Wednesday, August 9, 2017

PRO RAKYAT FOKUS MEMBELA NASIB RAKYAT




Keazaman pemimpin dalam membela nasib rakyat  dan berusaha menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan kaum menyumbang kepada kemakmuran negara.  Dan perpaduan yang kita nikmati hari ini haruslah dipertahankan dan dikekalkan selama mungkin. Oleh itu seharusnyalah semua jentera kerajaan dan parti-parti dalam komponen Barisan Nasinal memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda membela rakyat.

Cara, gaya dan pedekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendekati rakyat cukup merimaskan kem pembangkang. Kerana mereka tidak pernah ada sikap mulia sebegitu. Mereka juga ketandusan pemimpin yang mempunyai iltizam yang kuat dalam membela rakyat. Rata-rata pemimpin pembangkang hanya pentingkan diri sendiri dan kuasa.

Kebencian dan fitnah yang mereka bawa umpama kotoran yang mereka lumuri ke muka sendiri. Walau bagaimana berganda usaha mereka menimbulkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri, semuanya berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan.

Ini kerana dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri berteraskan kepada rakyat melalui pendekatan Pro Rakyat. Berbeza dengan Pakatan ProDAP yang hampir keseluruhan keputusan di kawal oleh DAP.

Justeru itulah rakyat menyambut baik apa yang diumumkan oleh kerajaan Pro Rakyat terutama berhubung dengan isu kebajikan mereka. Antaranya bantuan kebajikan kepada veteran ATM, projek MRT dan bantuan kepada peneroka Felda.

Inilah tradisi Kerajaan Barisan Nasional yang selama ini membela nasib rakyat. Oleh sebab itulah rakyat sentiasa menaruh keyakinan kepada kerajaan ini untuk terus berkhidmat kepada mereka.

Seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau percaya keprihatinan kerajaan merupakan tradisi membela rakyat yang sudah sekian lama menjadi amalan kerajaan BN. Beliau yakin akan lebih banyak lagi initiatif kerajaan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri  dari semasa ke semasa selaras dengan konsep 'Rakyat Didahulukan'.

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI - HARAPKAN POLIS ?

6 polis termasuk seorang Inspektor ditahan disyaki memeras ugut

KUCHING 9 Ogos - Lima anggota dan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan di beberapa lokasi di bandar raya ini, Padawan dan Lundu pada malam tadi hingga awal pagi ini, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memeras ugut orang awam.

Ketua Jabatah Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar berkata, tangkapan terhadap keenam-enam suspek dibuat selepas dua individu membuat laporan polis berhubung perbuatan jenayah dilakukan mereka di Batu Kawa di sini dan Sematan, Lundu.

"Dua individu telah membuat laporan polis mendakwa suspek telah memeras ugut wang daripada mereka di Batu Kawa dan Sematan.

"Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak diketuai Deputi Superintenden Sarifudin Mustaffa telah menahan suspek di kediaman dan tempat kerja di Kuching, Padawan serta Lundu pada malam tadi dan awal pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Sementara itu di Mahkamah Magistret di sini, Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kesemua suspek  berusia 25 hingga 53 tahun direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. 

Tuesday, August 8, 2017

DAP SUDAH GAGAL

Dengan segala kemelut persengketaan dalam Pakatan yang tak sudah-sudah membuat rakyat muak, bosan dan menyampah dengan Pakatan yang diterajui oleh DAP. Dengan kata lain DAP sebenarnya sebuah parti yang gagal.

Ketempangan politik Pakatan Harapan cuba disembunyikan oleh mereka dengan membuat beberapa babak lakonan kononnya mereka berada dalam keadaan stabil, sedang semua rakyat tahu mereka bergelut dalam menamakan calon Perdana Menteri bagi pakatan mereka.

Sedang mereka bergelut mencari idenititi gabungan baru mereka, MCA pula telah mengorak seribu langkah kehadapan dalam membantu rakyat. MCA hari ini lebih berani dan lebih fokus kepada rakyat.

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA hari ini lebih teguh dan fokus terutama dalam membantu rakyat. Bagi Liow, MCA akan dapat melakukan yang terbaik untuk piliharaya akan datang bagi membantu Barisan Nasional.

Walaupun MCA telah kehilangan banyak kerusi pada PRU lepas, tapi dengan kerjasama dan persefahaman gerak kerja MCA kali ini memberi sinar baru buat pakatan. Kekecewaan pada PRU lepas memberi pengajaran berguna kepada MCA, sedangkan DAP pula angkuh dan sombong dengan sokongan yang mereka terima dahulu.
 
