Friday, November 29, 2013
Objektif Maqasid Syariah
Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN
Allah mencipta sesuatu itu ada tujuan dan hikmahnya. Mustahil bagi Allah menjadikan suatu
perkara itu tanpa arah tujuan dan matlamatnya.
Penciptaan Allah adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Untuk memahami
hakikat ini, Allah SWT memerintahkan manusia agar bertadabbur dan bertafakur melihat
hikmah di sebalik segala yang diciptakan.
Allah SWT mencipta manusia dengan tujuan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas
muka bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dia telah menciptakan kamu dari bumi
(tanah) dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya. (Hud: 61)
Bagi membantu manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah, Allah SWT
menurunkan syariatnya yang wajib dipatuhi.
Memang diakui di kalangan ulama bahawa terdapat tujuan di sebalik setiap pensyariatan.
Dan seperti yang dinyatakan di atas ada yang dapat difahami secara jelas dan ada yang
menjadi rahsia Allah. Tujuan atau matlamat ini disebut sebagai maqasid.
Maqasid syariah adalah tujuan-tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum
atau sebahagian besar daripadanya.
Sesungguhnya Allah SWT apabila mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan
memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka
dan mengangkat kemudaratan.
Hukum taklifi
Apabila seseorang individu mencapai tahap mukalaf maka setiap amalan, perlakuan dan
aktiviti yang dilakukannya akan terkena kepada salah satu dari lima hukum taklifi.
Mukalaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif syarak (tuntutan
dan kewajipan syarak).
Orang yang mukalaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perlakuannya tertakluk
dengan hukum yang ditetapkan oleh agama.
Syarat-syarat mukalaf ialah telah sampai umur (yakni baligh), memiliki akal yang waras,
sampai dakwah kepadanya, sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau
pendengaran.
Setiap perbuatan dan perlakuan mukalaf tertakluk dengan hukum yang ditetapkan oleh
agama yang disebut sebagai hukum taklifi seperti berikut:
1. Wajib iaitu tuntutan syarak ke atas setiap mukalaf supaya melakukan sesuatu perbuatan
dengan tuntutan secara pasti (jazam). Jika tidak dilaksanakan, maka individu tersebut akan berdosa dan sebaliknya. Jika dia
melaksanakannya, akan mendapat pahala seperti menunaikan solat fardu lima waktu sehari
semalam.
2. Haram adalah tuntutan syarak ke atas mukalaf supaya meninggalkan sesuatu perkara
dengan tuntutan secara pasti (jazam).
Jika ia dilakukan, maka individu tersebut mendapat dosa, dan sekiranya meninggalkannya
akan mendapat pahala seperti meminum arak.
3. Makruh ialah apa-apa yang dituntut untuk meninggalkannya tidak secara ilzam atau
sesuatu perkara yang mana lebih afdal (utama) ditinggalkan dari dilakukan.
Pembuatnya tidak berdosa, tetapi hanya dicela. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak
membuat perkara tersebut) akan mendapat pahala dan pujian daripada Allah SWT.
4. Sunat adalah apa-apa yang dituntut untuk melakukannya iaitu dengan memberikan
ganjaran kepada individu yang melakukannya, dan tidak berdosa orang yang
meninggalkannya.
Ia memuji orang yang melakukannya dengan mengurniakan pahala, pada waktu yang sama
tidak mencela dan tidak berdosa orang yang meninggalkannya seperti bersedekah.
5. Harus adalah sesuatu perkara yang diberikan pilihan untuk melakukannya atau
meninggalkannya. Ia tidak akan mendatangkan sebarang pahala atau dosa.
Hukum-hukum syariah ini adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraan manusia. Sebagai
hamba Allah SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukum ini bukan untuk memberikan
keberatan atau menambah bebanan ke atas mereka.
Kita perlu reda dan akur dengan segala syariat Allah dengan meyakini bahawa segala
ketetapan Allah yang berupa peraturan dan undang-undang ini adalah demi menjamin
kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
Asas maqasid syariah
Objektif di sebalik penurunan atau penetapan syariah dapat dilihat sendiri menerusi dua
sumber utama kepada umat Islam iaitu al-Quran dan hadis.
Ia bertitik-tolak dari firman Allah SWT yang menjelaskan motif kebangkitan junjungan besar
Nabi Muhammad SAW melalui firman-Nya: Dan tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya': 107).
Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkataan 'rahmat' itu bermaksud kebaikan,
kemaslahatan dan keharmonian.
Jika kita memerhatikan kejadian alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan
kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakam syariah. Maqasid syariah juga dapat dijejaki menerusi ayat-ayat al-Quran. Kita akan mendapati
bahawa setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan
tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya.
Begitu juga ayat-ayat yang menyentuh tentang larangan.
Biasanya, ia akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang akan
menimpa mereka yang melakukannya.
Sebagai contoh, dalam persoalan solat, Allah SWT jelas menyatakan matlamat dari
pensyariatannya adalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan maksiat dan
penderhakaan kepada Allah SWT dalam kehidupan mereka.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar. (al-Ankabut: 45)
Demikian juga dalam persoalan puasa, Allah SWT menjelaskan objektif pensyariatannya
kepada umat Nabi Muhammad dan umat nabi-nabi yang terdahulu adalah untuk
membentuk jiwa yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu (sentiasa)
bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Begitu juga dari sudut undang-undang, Islam menjelaskan objektif di sebalik pensyariatan
qisas terhadap mereka yang melakukan pembunuhan secara sengaja. Firman Allah SWT:
Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) kehidupan bagi kamu. (al-Baqarah: 179)
Dari sudut ekonomi pula, Islam sangat menggalakkan supaya umat Islam membudayakan
derma, sedekah, hibah, wakaf dan sebagainya untuk berkongsi nikmat harta yang telah
Allah SWT kurniakan kepada mereka.
Harta tersebut boleh dimanfaatkan oleh golongan yang tidak berkemampuan untuk
membina hidup mereka. Bahkan, Allah SWT mewajibkan umat Islam yang telah cukup
syarat-syaratnya untuk membayar zakat kepada asnaf-asnaf.
