaman atau melawan musuh mereka. Doktor pula mesti menilai masalah pesakit dari semua sudut bagi mengenal pasti penyakit yang dideritainya. Apabila peguam membela tertuduh , adalah menjadi tugasnya untuk mencari dan mengemukakan bukti bagi membebaskan anak guamnya walaupun dia tahu orang itu memang bersalah. Jika perlu , dia juga akan mencari kepincangan dalam undang-undang untuk dipergunakan. Bagaimanapun dalam merawat pesakit , doktor perlu mengetepikan segala bentuk tanggapan dan menumpukan kepada mengenal pasti dengan tepat penyakit serta puncanya. Bagi seorang peguam , amalan profesion mereka memerlukan mereka memihak . Doktor pula mesti bersikap objektif dan mencari kebenaran. Ahli politik juga mesti melakukan hal serupa jika mahu mengenal pasti masalah yang menjejaskan sesuatu dasar , rancangan pembangunan dan strategi pilihanraya sebelum menyelesaikannya secara berkesan.
Amalan perubatan juga membantu saya memahami manusia dengan lebih baik , menghargai punca masalah mereka dan mengetahui langkah yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan mereka. ahli ikhtisas lain mungkin berdepan dengan beratus malah beribu orang dalam ruang lingkup tugas mereka. Bezanya orang yang datang berjumpa doktor adalah dalam keadaan tidak berdaya. Jadi, apabila kita dikunjungi oleh pesakit dari semua peringkat masyarakat dan dapat mengetahui akan ketidakupayaan mereka yang begitu peribadi, saya percaya kita akan lebih memahami sifat manusia .
Tun Mahathir Mohamad .
Perdana Menteri Malaysia 1981~ 2003
sumber asal
Tuesday, May 13, 2014
BEDAH MAYAT MENGINSAFKAN SAYA...
....Menjelang tahun kedua , saya tidak lagi takut mengendali dan membedah mayat. Ketika itu , pelajar kolej perubatan boleh membeli rangka manusia tulen dan bukan tiruan jenis plastik sebagai bahan pembelajaran . Saya membeli tulang rangka daripada beberapa pelajar senior. Kami akan membawa rangka itu pulang rumah setiap kali cuti panjang. Kadangkala , pegawai kastam yang memeriksa beg kami tergejut besar apabila mendapati ada tulang manusia didalamnya. Malah menjadi satu tabiat pula bagi saya membawa tengkorak ke tempat tidur dalam percubaan untuk menghafal nama dan laluan saraf otak. Ada masanya saya terlena sambil memegang tengkorak dan apabila terjaga keesokkan hari, ia seolah-olah TERSENGIH melihat saya.
Lama kemudian , sewaktu membuat bedah siasat keatas mayat seorang mangsa pembunuhan di Alor Setar, seorang anggota polis berdiri bersebelahan saya untuk memastikan saya membedah mayat yang betul. Prosedur biasa bedah siasat adalah membelah mayat dan mengeluarkan semua organ dalaman untuk diuji kalau-kalau ada penyakit. Untuk melakukannya , kita perlu ada kekuatan semangat dan tahan bau. Saya belum pun mula memeriksa organ si mati apabila anggota polis itu sudah REBAH dan PENGSAN.
Selain anekdot lucu , keadaan yang mendekatkan dirir saya dengan kematian juga membebaskan saya dari godaan untuk MENYALAHGUNAKAN KUASA demi kebendaan. Ini adalah satu lagi pengajaran yang relevan kepada kerjaya politik , iaitu di penghujungnya kita ter meninggalkan semuanya apabila kita mati. Seperti kata orang , kain kapan tidak ada poket. Setiap orang , miskin atau kaya sama sahaja. Semuanya akan berakhir seperti kematian pesakit yang saya tempuhi hampir setiap hari ketika bekerja di hospital dan klinik sendiri.

