Wednesday, November 20, 2013

JANGAN LAYAN BUDAK-BUDAK ...


KARPAL SINGH ANGGAP 'PEMIMPIN BAWAHAN PAS' TAK PERLU DILAYAN.......
 Para pemimpin 'bawahan' Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man AJK Pusat dari Pahang, Dato Abu Bakar Chik AJK Pusat dari Terengganu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Nik Amar bin Nik Abdullah, pemimpin Pemuda Pas Pusat yang juga ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh bin Nik Ab Aziz, Naib Ketua Pemuda Pas Pusat Dr.Iskandar Raja Yaacob, dan beberapa yang lain lagi, sejak beberapa hari lalu telah melaungkan kata-kata kritikan terhadap Karpal Singh agar meminta maaf terhadap kenyataannya yang menyentuh sensitiviti Pas sepanjang masa… Banyak sudah para pemimpin DAP membuat perkara yang menyentuh sensitiviti Pas yang menimbulkan kemarahan para pemipin bawahan dalam Pas, seperti menentang cita-cita untuk melaksanakan hukum hudud di kelantan dibawah pemerintahan pas, diperingkat negara seluruhnya, serta menentang penguatkuasaan enakmen agama Islam di Selangor, seperti pencegahan maksiat di hotel-hotel, menjual dan memakan daging babi, serta meminum minuman arak di khalayak ramai dan menentang larangan menggunakan kalimah Allah bagi penganut agama kristian (dan agama-agama lain) dan pelbagai lagi... 

Yang meghairankan, pemimpin tertinggi Pas seperti Dato Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas Mat Sabu, Mursyidul Am Pas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beberapa orang lagi tetap diam membisu terhadap telatah 'jahat' menentang Islam yang dibuat oleh para pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh ini. Barangkali benar juga kata-kata bekas pemimpin DAP Melayu yang telah keluar dari prti itu yang telah mendedahkan, terdapat tanda-tanda dan bukti-bukti bahawa pemimpin tinggi Pas menerima sogokan wang setiap bulan sebagai elaun menjadi pakatan pembangkang yang di ketuai oleh DAP itu...! "Ibarat anjing yang menggonggong tulang, tentulah tidak boleh membuka mulut, seandainya anjing itu membuka mulutnya, tentulah tulang yang ada dimulutnya itu akan jatuh dan merugikan" kata seorang bekas pemimpin DAP itu kepada saya semasa kempen PRU13 lalu. 


Sungguh tidak masuk dalam pertimbangan akal yang waras, bila pemimpin tertinggi Pas sanggup memecat seorang ahli Exco kerajaan negeri Selangor Dato' Hassan Ali, hanya kerana Dato' Hassan Ali melaksanakan tugasnya yang menjaga hal ehwal agama islam, menguatkuasakan pencegahan maksiat, dan berusaha melarang pihak DAP dari memasukkan orang islam ke dalam gereja untuk memujuk mereka memeuk kristian...! Ya...akibatnya Dato' Hassan Ali dipecat bukan sahaja dari jawatannya seorang Exco yang mewakili parti Pas dalam kerajaan negeri Selangor yang telah dimenangi oleh pakatan pembangkang itu, tetapi juga Dato' Hassan Ali telah dipecat terus dari menjadi ahli pas...angkara siapakah Hassan Ali dipecat kalau bukan dari arahan pemimpin DAP kepada pucuk pimpinan Pas ?? Ertinya Pas tidak ada pilihan lain lagi bila datang perintah dari ketua besarnya DAP datang, maka wajib dipatuhi, walaupun terpaksa mengorbankan seorang pemimpin Pas yang berwibawa dan dan disanjungi oleh seluruh umat Islam atas personalitinya dan berkarisma tinggi, lalu pemimpin-pemimpin tertinggi Pas tidak boleh berfiir panjang lagi, maka Hassan Ali disingkirkan terus dari jawatan exconya dan juga sebagai ahli Pas juga dilucutkan tanpa belas kasihan...!!! 

Jika demikianlah halnya, maka nasihat saya kepada para pemimpin bawahan Pas seperti yang saya bariskan dipermulaan tulisan ini, lupakanlah menyatakan kemarahan kepada Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP lain juga, kerana ia hanyalah kerja sia-sia belaka...kerana pucuk pimpinan atas Pas sudah tertakluk dengan pematuhan 'mutlak' terhadap ketua mereka dalam pakatan rakyat iaitu DAP...itulah sebabnya Karpal Singh tidak pernah melayan laungan anda !!! Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak akan (selama-lama nya), orang Yahudi dan Nasrani (kristian) mengikut kehendak kamu, sehinggalah kamu yang mengikuti kehendak mereka - YAZID OTHMAN.

No comments:

Post a Comment