Objektif pensyariatannya dinyatakan dalam firman Allah SWT: ..... Supaya harta itu jangan
beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu. (al-Hasyr: 7)
Pembahagian maqasid syariah
Maqasid syariah secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, dharuriyyat.
Ia adalah perkara-perkara yang termasuk dalam keperluan asasi yang mesti dipenuhi oleh
setiap individu. Ia adalah kemaslahatan yang perlu dipenuhi untuk mendirikan
kemaslahatan agama dan dunia.
Jika tiada maslahah ini, kemaslahatan dunia tidak akan bergerak dengan lancar dan akan
hilang nikmat dan keselamatan di akhirat kelak. Contohnya, seorang individu perlu mempunyai harta untuk meneruskan kehidupan. Justeru,
Allah SWT menurunkan syariat yang berkaitan dengan persoalan memiliki harta,
menggunakan dan membelanjakannya.
Terdapat lima perkara penting yang terkandung di bawah kemaslahatan ini iaitu
memelihara agama, memelihara diri/jiwa, memelihara keturunan, memelihara akal dan
memelihara harta.
Contohnya, dalam bab memelihara agama, Allah SWT dan Nabi SAW memerintahkan umat
Islam mempelajari Islam dan mengukuhkan akidah dan syariat seperti solat, puasa dan
haji.
Kemudian, Allah SWT menurunkan syariat untuk menjaganya seperti suruhan berdakwah
dan berjihad.
Keduanya, hajiyyat iaitu kemaslahatan yang bersifat keperluan dan hajat manusia.
Ia untuk menghilangkan kesulitan dan kesempitan yang boleh membawa kepada kesusahan
hidup. Jika kemaslahatan ini tidak dapat dipenuhi ia boleh menyebabkan kesulitan dan
kesusahan hidup.
Contohnya, Rasulullah SAW melarang dari menjual sesuatu yang tidak jelas (gharar) seperti
ikan di lautan dan burung di udara.
Ini bertujuan menjamin kepentingan pembeli bagi mendapatkan haknya setelah membayar
kepada penjual.
Bahagian yang ketiga adalah tahsiniyyat iaitu kemaslahatan dari aspek adat dan
kesempurnaan akhlak. Jika hilang kemaslahatan tersebut, maka ia akan menyebabkan
kehidupan menjadi buruk pada pandangan akal.
Sebagai contoh, seorang individu yang telah mempunyai kereta dibenarkan untuk memiliki
sebuah lagi kereta sekiranya mempunyai keperluan dan kemampuan.
Pembahagian ini sengaja dijelaskan dan dipaparkan oleh para ulama untuk membantu umat
Islam dalam menentukan prioriti dan keutamaan dalam melakukan ketaatan dalam hidup
mereka.
MAQASID SYARIAH
MAQASID syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, pada hari ini teras maqasid syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara ke arah negara maju dan harmoni.
Lima prinsip asas ini juga menjadi keperluan fundamental kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan, politik di samping pemantapan pengurusan masyarakat majmuk secara menyeluruh malah, sebagai teras terpenting dalam pemerkasaan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip maqasid syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.
Menurut Dr Murat Cizakca, maqasid syariah bermaksud matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan Allah untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I'lal al-Fasi. Sehubungan itu, ilmu maqasid pula adalah ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah.
Ini menunjukkan prinsip atau objektif asas ini adalah kerangka terpenting dalam aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang mencabar dan memerlukan satu pendekatan berkesan bagi memastikan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin.

Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mesti bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.
Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia.
Dalam aspek lebih luas, maqasid syariah juga telah diperdebatkan sebagai matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umat manusia sejagat merujuk kepada pandangan Ahmad Al-Raisuni. Selanjutnya, Ibnu Rusyd pula turut menyifatkan maqasid sebagai hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum.
Manakala pada pandangan al-Syatibi, Allah telah menetapkan syariat-Nya untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia dan mengelakkan sebarang kerosakan daripada menimpa mereka. Dalam konteks ini, prinsip utama syariah tidak boleh dipandang ringan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya kerana matlamatnya sangat objektif dan praktikal bagi menjamin kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan keturunan umat manusia. Prinsip maqasid syariah juga mampu membantu melancarkan urus tadbir sesebuah kerajaan dalam peranan pembentukan individu sehingga kepada sebuah negara yang sempurna sama ada dalam bidang intelektual, ketenteraan, sains teknologi, ICT dan sebagainya.
Ibnu Asyur pula telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum, manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak-tanduk perseorangan. Misalnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam muamalat dan sebagainya.
Ini bagi memastikan apa yang ingin dilaksanakan atau dirancang memberi manfaat sewajarnya kepada semua, terjamin serta menampakkan impak positif dan yang paling utama ialah tidak melanggar batasan atau kehendak syariat yang ditetapkan. Kepentingan asas dalam maqasid ini dalam usaha memahami dan melaksanakan dasar politik, ekonomi dan sosial yang bersesuaian, perlindungan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta adalah ciri universal yang sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa.
Bagi memastikan perbincangan berkenaan kepentingan maqasid syariah menjadi lebih tuntas, maka menjadi keperluan untuk merujuk kepada pandangan al-Syatibi bahawa maqasid syariah secara dasarnya terangkum dalam tiga kategori iaitu kepentingan dharuriyyat, iaitu segala yang sangat penting dalam survival kehidupan manusia untuk dipenuhi.
Manakala keperluan hajiyat iaitu sesuatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia di mana umat manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi dan keperluan tahsiniyat pula suatu keperluan yang tidak penting berbentuk keselesaan semata-mata, bukan suatu kemestian.
Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutama apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi masyarakat madani yang adil dan progresif.
Tuesday, November 26, 2013
BATU PUTEH BAKAL MELETUP LAGI ....???
BERITA PANAS MELETUP!!!!
bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007. Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu."Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh. "Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.
