Kekejaman yang dilakukan oleh Pengganas Kristian Serbia tidak boleh dibayangkan dan apa yang dibuat oleh orang Eropah juga sama kejam. Negara Eropah yang mengangotai NATO suka bersyarah kepada kita kononnya Hak Asasi Manusia, tapi ia bercanggah dengan tindakkan mereka dan ini sangat memalukan.
Kalau seeokor anjing tersepit dalam longkang , mereka habiskan masa dan duit untuk menyelamatkannya. Satu Pekan ambil berat mengenai nasib seekor anjing.Bagaimanapun , mereka enggan membantu orang yang tidak berdosa dari di bunuh.
Kalau seeokor anjing tersepit dalam longkang , mereka habiskan masa dan duit untuk menyelamatkannya. Satu Pekan ambil berat mengenai nasib seekor anjing.Bagaimanapun , mereka enggan membantu orang yang tidak berdosa dari di bunuh.
Kerana tidak mahu Islam menguasai Srebrenica-Bosnia, puak Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Jeneral Ratko Mladic mengarahkan tentera membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari etnik Islam Bosnia di wilayah itu. Kejadian yang berlaku Julai 1995 menggemparkan seluruh masyarakat dunia terutama negara-negara Islam yang marah dengan tindakan Serbia. Mengikut kenyataan rasmi dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), jumlah sebenar mungkin melebihi dari jumlah yang dilaporkan kerana majoriti penduduk bandar kecil itu adalah etnik Islam Bosnia.
Peristiwa itu bermula pada sekitar tahun 1992 apabila berlaku perpecahan antara Serbia dan Bosnia dalam peperangan saudara yang menyaksikan kebangkitan Islam di Bosnia. Srebrenica yang bersempadan dengan Bosnia telah diberi tanggungjawab menjaga kem pelarian etnik Islam dari serangan puak tentera Serbia yang dikawal oleh 400 pasukan pengaman dari Belanda lengkap dengan senjata. Bagaimanapun, pada 6 Julai 1995, militan Serbia Bosnia dibantu oleh pasukan Korps Drina dari tentera Serbia Bosnia telah menggempur pos-pos kawalan tentera Belanda di sempadan sebelum memasuki Srebrenica.
Ramai pasukan pengaman dari Belanda terbunuh dan ada yang ditawan oleh tentera Serbia. Tentera Serbia yang terlalu ramai menyebabkan ramai tentera pengaman Belanda terpaksa menyelamatkan diri di sempadan Bosnia. Pada 11 Julai, tentera Serbia Bosnia berjaya menawan kem pelarian Islam Bosnia. Mereka mengasingkan kaum lelaki berusia 12 hingga 77 tahun untuk dihapuskan Kanak-kanak, wanita tua dan wanita diasingkan dalam khemah. Ramai wanita dirogol oleh puak militan Serbia Bosnia dan ada juga dibunuh kerana menentang mereka. Pada 13 Julai, kira-kira 8,000 lelaki dibunuh beramai-ramai di luar sebuah gudang di Kravica. Namun, ada yang berjaya melarikan diri dari pembunuhan kejam itu.
Pun begitu, ramai juga yang terbunuh terpijak periuk api, dibunuh oleh militan dan tentera Serbia yang mengepung kem pelarian itu. Pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil Genosida Srebrenica memaksa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas terhadap Serbia Bosnia terutama pemimpinnya. Apa yang menyedihkan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa tidak mendakwa Serbia atas tindakan kejam itu sebaliknya mengecam negara itu gagal mengekang kejadian tersebut. Walaupun tindakan kejam itu dilakukan oleh militan Serbia Bosnia, tapi militan itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Serbia Bosnia.
Ratko Mladic
Pada 27 Februari 2007, ICJ mengarahkan Jenderal Ratko Mladic yang mengetuai pembunuhan beramai-ramai diburu untuk dibicarakan ke mahkamah atas tuduhan membunuh untuk penghapusan etnik Islam Bosnia. Jenderal Mladic bersama pembantunya berjaya menyembunyikan diri dari diburu oleh pasukan pengaman. Beberapa tahun kemudian, ramai dari mereka ditahan dan diadili di ICJ dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan hukuman mati. Beberapa buah kubur besar turut digali semula untuk membuktikan kezaliman militan dan tentera Serbia terhadap etnik Islam Bosnia. Mayat-mayat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan di perkuburan Islam.
Walaupun kejadian itu sudah berlalu hampir 15 tahun, ia masih segar dalam ingatan masyarakat Islam terutama ahli-ahli keluarga yang dibunuh dengan kejam. Saya masih ingat pada satu masa dahulu, Tv3 menayangkan satu rencana yang bertajuk lebih kurangnya ‘Massacre In Bosnia’. Ia menayangkan kekejaman yang dilakukan oleh Serbia yang mana majoritinya Kristian menyembelih dan melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam Bosnia dan Kosovo. Ini adalah fakta sejarah. Kekejaman yang dipaparkan jelas melangkaui pemikiran manusia biasa.
Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan mental dan membunuh diri. Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai.
Satu lagi tragedi hitam umat Islam di akhir abad ke-20. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian kejam ini jika anda masih ingat semestinya Presiden Serbia masa itu iaitu Rodovan Karadzic. Pembunuhan-pembunuhan ini merupakan yang paling kejam selepas perang dunia ke-2 di Eropah. Beliau telah diburu hampir selama 13 tahun. Hampir 11,000 penduduk Bosnia menjadi kekejaman manusia yang tak layak digelar manusia ini. Angka ini mungkin tidak tepat kerana ramai yang terkorban tidak dijumpai tempat pembunuhan mereka.
Karadzic telah menyamar dan menjadi pengamal perubatan alternatif menggunakan identiti palsu selama 13 tahun. Dia menyimpan rambut panjang, berjanggut dan bercermin mata untuk menyembunyikan identitinya selama ini. Penduduk Bosnia yang selama ini menyimpan harapan melihat pembelaan terhadap pembunuhan kejam itu menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Namun, masih adakah keprihatinan umat Islam khususnya di Malaysia terhadap berita ini atau kita sekadar sibuk memikirkan bagaimana untuk mengenyangkan perut kita sahaja? Sesungguhnya terlalu banyak tragedi umat slam di seluruh dunia yang disembunyikan (PENEMUAN NGERI: Para sukarelawan menggali dasar Tasik Perucac untuk mencari rangka mangsa Perang Bosnia.
No comments:
Post a Comment