Kerajaan PAS Kelantan tidak perduli laa DAP nak bising ke nak tentang ke , PAS tetap akan membentangkan Rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat. Manakala ADUN UMNO di Kelantan bersedia untuk menerimanya 100%.
Kan cantik macam tu, Kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan UMNO membenarkan hudud di laksanakan di negeri - negeri dan kerajaan negeri di Kelantan di bawah kuasa PAS bersetuju untuk membawa rang undang-undang ke Dewan Rakyat yang mana akhirnya DAP dan MCA terpaksa nga-nga kerana mereka tidak ada kuasa. Manakala PKR dah berbuih mulut ...
Kalau DAP dan PKR berani , keluarlah dari pakatan. Sudah tentu mereka tidak akan dapat undi lagi dari orang Melayu PAS dan PKR yang selama ini membenci mereka dalam diam. Dengan itu habislah cita-cita mereka untuk memperkadukkan PAS dan PKR dalam usaha mendirikan kerajaan caca -marba yang mereka idamkan.
Manakala ketua UMUM PKR pula hanya dapat bermimpi dapat duduk di kerusi empuk perdana menteri. Hancur segala cita-citanya.
MCA yang sudah tidak ada taringnya lagi kepada kaum cina boleh lah duduk diam-diam. Jangan cakap banyak dan buat kerja untuk bantu kerajaan.
INILAH HASILNYA JIKA UMNO DAN PAS BEKERJASAMA .....ISLAM DAN MELAYU AKAN JADI LEBIH KUAT.
No comments:
Post a Comment