"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja, menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut. "Untuk membuat penilaian mengenai kebenaran maklumat ini,ianya hendaklah dibaca bersama dengan nota prosiding ICJ berkaitan perbalahan Pulau Batu Puteh yang diumumkan pada 23.5.2008."Kajian menunjukkan memang benar terdapat perbuatan memasukkan satu keping 'gambar kontroversi' beberapa hari sebelum prosiding bermula, yang boleh dilihat sebagai percubaan untuk memperdayakan Panel ICJ.
"Bagi membuat appraisal yang lebih tepat,maklumat mustahak ini juga hendaklah dibaca bersama dengan apa apa perbuatan memalsukan keterangan dan termasuk gambar yang dikemukakan sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding kehakiman yang lampau dan melibatkan Gani Patail jika ada," tambahnya lagi. Sebelum ini, Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut menerusi jawapan di Dewan Rakyat, dengan berkata tuduhan tersebut tidak berasas dan dilakukan tanpa menyemak terlebih dahulu."AG tidak mengetuai kes tersebut dan mempunyai kata putus dalam mengendalikan kes tersebut.
"Jadi tuduhan bahawa AG menunjukkan gambar salah seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berasas dan dibuat tanpa semakan," jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri selepas isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat.Menurut Mat Zain, sekiranya pendedahan awal dibuat sebelum pemilihan Umno yang berakhir baru-baru ini, ia pasti memberikan impak kepada perwakilan dari Sabah yang bertanding memandangkan pertalian yang wujud antara Gani dengan ahli politik negeri tersebut. Sementara itu, Mat Zain menggesa supaya Putrajaya menimbangkan untuk membuat rayuan di ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh demi maruah negara.
"Kita masih mempunyai empat setengah tahun lagi,untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian."Walau sekecil mana pun peluang yang kita ada,kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja," tegasnya lagi. Media sebelum ini mendedahkan pertemuan Mat Zain dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan salah laku Gani. Pertemuan itu dikatakan turut dihadiri peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang.Selain kes Batu Puteh, mereka juga dikatakan berbincang mengenai kes mata lebam Anwar. Selepas pertemuan itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara lain mendakwa salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan salinan kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. – TMI -admin power-

Monday, November 25, 2013
Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Jeff oiii mulut celupar diserang...!!!
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang sedang melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini 'diserang' oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.
Mohd. Rofi Osman, 58, dengan lantang mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.
Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.
Beberapa pembantunya juga kelihatan cuba menghalang kedua-dua mereka daripada datang menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.
Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ.
Mohd. Rofi yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan MPPP ketika ditemui pemberita melahirkan kekesalan dengan sikap wakil rakyat itu yang seperti tidak rasa bersalah atas perbuatannya sebelum ini dan memandang remeh desakannya.
"Sebagai seorang wakil rakyat yang berpelajaran tinggi, dia sepatutnya bersikap profesional dan sedar perbuatannya itu telah mengguris perasaan ramai pekerja bawahan MPPP," katanya yang juga bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP.
Sementara itu, Aminah yang merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia memberitahu, Jeff tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang dianggap menghina semua kakitangan MPPP serta tidak layak menuntut agar Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail meletak jawatan.
"Kalau dia berani keluarkan kenyataan itu, kenapa perlu takut berjumpa kami? Kami akan kejar dia ke mana sahaja dia pergi selepas ini sehingga dia tarik balik kenyataan itu," tegasnya.
Menurutnya, beliau sebelum ini pernah ke pejabat Jeff untuk berjumpa berhubung isu berkenaan tetapi dihalang oleh kakitangan wakil rakyat itu.
"Kenapa dia takut sangat sebab apabila ke pejabat dia pun, kami dihalang untuk berjumpa dengannya? Kami cuma minta dia tarik balik kenyataannya, itu sahaja," ujarnya.
Selasa lalu, Jeff dalam laporan akhbar mendesak Patahiyah melepaskan jawatan kerana didakwa tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.
Desakan itu dibuat Jeff berikutan kegagalan pegawai MPPP membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong dan menggunakan perkataan 'kucing kurap' bagi merujuk kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan terbabit.
Sunday, November 24, 2013
IHYAUSSUNNAH DEMI EKSISTENSI ISLAM (1)
IHYAUSSUNNAH DEMI EKSISTENSI ISLAM (1)
MU’AMMMAL HAMIDY, LC
Berbicara mengenai ihyaussunnah (menghidup-hidupkan Sunnah) demi eksistensi Islam, di sini kita bawakan Hadits firasat Nabi saw tentang Sunnah (tradisi) Yahudi dan Nashrani, yang harus diwaspadai oleh umat Islam, yaitu:
“Abu Said al-Khudri meriwayatkan, bahwasanya Nabi saw bersabda: Sungguh benar-benar kalian nanti akan mengikuti cara perilaku orangorang sebelum kamu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga seandainya mereka itu melintasi liang biawak niscaya kalian akan melintasinya juga. Kami (para sahabat) bertanya: Apakah mereka yang dimaksud itu Yahudi dan Nashara, ya Rasulallah? Jawab beliau: Lalu siapa lagi?!” (H.R. Bukhari 11: 272).
Sementara, dalam riwayat Ahmad, berbunyi:
“Abu Hurairah meriwayatkan, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: Sungguh benar-benar kalian nanti akan mengikuti cara perilaku orangorang sebelum kamu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sebahu demi sebahu, sehingga sungguh seandainya salah seorang di antara mereka itu masuk ke liang biawak niscaya kalian pun akan masuk juga. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulallah, apakah mereka yang dimaksud itu Yahudi dan Nashrani? Jawab beliau: Siapa lagi kalau bukan dia.” (H.R. Ahmad, 21 : 451).
Penjelasan
Hadits ini termasuk firasat Nabi saw untuk masa yang akan datang. Firasat beliau itu pasti benar, karena termasuk bagian dari wahyu Allah. Tujuan firasat adalah sebuah peringatan. Seperti yang diisyaratkan dalam Al- Qur’an sebagai tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda (Q.s. Al-Hijr [15]: 75). Yang dimaksud memperhatikan tanda-tanda, yaitu mengenal firasat, sebagaimana diisyaratkan oleh Rasulullah dalam Haditsnya:
Abu Said al-Khudri meriwayatkan,katanya: Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu terhadap firasatnya orang Mukmin karena dia itu melihat dengan nur Allah. Kemudian beliau membaca ayat……” (H.R. Tirmidzi).