Krisis UMNO Terengganu ...masih boleh diselamatkan ...???
::: Krisis Politik Terengganu: Masih belum terlambat :::
Assalamualaikum w.b.t Krisis politik Terengganu yang terbaru dilihat bakal memusnahkan terus kepimpinan Kerajaan pimpinan UMNO di Terengganu. Sebagai 'orang dalam' yang memiliki pelbagai maklumat, saya memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak walaupun berhak berbuat demikian. Saya melihat kepada jalan penyelesaian yang masih terbuka dan boleh mengekal Kerajaan Pimpinan UMNO yang sedia ada tanpa perlu diadakan Pilihanraya Negeri / Kecil. Sebenarnya Menteri Besar yang baru (UMNO) yang dilantik semalam akan kekal menjadi Menteri Besar sehingga adanya usul undi tidak percaya di Sidang DUN atau ada mana-mana ADUN yang boleh menyatakan beliau mendapat 17 sokongan kepada DYMM Sultan Terengganu. Dalam tempoh itu, kepimpinan UMNO pusat masih mempunyai ruang untuk mencari jalan penyelesaian. Keadaan ini juga kerana ketiga-tiga ADUN UMNO yang mengistiharkan menjadi ADUN Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS dan jika kena caranya ketiga-tiga mereka juga boleh mengistiharkan mereka 'ADUN Bebas yang menyokong UMNO' sekaligus masih boleh menyelamatkan kepimpinan kerajaan UMNO di Terengganu. Seperkara lagi, dari segi dokumentasi atau prosedurnya, surat asal peletakan jawatan politik dari ketiga-tiga ADUN UMNO masih belum diterima Setiausaha / Presiden parti dan tiada apa-apa penerimaan atau persetujuan parti atas peletakan jawatan tersebut. Maka, ini membuka ruang untuk segala perbincangan dan mencari jalan penyelesaian serta menuntut kebijaksanaan Presiden parti menyelesaikannya. Dengan pelbagai ruang yang masih ada, saya memohon kepada semua ahli UMNO di Terengganu dan di Kemaman untuk bertenang dan berdoa kehadrat Ilahi supaya Kerajaan pimpinan UMNO terus menerajui negeri kesayangan kita ini. Saya sangat yakin, jika ditangani dengan penuh berhemah perkara ini dapat diselesaikan sebelum terjadinya "kemusnahan dasyat" kepada kita semua. Oleh yang demikan, sama-samalah kita berdoa supaya semua ujian Allah ini memberi kita satu jalan keluar yang membuatkan parti kesayangan kita ini menjadi lebih kuat dan terus mampu membela rakyat Malaysia. In Shaa Allah.. Kami sangat sayangkan UMNO !!! (MOHD FAUZI MAT ADAM) Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman / AJK UMNO Bahagian Kemaman.

Thursday, May 8, 2014
PENGALALAN YANG MENGERUNKAN SAYA -Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pengalaman yang paling mengerunkan berlaku ketika saya di Hospital Besar Alor Setar. Saya adalah pegawai perubatan bertugas waktu itu - hari jumaat, iaitu cuti hujung minggu di Kedah dan semua pakar bedah serta doktor lain bercuti di Pulau Pinang.
Saya tidak menjangkakan berlaku kes kecemasan yang serius. Bagaimana pun , seorang wanita di wad bersalin tiba-tiba berasa sakit hendak bersalin. Bayi kandungannya sudah hampir cukup bulan , tetapi dalam kedudukan yang menyonsang. Saya terpaksa membuat keputusan segera dan memutuskan bahawa kaedah terbaik adalah adalah pembedahan. Mujur saya dibantu oleh Hasmah , yang ketika itu sudah menjadi isteri saya. Disebabkan pada masa dulu tidak ada kaedah suntikan maka kami terpaksa menitiskan ETHYL CHLORIDE dan EHTER pada serkup hidung pesakit. Kaedah ini sungguh kuno dan kita perlu berhati-hati supaya tidak terlebih memberi pelali. Selepas mendapati wanita itu tidak sedar, saya pun memulakan pembedahan. Saya amat tergejut apabila mendapati beliau mengandung di luar rahim (ECTOPIC PREGNANCY). Kes begini amat jarang berlaku dan hanya segelintir doktor berdepan dengannya sepanjang kerjaya mereka.
Pesakit itu kehilangan banyak darah. Saya cuba mengikat urat darahnya, tetapi gagal menghentikan pendarahan. Saya cuba sedaya upaya menyelamat ibu dan bayi, tetapi kedua-duanya meninggal dunia. Mereka adalah satu-satunya pesakit yang mati ketika pembedahan sepanjang perkidmatan saya dengan kerajaan. Saat itu sungguh mengharukan buat saya dan Hasmah.
Saya kenal suami wanita itu secara peribadi . Beliau menjalankan perusahaan percetakan di Alor Setar. Saya berasa amat sedih dan memohon maaf kepada suaminya. Beliau tidak langsung menyalahkan saya . Jika kejadian itu berlaku hari ini, saya mungkin dikenakan saman.Sikap orang ramai banyak berubah sejak itu dan tindakkan makamah sudah menjadi pekara biasa kepada orang yang berasa dirinya teraniaya.
Tun Dr. Mahathir Mohammad.
(petikan dari buku Doktor Umum)

Subscribe to:
Posts (Atom)