Tuesday, May 13, 2014

BEDAH MAYAT MENGINSAFKAN SAYA...

....Menjelang tahun kedua , saya tidak lagi takut mengendali dan membedah mayat. Ketika itu , pelajar kolej perubatan boleh membeli rangka manusia tulen dan bukan tiruan jenis plastik sebagai bahan pembelajaran . Saya membeli tulang rangka daripada beberapa pelajar senior. Kami akan membawa rangka itu pulang rumah setiap kali cuti panjang. Kadangkala , pegawai kastam yang memeriksa beg kami tergejut besar apabila mendapati ada tulang manusia didalamnya. Malah menjadi satu tabiat pula bagi saya membawa tengkorak ke tempat tidur dalam percubaan untuk menghafal nama dan laluan saraf otak. Ada masanya saya terlena sambil memegang tengkorak dan apabila terjaga keesokkan hari, ia seolah-olah TERSENGIH  melihat  saya. 

Lama kemudian , sewaktu membuat bedah siasat keatas mayat seorang mangsa pembunuhan di Alor Setar, seorang anggota polis berdiri bersebelahan saya untuk memastikan saya membedah mayat yang betul. Prosedur biasa bedah siasat adalah membelah mayat dan mengeluarkan semua organ dalaman untuk diuji kalau-kalau ada penyakit. Untuk melakukannya , kita perlu ada kekuatan semangat dan tahan bau. Saya belum pun mula  memeriksa organ  si mati apabila anggota polis itu sudah REBAH dan  PENGSAN.


Selain anekdot lucu , keadaan yang mendekatkan dirir saya dengan kematian juga membebaskan saya dari godaan untuk MENYALAHGUNAKAN KUASA  demi kebendaan. Ini  adalah satu lagi pengajaran yang relevan kepada kerjaya politik , iaitu di penghujungnya kita ter meninggalkan semuanya apabila kita mati. Seperti kata orang , kain kapan tidak ada poket. Setiap orang , miskin atau kaya sama sahaja. Semuanya akan berakhir seperti kematian pesakit yang saya tempuhi hampir setiap hari ketika  bekerja di hospital dan klinik sendiri.

No comments:

Post a Comment