Dalam firasatnya ini, Rasulullah memperkirakan, bahwa kehancuran Islam ini akan didahului oleh perilaku umatnya yang akan mengikuti tradisi Yahudi dan Nashrani. Dalam Haditsnya itu, beliau mempergunakan kata “Sunan” (jamak/plural) dari Sunnah yang asal artinya cara, yang kemudian menjadi istilah, yaitu suatu cara perilaku.Sunnah Rasul, adalah perilaku Rasulullah saw. Kata “sunnah” bisa juga diartikan dengan tindakan, sebagaimana tersebut dalam sebuah Hadits:
“Umar bin Khathab hendak mengenakan upeti bagi Majusi, namun dia tidak tahu tindakan apa yang harus dia lakukan. Maka Abdurrahman bin Auf menjawab: Aku benarbenar mendengar Rasulullah saw bersabda: Perlakukanlah mereka itu seperti apa yang diberlakukan terhadap ahli kitab.” (H.R. Malik).
Di situ, Rasulullah saw mempergunakan “sunnah ahli kitab”, artinya perlakuan ahli kitab. Ada tiga perilaku ahli kitab, baik Yahudi ataupun Nashrani, yang perlu diwaspadai, yang oleh Rasulullah saw umat Islam benar- benar diperingatkan agar menjauhinya sejauh-jauhnya, kalau tidak ingin Islam hancur dan umat Islam lumpuh, yaitu: mengkultuskan pemimpin/ ulama, membuat bid’ah, dan ajakan kompromi.
Mengkultuskan Pemimpin/Ulama Diriwayatkan, bahwa Ummu Salamah istri Nabi saw pernah pergi ke Habasyah, di sana dia melihat ada gereja yang dibangun dengan megah, namanya gereja Mariya di atas kubur seorang tokoh agama. Ummu Salamah bermaksud kiranya nanti kalau Rasulullah saw wafat juga dikubur seperti itu. Sebagai seorang isteri, sudah tentu akan bangga, suaminya diagung-agungkan orang banyak. Mendengar cerita itu, Rasulullah saw, yang saat itu sedang sakit, terbangun seraya bersabda:
“Abu Hurairah meriwayatkan, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Semoga Allah memerangi(menghancurkan) Yahudi yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah),” (H.R. Bukhari dan Muslim).
Mereka yang berbuat demikian, oleh Rasulullahn saw, dinilai sebagai manusia yang paling buruk:
“Sabda Rasulullah saw: Mereka itu adalah suatu kaum yang apabila ada seorang shalih di kalangan mereka yang meninggal dunia, lalu di atas kuburnya itu dibangun sebuah masjid (tempat ibadah) yang dihiasidengan berbagai lukisan/patung. Mereka itu adalah sejelek-jelek manusia di sisi Allah.” (H.R. Bukhari dan Muslim).
Al-Maududi dalam Mujaz Tarikh Tajdiduddin wa Ihyaihi, setelah membawakan Hadits tersebut, mengatakan: “Saya melihat dengan mata kepala sendiri di kalangan kaum Muslimin yang lemah iman, menjadikan kubur orang-orang shalih – yang biasa dikenal dengan sebutan wali/auliya’ – sebagai sesembahan selain Allah. Kubur-kubur mereka dijadikan masjid, Dan di situ mereka berdoa, mengaji, dan berzikir, tak ubahnya engan apa yang dilakukan oleh Yahudi dan Nashara.
Lain al-Maududi, lain pula Muhammad al-Ghazali. Dia melihat di Mesir dan Bagdad, lebih gawat lagi, bahwa kubur Imam Syafi’i diagung-agungkan, bahkan dijadikan tawassul kepada Allah dengan cara megirimkan surat kepada Imam Syafi’i yang berada dalam kubur itu. Di sini, Imam Syafi’i dijadikan semacam tukang pos. Sedang di Baghdad, terhadap kubur Husain bin Ali, di situ mereka merengekrengek sambil menangis, bahkan mayat yang akan dikubur dithawafkan dulu dengan mengelilingi kubur tersebut. (Lebih lanjut dapat dibaca dalam Bukan dari Ajaran Islam, oleh Muhammad al-Ghazali, hal. 185).
Tidak terlalu jauh dari itu semua, terjadi pula di Indonesia, betapa banyak kubur para wali yang dibangun, diberi kelambu, di situ didirikan masjid,dan penziarahnya tidak pernah sepi, yang datang dari seluruh penjuru Tanah Air dengan berbagai tujuan. Dan yang pasti adalah mencari barakah “ngalap barokah” agar doanya mudah dikabulkan Allah. Di sini, kubur para wali dijadikan semacam “operator”.Cara-cara itulah yang oleh Ahmad Hasan Baquri, Menteri Wakaf Mesir, dikatakan sebagai “penyembahan atas kubur” yang merusak Islam,kendati dengan tujuan taqarrub ila ‘llah (mendekatkan diri kepada Allah). Tak ubahnya dengan kaum musyrikin jahiliyah yang menjadikanberhala-berhala, yang juga semula adalah orang-orang shalih. Semisal Lata, Uzza, Manata dan sebagainya. Karenanya, oleh Allah, ditegur. Namun,mereka mengelak, dengan mengatakan “Kami tidak menyembah mereka, hanyalah kiranya mereka itu dapat mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” (Q.s. Az- Zumar [39]: 3). Alasan yang selalu dibawa adalah firman Allah di surat Al- Maidah: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (perantara) kepada- Nya, dan jihadlah kamu di jalan- Nya agar supaya kamu beruntung.” (Q.s. Al-Maidah [5]: 35).