Kesombongan dan keangkuhan DAP ini dapat dilihat dari tindak tanduk mereka ketika mentadbir kerajaan di dua negeri iaitu Selangor dan Penang. Mereka langsung tidak menghirau suara rakyat miskin. 
 
Di Penang kampung-kampung mejoriti Melayu dan India di robohkan. Dibina pula rumah yang harganya tidak masuk akal untuk rakyat biasa untuk membelinya. Gerai-gerai dan perniagaan yang biasa menjadi tumpuan pelancong dirobohkan. Rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan, tiada tempat tinggal, punca pendapatan pula hilang. Begitulah kezaliman dan keangkuhan kerajaan dibawah pentadbiran DAP.
 
Sedangkan MCA atas semangat perpaduan Barisan Nasional terus membantu rakyat tanpa mengira latarbelakang kaum dan keturunan. MCA telah melakukan gerak kerja membantu rakyat di peringkat bawah lagi. Bagi Liow MCA tidak mahu banyak cerita kontroversi dan sensasi, tetapi MCA mahukan kerja yang berterusan membantu rakyat. 
 
Dalam hal ini MCA telah banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama kaum Cina. Masyarakat Cina sudah muak dan jelek dengan kontroversi yang di buat oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP atau lebih tepat Dinasti Lim. 
 
DAP sebenarnya telah gagal, hipokrit, pembohong,  menyusahkan rakyat dan agen kepada perpecahan kaum di Malaysia. 
 
Hutang kerajaan Pulau Pinang sahaja kalau tidak kerajaan Persekutuan membuat penstrukturan semula, sudah tentu ianya mencecah 3 kali ganda daripada hutang sekarang. DAP mendabik dada kononnya Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri berkenaan sehingga 95 peratus hasil kecekapan, bertanggungjawab, telus (CAT). Sedangkan Hakikat sebenar adalah 95 peratus pengurangan hutang Kerajaan Pulau Pinang direalisasikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui penstrukturan perjanjian air pada 2011.
 
Itu pun kerana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengubah hutang sedia ada sebanyak RM655.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun, bagi tempoh 45 tahun. DAP tak payah sembanglah kononnya berjaya mengurangkan hutang, berlaku jujurlah...beritahulah kepada rakyat cerita yang sebenar. Kalau berani mintalah pembatalan perjanjian penstrukturan air dengan kerajaan Persekutuan. 
 
Jangan haraplah, pemimpin DAP sememang lahir dari jenis yang tak tahu malu dan tak sedar diri. Bantuan dana kerajaan Pesekutuan bagi tidak pernah diwar-warkan. Sebaliknya mereka terus membohongi rakyat kononnya kerajaan Persekutuan tidak pernah membantu mereka.
 
Inilah perangai DAP yang sebenar. Pembohong.  





Monday, August 7, 2017

TEKSI PUN DAPAT MANFAAT DARI PINDAAN AKTA E-HAILING

Tidak pernah sama sekali kerajaan mengabaikan perkhidmatan teksi. Tidak pernah ! Apakah pemandu teksi hari ini lupa, telah bermacam-macam kaedah bantuan yang telah kerajaan berikan kepada mereka. Masalah yang timbul adalah apabila sesetengah pemandu teksi tidak amanah dan menipu pengguna.

Justeru itu kehadiran GrabCar dan Uber menjadi perkhidmatan alternatif kepada rakyat. Pakej yang menarik, perkhidmatan yang cekap dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi daripada pengguna menyebabkan perkhidmatan mereka dipilih oleh rakyat. Sejak itu perkhidmatan GrabCar dan Ubber menjadi musuh utama kepada pemandu teksi.



Kerajaan melalui agensinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah berusaha memberikan yang terbaik untuk semua. Usaha kerajaan ini diterjemahkan melalui pengabungan perkhidmatan e-hailing kepada teksi seperti yang terkandung dalam butiran pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD2010).

Ianya merupakan satu berita gembira untuk semua pemandu teksi kerana mereka boleh menjalan dua perkhidmatan dalam satu masa - iaitu dengan cara biasa mengambil penumpang dan juga melalui perkhidmatan e-hailing.

Pindaan APAD 2010 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Julai 27, 2017 telah membolehkan pemandu teksi  meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka disamping dapat menambah pendapatan.  Oleh itu gunakan kelebihan ini untuk bersaing dengan perkhidmatan GrabCar dan Uber secara sihat.

Hal ini diperjelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah semasa ditemuramah oleh wartawan dipejabatnya ibu pejabat SPAD. SPAD menetapkan bentuk kandungan di dalam pengurusan dan perjanjian pajak antara pengendali berlesen dengan pemandu teksi.