Padahal, semua ulama salaf, terutama para sahabat, menafsirkan wasilah itu ialah man dan amal shalih. Para sahabat yang lebih tahu tentang amaliah Rasulullah saw, tidak seorang pun memuja-muja kubur Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai tempat bertawassul. Bahkan, kalau diamati mengapa jenazah Rasulullah saw oleh Aisyah ra dikubur dalam kamarnya? Adalah karena khawatir kubur beliau akan dikultuskan, karena dalam akhir hayat, beliau berdoa:
“Ya Allah, jangan Engkau biarkan kuburku nanti dijadikan tempat berhari raya dan dijadikan tempat persembahan.”
Pengkultusan seperti itu dikatakan merusak Islam, karena kultus individu seperti itu akan menjurus pada kesyirikan, sedang syirik adalah merusak Islam. Agama Yahudi dan Nashrani yang ada sekarang dikatakan “tidak diakui Allah” (Q.s. Ali Imran [3]: 85). Karena agama ini adalah syirik, karena mengkultusksn ‘Uzair dan Isa al-Masih, yang kemudian dikatakannya sebagai Anak Allah. Dan usuh Islam, semisal Napoleon Bonaparte akan menghancurkan Islam dengan cara seperti itu. Ketika dia dapat menginjakkan kakinya di Mesir, dan melihat fenomena seperti itu, lalu dia merencanakan akan mendirikan bangunan-bangunan berkubah besar di pintu-pintu gerbang negara Islam, yang dikatakan bahwa di bawahnya terkubur seorang wali besar. Maka mereka akan berbondong-bondong ke situ untuk ngalap barokah, yang pada gilirannya, mereka akan tak acuh terhadap urusan keduniaan mereka.l bersambung

Saturday, November 23, 2013
ASAM PEDAS PRU 13 (1)
Harakah hak parti , bukan hak lembaga. Jika AJK PAS Pusat tak maklum perlembangan Harakah , Khususnya hal keewangan, bermakna ajk itu tidak berfungsi dan boleh dipertikaikan. Bila Dato Hisyamudin berkuasa di Harakah, hubungannya dengan kakitangan kurang baik. Dia seperti kurang senang dengan kakitangan yang agak Islamik memakai kopiah, seban dan purdah. Ada yang di pecat , diminta berhenti atau ditukar ke negeri lain.
Mustafa Ali dan Azizan Razak pernah memaksa saya letak jawatan secara hormat. Saya faham, kalau tak letak, bererti akan dipecat. Memandangkan masa itu saya ingin berkhidmat di Madrasah Islahiah Diniah (MID) Kg. Memali , juga mahu beri peluang pada Yusuf Ariffin sebagai wartawan Harakah Kedah, saya setuju letak jawatan. Akhirnya Yusuf Ariffin bekas tahanan ISA yang belum mempunyai pekerjaan tetap mengantikan saya. Nasibnya pun tak lama di Harakah , juga diminta mengundur diri sacara terhormat.
Alasan kami diminta meninggalkan Harakah hampir sama, iaitu menegur LEMBAGA PENGURUSAN HARAKAH. Selepas berhenti dari Harakah , merangkaklah dia mencari rezeki memelihara anak isteri. Kalau dulu Yusuf Ariffin atau panggilan ringkasnya Cup Pin hadir ke tempat ceramah untuk membuat laporan berita, buat seketika ini dia hadir ke tempat ceramah untuk berniaga . Mengalir air mata saya melihat keadaannya akibat perbuatan pimpinan PAS. Alhamdulillah , atas kesabarannya , sekarang dia berjaya dalam perniagaannya. Menjadi pengeluar JUS KURMA PEGAGA atas nama MAZIDAH FOOD.
Semoga pembaca turut menyokong perniagaannya , produknya berada di seluruh semenanjung.
Mujahidin Afganistan,
CN AL-AFGANI dalam bukunya "ASAM PEDAS PRU13"
(m/s 19)
Thursday, November 21, 2013
Saya dituduh Rasis kerana pertahankan Melayu dan Islam . Ridhuan Tee
SAYA terkejut beruk, apabila perbahasan Bajet 2014 di Parlimen yang mulia dua minggu lalu, digunakan sepenuh ruang dan peluang oleh seorang ahli Parlimen ultra kiasu, untuk menghentam saya membutatuli. Dia mendakwa, beliau mendapat maklumat daripada beberapa pensyarah di tempat saya. Siapakah pensyarah malang itu? Saya kenal orang itu, juga seorang ultra kiasu, pensyarah kriminologi. Peliknya, apa kaitan saya dengan Bajet 2014? Terima kasih kerana mempopularkan lagi nama saya yang sudah pun popular, berbanding profesor ultra kiasu itu. Beberapa pertuduhan mengenai saya dibangkitkan di Parlimen. Pertama, pensyarah dan penuntut tidak senang dengan pengajaran saya di universiti. Siapa tu? Jika mereka adalah kalangan ultra kiasu, itu tidak mustahil, sebab mereka bermasalah, anti-Islam dan antikerajaan. Saya pula sebaliknya. Siapa tidak kenal Ridhuan Tee? Seorang yang berani dan vokal, bukan pengecut dan tiada telur seperti ahli Parlimen dan pensyarah ultra kiasu itu. Maaf, masuk bakul sendiri. Jika berani, mari berdepan dan berdebat. Mohon ahli Parlimen ultra kiasu beritahu siapa pemberi maklumat tersebut. Saya cabar. Kedua, saya tidak faham maksud pertahanan kerana menggalakkan perang, dikaitkan dengan artikel saya mengenai perebutan Pulau Batu Putih yang sudah pun terlepas kepada Singapura apabila perkara ini dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Jawapan, ijazahijazah saya semua berkaitan dengan pertahanan, bukan seperti pensyarah tersebut, latar belakang kriminologi tetapi mengajar subjek strategi. Apa kaitan? Kelakar sungguh? Lagi pun, pemimpin China berkalikali menggalakkan perang dengan kenyataan sesiapa yang berani memasuki Kepulauan Spratly yang menjadi milik bersama beberapa negara termasuk Malaysia, jawapannya perang. Kenapa tidak berani kutuk pemimpin China? Sama juga kenyataan Lee Kuan Yew, jika Malaysia berani menghentikan bekalan air, jawapannya, perang. Kenapa tidak kutuk Lee Kuan Yew? Bila saya memberi pandangan, tidak boleh? Salahkah saya memberikan pandangan atas dasar kebebasan berkarya dalam akademik? Ketiga, saya menggalakkan ethnic cleansing dengan menyokong Hitler, berkaitan tindakan Hitler membunuh Yahudi beramai-ramai dalam peristiwa Holocust. Sebelum komen, bacalah buku Hitler bertajuk Main Kamp, baru boleh bergelar pensyarah strategi. Cari jawapan kenapa Hitler bunuh orang Yahudi. Baca juga, kenapa Yahudi memusuhi Islam. Keempat, komen saya terhadap perayaan kaum tertentu sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. Apakah tidak betul? Kenapa tidak pertikai mereka yang mempersendakan sembelihan korban di sekolah? Kena pada Islam, tidak mengapa. Kena pada mereka tidak boleh. Kelima, tulisan saya dituduh sebagai sesat. Sudah lama saya dikenakan tindakan jika tulisan saya sesat. Sebenarnya, bukan saya yang sesat sebab saya orang Islam. Saya tukar agama dahulu yang sesat kepada agama yang lagi terang agar tidak sesat. Saya punyai pengikut yang ramai dalam Facebook dan fan FB. Keenam, saya dituduh rasis. Peliknya, macam mana saya boleh rasis. Saya tidak mempertahankan Cina walaupun saya Cina. Malah saya dituduh lebih Melayu daripada Melayu. Jadi, di mana rasisnya? Sebenarnya ultra kiasu itu yang rasis. Partinya hanya untuk satu kaum. Ketika baru menjadi Exco Selangor, beliau mendesak mahu mewujudkan bandar Cina yang penuh kecinaan di Selangor, termasuk industri Cina, universiti Cina, sekolah Cina dan semua berkaitan Cina untuk tarik pelaburan China. Tidakkah ultra kiasu sedar kita tinggal dalam sebuah negara berasaskan kepada Malay Polity? Jika tidak faham, mari profesor sains politik dan strategi ajarkan. Apakah mungkin saya tidak dituduh rasis, jika saya mengajar mempertahankan komunis dan MPAJA sebagaimana yang didewa-dewakan oleh ultra kiasu? Pendirian saya, biar saya khianat kepada bangsa daripada khianat kepada agama dan negara. Lagipun, yang ditanya malaikat nanti bukannya bangsa dan keturunan nenek moyang, tetapi Tuhan, Rasul dan Agama. Kesimpulannya, dalam dunia akademik, kami bebas memberikan pandangan. Perkara yang sensitif boleh dibincangkan dalam perbahasan akademik, terutama dalam kelas, barulah berlaku percambahan idea. Jika tidak, penuntut kita akan jadi jumud.
NST PULA YANG SALAH...BIOL BETULLAH
BILA DAH KENA SERGAH DENGAN LIM GUAN ENG, PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG TERUS SALAHKAN NST!!!
Inilah kaedah paling murah dan paling tidak bermaruah!
Walaupun berjawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, nampaknya Salleh Man yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), nampaknya langsung tidak bertelur dan enggan bertanggungjawab.
Empat resolusi yang dituntut oleh PAS telah diputarbelitkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu sebagai 'tidak menyebut nama mana-mana parti politik' dan meletakkan keseluruhan beban kesalahan kepada New Straits Times (NST) walaupun sebenarnya sidang media berkenaan turut dihadiri dan dilaporkan oleh portal berita dan maklumatnya turut disiarkan oleh blogger-blogger Pakatan.
Apa sebenarnya yang amat ditakuti oleh Salleh Man? Apakah ADUN Permatang Pasir dan merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang bimbang jawatannya selaku YDP MAINPP akan hilang kerana campurtangan Lim Guan Eng? Atau adakah kerana ada 'perkara' lain yang dibimbangi akan dilakukan oleh Lim Guan Eng memandangkan Lim Guan Eng selaku TOKONG amat berkuasa di Pulau Pinang?
Wahai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang... tak payahlah nak kecutkan telur sendiri! Beranilah sikit! Jadilah jantan!
Hanya kerana Guan Eng menyatakan bahawa isu yang dibawa dalam sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang semalam merupakan 'manipulasi jahat media', maka Salleh Man terpaksa juga menyalak mengikut rentak dan arahan tuan TOKONGnya itu.
Takkanlah sebacul itu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sehinggakan terpaksa menipu mengikut rentak Lim Guan Eng? Padahal kalau berhadapan dengan UMNO, macam-macam senjata boleh dikeluarkan?

MCA DAN DAP SAMA SAJA
!
MCA dan DAP Mahu Langgar Titah Sultan Selangor! Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor baik Islam dan juga bukan Islam bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada orang Islam dan bukan Islam harus mengelak daripada menggunakannya. Sultan Selangor berkata ini untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan Islam dan bukan Islam.
Oleh itu, beliau menyeru rakyat Selangor untuk menghormati dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Selangor mengenai perkara itu. Sejurus selepas Fatwa Selangor dan Titah Sultan dikeluarkan, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dengan tiba-tiba membantah titah Sultan Selangor dan menyatakan pendiriannya adalah sama seperti DAP iaitu seperti mana DAP mahu kalimah 'Allah' digunakan, seperti itu juga MCA mahu kalimah 'Allah' diguna oleh mereka dalam bible bahasa Melayu untuk digantikan dengan God.
Mereka tidak God digantikan dengan Tuhan, tetapi God perlu digantikan dengan Allah. MCA seperti memberi bayangan bahawa tidak mengapa jika parti cina iaitu MCA dan DAP adalah berlainan, tetapi dalam isu ini kami boleh besama sama bersatu dalam menentang Sultan Selangor. Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong berkata: "Saya rasa ianya adalah okay. Sultan Selangor seharusnya perlu membenarkan orang-orang bukan Islam di Selangor untuk menggunakan perkataan itu.