Jelas sekali teksi, Uber dan GrabCar dipantau secara sistematik oleh SPAD. GrabCar dan Uber tidak terlepas begitu sahaja, mereka juga perlu membuat pemeriksaan kereta di Puspakom. Pemandu mereka juga perlu berdaftar.


Di bawah ini adalah perincian butiran sebelum akta ini diluluskan untuk di wartakan.

OPERASI E-HAILING
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mempunyai model perniagaan yang baik.
Syarikat mesti ada sekurang-kurangnya seorang pengarah warga Malaysia.
Pemandu dan kenderaan perlu berdaftar dengan SPAD.
Perlu ada insurans yang akan melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga.
Perlu ada aplikasi yang dikhususkan oleh SPAD seperti keupayaan GPS, sistem 'rating' dan butang keselamatan ketika kecemasan (SOS).

PEMANDU E-HAILING
1. Kad Digital yang akan mengandungi :
- Lesen sah memandu (CDL).
- Kehadiran latihan khidmat pelanggan.
- Melepasi saringan kesihatan di klinik yang diiktiraf kerajaan.
- Tiada rekod jenayah.
- Tidak memiliki saman dan kompoun.
2. Pemandu perlu menghantar kenderaan mereka ke PUSPAKOM setahun sekali selepas 3 tahun kenderaan didaftarkan dengan JPJ.

INDUSTRI TEKSI
Penggunaan tambang yang dinamik.
Kepelbagaian model bagi teksi baharu.
Hantar kenderaan ke PUSPAKOM setahun sekali (sekarang setahun dua kali) selepas 3 tahun kenderaan didaftarkan dengan JPJ.


Semoga konflik Teksi dengan Grabcar dan Uber berakhir dengan terlaksananya Akta e-hailing ini. Masing-masing berusahalah mencari rezeki dengan adil dan saksama. 

Wednesday, August 2, 2017

NEGARA RUGI BERBILION RINGGIT




Tun Mahathir sepatutnya lebih ingat kerugian yang dibuatnya ketika mentadbir negera daripada mencari silap dan membuat serangan membuta tuli terhadap isu 1MDB. Bekas Perdana Menteri itu patut ingat betapa negara kerrugian berbilion ringgit ketika dia mentadbir. 

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir dulu juga kurang menhgambil perduli kepentingan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat ketika memegang tampuk pentadbiran.

Banyak projek-projek yang terpaksa "diselamatkan" (bailout) antaranya Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan bas. Tun kena ingat semua tu, jangan pura-pura lupa walaupun Tun seorang Melayu yang mudah lupa. 

Sedangkan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri semua projek berjaya disiapkan dengan kos yang munasabah dan masa yang ditetapkan. Tengok sendiri projek MRT, ada sesiapa dari kalangan puak bunga (BERSATU) berani komplen ?   

Kita tak usah sembang jauh-jauh, Proton sendiri pun gagal, bahkan perlu diselamatkan dengan menyuntik RM1.5 bilion dan ditambah lagi RM1.5 bilion. Sebenarnya proton itu hanya digunakan untuk menyelamat dan membela kroni-kroni tak guna yang menyusahkan negara. 


Itu belum cerita bab kerugian syarikat Pewaja, MAS dan Empangan Bakun. Kalau dibuka semua buku-buku ini ianya akan menambah sakit hati dan jiwa bilamana melihat wang rakyat di sia-siakan dengan begitu sahaja. 

Jadi tak usahlah Tun sibuk-sibuk dengan urusan perniagaan 1MDB kerana ianya ada aset dan untung, sedangkan urus niaga Forex di zaman Tun menyebabkan wang rakyat hilang RM33 bilion. Ya betul Tun tak curi duit tu, tapi Tun biarkan ia hilang macam tu sahaja. Itu duit rakyat ! Tun jawablah sendiri dalam siasatan RCI nanti.

Elok sangatlah Tun tak mahu kembali lagi kepada UMNO, kerana kehadiran Tun hanya akan mendatangkan masalah. Tun kena ingat dahulu Tun jadi Perdana Menteri bukan terletak kepada kekuatan individu, tatepi kerana kekuatan, kesetiaan, semangat dan perpaduan di dalam UMNO kuat.

Tanpa sokongan 3 juta ahli UMNO, Tun bukanlah sesiapa. UMNO ini sudah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Bukan calang-calang ombak yang telah UMNO harungi, jadi usahlah berangan untuk menghancurkan UMNO. UMNO akan lebih baik tanpa Tun Mahathir. 

Menukar kerajaan bukan jaminan terhadap penyelesaian masalah atau dapat menjanjikan keadaan lebih baik. Ia tindakan bodoh jika lebih mendatangkan keburukan kepada rakyat dan negara.
“Tukar kerajaan jadi lebih baik, masuk akal. Kalau lebih buruk, lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana, itu bodoh punya kerja. Minta maaf cakap tetapi itu memang bodoh punya kerja.