Mengapa tidak? Kerana kami telah memberi penjelasan sebanyak dua muka surat. Asalkan sudah ada penjelasan jadi terima sahaja lah" katanya Ketua Pemuda MCA yang menyokong perjuangan DAP dalam isu kalimah Allah. .Naib Presiden MCA pula Gan Peng Sieu menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "jahil tentang kepentingan negara " Ahli jawatankuasa MCA Loh Seng Kok pula berkata: "Allah tidak "dimonopoli" oleh mana-mana kaum atau agama, kerana orang Kristian di Timur Tengah dan negara-negara Arab juga menggunakannya" Barisan peguam DAP pula menambah: "Apabila anda bercakap tentang penggunaan perkataan ' Allah ', ia adalah satu bentuk ungkapan.
Jadi ia adalah satu sebab bahawa titah Sultan bukan diikat oleh perlembagaan atau undang undang tetapi sebenarnya kuasa perlembagaan dan undang undang adalah suatu kuasa yang dimiliki oleh Parlimen sahaja, jadi tidak ada masalah untuk melanggar titah Sultan" Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan Allah didalam bible Melayu, asalkan cukai sudah dibayar jadi ia tidak melanggar peraturan.
Kerana ini adalah hak sesorang apabila sudah membayarnya. Ps : Jangan dalam bible versi bahasa melayu aje mendesak nak guna kalimah ALLAH sedangkan bahasa lain takut nak guna apa hal.? Apa masaalahnya.??Tak ke tu ada agenda tersirat.???Beginiiah cara kafir lahnat akan berusaha menjatuhkan agama Islam di negara kita. Dari Sumber..
Wednesday, November 20, 2013
MEREKA TIDAK PERNAH BERHENTI.....
DUNIA yang akan kita hadapi pada masa yang akan datang akan memperlihatkan berbagai- bagai percubaan oleh Bangsa Eropah untuk menakluk kita secara langsung atau tidak langsung. Serangan telah bermula dengan serangan kepada pemikiran kita, budaya kita , agama kita dan perpaduan kita. Walau apa pun serangan mereka selepas ini persoalannya adakah kita bersedia atau masih leka dan tidur lena.
DALAM bidang budaya dan sosial mereka ingin melihat kebebasan individu yang tidak terhad. Bagi mereka kebebasan individu adalah perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Mereka sudah menolak institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Sebaliknya mereka terima amalan seks bebas termasuk liwat sebagai sesuatu hak.
PERKAHWINAN di antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan diiktiraf secara rasmi. Apa yang kita dakwa sebagai sumbang mahram tidak dipandang serius oleh mereka.
LARANGAN menukar agama di kalangan orang Islam, sistem perundangan yang berbeza dengan mereka, semuanya akan dipersoalkan. Media mereka akan diguna untuk memburuk semua yang kita amalkan. Badan-badan bukan Kerajaan akan dihasut supaya menuntut segala yang tidak disenangi oleh bangsa Eropah, supaya dikaji dan dipinda dan akhirnya ditolak kerana dianggap menidakkan kebebasan individu.
BUDAYA dan nilai hidup yang akan dipaksa kita terima ialah "hedonisme" iaitu keseronokan yang tidak terhad, kebebasan mengikut nafsu, khususnya nafsu seks. Cara hidup kita akan dipersamakan dengan cara hidup mereka. "Asian values" tidak akan wujud bagi mereka.
CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS TETAP BERTENANG
OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
Tarikh: November 20, 2013
KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah tidak kisah dengan kritikan ahli-ahli Pas berhubung dengan pelbagai isu peribadi, termasuk perantisan jawatan nombor dua negeri yang disandangnya kini.
Bercakap dalam wawancara dengan Sinar Harian semalam, Mohd Amar berkata, beliau mengakui menerima banyak kritikan daripada blog dan laman sosial, tetapi enggan menjawab, sebaliknya lebih gemar mengadakan pertemuan dengan pihak yang dikatakan ‘tidak tahu cerita sebenar’.
“Ada yang menulis (blog dan Faceebok) itu tidak tahu cerita betul. Dia mungkin mendengar cakap-cakap dan tulis. Jadi itu yang jadi masalah, saya pula jenis yang tidak suka jawab, lebih-lebih lagi dalam Facebook.
“Tetapi kalau datang jumpa (saya) macam ( Datuk) Dr Prof Agus; ini sikap yang saya hormati. Begitu juga NGO Royalti (yang) datang jumpa sampai dua jam lebih. Saya nak macam tu. Siapa tak puas hati boleh datang jumpa. Saya akan terangkan sekadar mana saya boleh,” katanya.
Mohd Amar, yang bertanding sebagai Timbalan Presiden Pas, memberi contoh dalam soal pelantikan pemilihan calon negeri dalam PRU13 lalu, adalah mustahil beliau menjadi individu yang mengatur pencalonan itu kerana hanya berjawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri.
“Pelbagai tuduhan saya terima sedangkan ia datang dari jawatankuasa berdasarkan kajian awal pilihan raya, Kita gabungkan pandangan ini dan putuskan dalam mesyuarat. Tak kan saya boleh kontrol semua keputusan sedangkan kita ada mesyuarat untuk laksanakan apa-apa keputusan, bukan saya sorang.
“Tak kan saya boleh arah tok guru (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Kalau tuduh saya bukan-bukan, itu tuduhan liar. Kalau betul saya aturkan, saya nak tanding dua-dua. Parlimen pun nak, Dun pun nak,” katanya dalam nada berjenaka.
Berhubung dengan yang dakwaan beliau bersifat “lebih kuah dari sudu’ iaitu mendahului menteri besar dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mohd Amar berkata, semua kenyataannya yang dikeluarkan adalah berdasarkan bidang tugas sebagai timbalan menteri besar.
“Itulah demokrasinya kita dalam kerajaan. Bukannya menteri besar seorang nak bercakap semua perkara. Kalau menteri besar seorang, apa gunanya kita ada exco? Itulah tandanya kita kerja berpasukan,” katanya.
Mengenai tuduhan beliau yang mengatur nama-nama dalam pentadbiran negeri sejurus kemenangan Pas dalam PRU13 lalu, Mohd Amar berkata, pihak-pihak yang terlibat tahu dengan situasi yang melibatkan istana itu.