“Buat apa mahu tukar kerajaan kerana kita mempunyai kerajaan yang berada di landasan terbaik untuk mentadbir negara.

Tuesday, August 1, 2017

SANA TIPU, SINI TIPU MANA LAGI MAU TIPU ?





Penasihat DAP, Lim Kit Siang kini semakin panik untuk meneruskan kerjaya politiknya apabila penipuan mengenai siapa yang sebenarnya memimpin Pakatan Harapan semakin terserlah.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, penipuan Kit Siang didedahkan dan sedang dibogelkan kepada umum malah ia jelas dapat dibaca oleh khalayak apabila Kit Siang memberitahu Pakatan Harapan dipimpin oleh PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bukannya DAP.

“Kit Siang berpendapat bahawa cara ‘Ali Baba’ boleh digunakan di dalam politik kerana ia boleh berjaya dalam perniagaan.


“Beliau meletakkan semua be­kas pemimpin UMNO di muka hadapan sebagai wajah Melayu Pakatan Harapan dan ini merupakan perkara kurang cerdik yang dilakukan Kit Siang,” katanya menerusi portal Malaysia Today semalam.

Menurut Raja Petra, Kit Siang hanya mempunyai satu alternatif untuk kekal relevan iaitu DAP mesti menang sekurang-kurang­nya 55 kerusi Parlimen dalam pi­li­han raya umum akan datang ma­nakala PKR, PPBM dan PAN yang digabungkan di dalam Pakatan Harapan mesti menang tidak kurang daripada 60 kerusi.


“Jika Pakatan Harapan gagal me­rebut peluang ini maka Kit Siang tahu kerjaya politiknya dan seluruh ahli keluarga terma­suk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berkubur,” katanya.


Tambahnya, Kit Siang tahu undi kaum Cina telah dimaksimumkan dalam pilihan raya umum yang lalu malah Penasihat DAP itu sendiri kini tidak dapat memastikan sama ada pengundi Cina akan memihak kepada parti tersebut.


“Ini kerana ‘perikatan suci’ antara beliau dengan Dr. Mahathir membuatkan kaum Cina sangat jijik terhadap kedua-dua pemimpin ini,” katanya.


Oleh itu, Raja Petra berkata, Kit Siang mereka-reka cerita bahawa Pakatan Harapan kini lemah dan cuba berharap rakyat mempercayai pembohongannya.


“Kit Siang cuba meyakinkan rakyat bahawa DAP dan Pakatan Harapan lemah sejak empat tahun lalu tetapi dengan adanya Dr. Mahathir dan sebahagian lagi bekas pemimpin UMNO masa depan pakatan lebih cerah,” jelasnya.


Beliau memberitahu, ranca­ngan asal Kit Siang adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan apabila ia gagal, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berpendapat, perkara itu mesti dilakukan oleh bekas pemimpin UMNO juga.


“Tetapi sebenarnya Kit Siang menghampiri seorang lelaki yang hampir lemas dan kini Dr. Mahathir juga sedang menyeretnya bersama,” katanya.



LAPURAN AUDIT - TEKUN RUGI !

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta disebabkan antara lain faktor tadbir urus korporat yang kurang memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Audit juga mendapati tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan dana oleh usahawan.

 



Laporan itu turut menyatakan antara kerugian melibatkan kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan TEKUN, Kad Komuniti UsahawanTEKUN dan Cyber Mall yang kesemuanya berjumlah RM872,035.

"Bagi Program Mentor Mentee pula, jawatankuasa program bersama tidak diwujudkan dan laporan bulanan program tidak dikemukakan oleh tiga syarikat mentor tersebut," katanya.

Dari 1998 hingga Jun 2016, TEKUN menerima pembiayaan sebanyak RM1.86 bilion daripada Kementerian Kewangan dan geran RM670 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diberikan bagi tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.


Dalam pada itu, pengauditan yang dijalankan pada Mei hingga Oktober 2016 dan Februari 2017 mendapati secara keseluruhannya TEKUN telah meningkatkan pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion melibatkan 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.


Sementara itu, bagi meningkatkan prestasi pengurusan syarikat, Jabatan Audit Negara mengesyorkan TEKUN mengambil beberapa tindakan termasuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk menilai keberkesanan pembiayaan kepada usahawan dan sebab kegagalan perniagaan.


Selain itu, TEKUN perlu memastikan amalan tadbir urus syarikat dari masa ke semasa terutamanya dari segi kawalan dalaman bayaran dan penerimaan termasuk bayaran kepada individu yang tidak layak. - BERNAMA