“Semuanya urusan istana. Individu yang terlibat semua dah tahu, bukan yang kita ada-adakan. Saya tidak simpan dalam hati semuanya itu. Oleh kerana itu, saya masih mampu tidur dengan tenang,” katanya.

Pengikut Tuhan Harun Disoal...
KUANTAN – Sembilan pengikut Ajaran Harun tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dua daripada mereka telah dikeluarkan waran tangkap menerusi mahkamah syariah.
"Sehingga kini polis masih memerlukan 22 orang daripada 31 keseluruhan pengikut Ajaran Harun untuk diambil keterangan.
“Sebanyak tujuh waran tangkap dikeluarkan kepada individu berkaitan supaya segera tampil untuk dirakamkan keterangan, manakala selebihnya kita masih menunggu mereka tampil," katanya di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) di sini, semalam.
Menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan menjurus semua aspek.
"Kami harap supaya diberi masa menyiasat dengan terperinci.
“Bagaimanapun, kami yakin sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga,” katanya.
Sementara itu, Mohd Jasmani berkata pihak polis menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan keselamatan di sekitar kawasan perumahan.
“Kita melakukan peningkatan (kerjasama) dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek keselamatan di kawasan taman atau perumahan.
“Terbaru kita membuat rondaan bersama tentera dan pelbagai agensi lain termasuk Rukun Tetangga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, polis mengeluarkan amaran kepada masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko dilanda banjir supaya membuat persiapan lebih awal.
“Kita sudah menubuhkan pasukan khas sebagai persiapan musim banjir dan tempat-tempat pemindahan juga sudah dikenal pasti,” katanya.
JANGAN LAYAN BUDAK-BUDAK ...
Para pemimpin 'bawahan' Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man AJK Pusat dari Pahang, Dato Abu Bakar Chik AJK Pusat dari Terengganu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Nik Amar bin Nik Abdullah, pemimpin Pemuda Pas Pusat yang juga ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh bin Nik Ab Aziz, Naib Ketua Pemuda Pas Pusat Dr.Iskandar Raja Yaacob, dan beberapa yang lain lagi, sejak beberapa hari lalu telah melaungkan kata-kata kritikan terhadap Karpal Singh agar meminta maaf terhadap kenyataannya yang menyentuh sensitiviti Pas sepanjang masa… Banyak sudah para pemimpin DAP membuat perkara yang menyentuh sensitiviti Pas yang menimbulkan kemarahan para pemipin bawahan dalam Pas, seperti menentang cita-cita untuk melaksanakan hukum hudud di kelantan dibawah pemerintahan pas, diperingkat negara seluruhnya, serta menentang penguatkuasaan enakmen agama Islam di Selangor, seperti pencegahan maksiat di hotel-hotel, menjual dan memakan daging babi, serta meminum minuman arak di khalayak ramai dan menentang larangan menggunakan kalimah Allah bagi penganut agama kristian (dan agama-agama lain) dan pelbagai lagi...
Yang meghairankan, pemimpin tertinggi Pas seperti Dato Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas Mat Sabu, Mursyidul Am Pas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beberapa orang lagi tetap diam membisu terhadap telatah 'jahat' menentang Islam yang dibuat oleh para pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh ini. Barangkali benar juga kata-kata bekas pemimpin DAP Melayu yang telah keluar dari prti itu yang telah mendedahkan, terdapat tanda-tanda dan bukti-bukti bahawa pemimpin tinggi Pas menerima sogokan wang setiap bulan sebagai elaun menjadi pakatan pembangkang yang di ketuai oleh DAP itu...! "Ibarat anjing yang menggonggong tulang, tentulah tidak boleh membuka mulut, seandainya anjing itu membuka mulutnya, tentulah tulang yang ada dimulutnya itu akan jatuh dan merugikan" kata seorang bekas pemimpin DAP itu kepada saya semasa kempen PRU13 lalu.
Sungguh tidak masuk dalam pertimbangan akal yang waras, bila pemimpin tertinggi Pas sanggup memecat seorang ahli Exco kerajaan negeri Selangor Dato' Hassan Ali, hanya kerana Dato' Hassan Ali melaksanakan tugasnya yang menjaga hal ehwal agama islam, menguatkuasakan pencegahan maksiat, dan berusaha melarang pihak DAP dari memasukkan orang islam ke dalam gereja untuk memujuk mereka memeuk kristian...! Ya...akibatnya Dato' Hassan Ali dipecat bukan sahaja dari jawatannya seorang Exco yang mewakili parti Pas dalam kerajaan negeri Selangor yang telah dimenangi oleh pakatan pembangkang itu, tetapi juga Dato' Hassan Ali telah dipecat terus dari menjadi ahli pas...angkara siapakah Hassan Ali dipecat kalau bukan dari arahan pemimpin DAP kepada pucuk pimpinan Pas ?? Ertinya Pas tidak ada pilihan lain lagi bila datang perintah dari ketua besarnya DAP datang, maka wajib dipatuhi, walaupun terpaksa mengorbankan seorang pemimpin Pas yang berwibawa dan dan disanjungi oleh seluruh umat Islam atas personalitinya dan berkarisma tinggi, lalu pemimpin-pemimpin tertinggi Pas tidak boleh berfiir panjang lagi, maka Hassan Ali disingkirkan terus dari jawatan exconya dan juga sebagai ahli Pas juga dilucutkan tanpa belas kasihan...!!!
Jika demikianlah halnya, maka nasihat saya kepada para pemimpin bawahan Pas seperti yang saya bariskan dipermulaan tulisan ini, lupakanlah menyatakan kemarahan kepada Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP lain juga, kerana ia hanyalah kerja sia-sia belaka...kerana pucuk pimpinan atas Pas sudah tertakluk dengan pematuhan 'mutlak' terhadap ketua mereka dalam pakatan rakyat iaitu DAP...itulah sebabnya Karpal Singh tidak pernah melayan laungan anda !!! Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak akan (selama-lama nya), orang Yahudi dan Nasrani (kristian) mengikut kehendak kamu, sehinggalah kamu yang mengikuti kehendak mereka - YAZID OTHMAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)