Tuesday, August 1, 2017

SANA TIPU, SINI TIPU MANA LAGI MAU TIPU ?





Penasihat DAP, Lim Kit Siang kini semakin panik untuk meneruskan kerjaya politiknya apabila penipuan mengenai siapa yang sebenarnya memimpin Pakatan Harapan semakin terserlah.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, penipuan Kit Siang didedahkan dan sedang dibogelkan kepada umum malah ia jelas dapat dibaca oleh khalayak apabila Kit Siang memberitahu Pakatan Harapan dipimpin oleh PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bukannya DAP.

“Kit Siang berpendapat bahawa cara ‘Ali Baba’ boleh digunakan di dalam politik kerana ia boleh berjaya dalam perniagaan.


“Beliau meletakkan semua be­kas pemimpin UMNO di muka hadapan sebagai wajah Melayu Pakatan Harapan dan ini merupakan perkara kurang cerdik yang dilakukan Kit Siang,” katanya menerusi portal Malaysia Today semalam.

Menurut Raja Petra, Kit Siang hanya mempunyai satu alternatif untuk kekal relevan iaitu DAP mesti menang sekurang-kurang­nya 55 kerusi Parlimen dalam pi­li­han raya umum akan datang ma­nakala PKR, PPBM dan PAN yang digabungkan di dalam Pakatan Harapan mesti menang tidak kurang daripada 60 kerusi.


“Jika Pakatan Harapan gagal me­rebut peluang ini maka Kit Siang tahu kerjaya politiknya dan seluruh ahli keluarga terma­suk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berkubur,” katanya.


Tambahnya, Kit Siang tahu undi kaum Cina telah dimaksimumkan dalam pilihan raya umum yang lalu malah Penasihat DAP itu sendiri kini tidak dapat memastikan sama ada pengundi Cina akan memihak kepada parti tersebut.


“Ini kerana ‘perikatan suci’ antara beliau dengan Dr. Mahathir membuatkan kaum Cina sangat jijik terhadap kedua-dua pemimpin ini,” katanya.


Oleh itu, Raja Petra berkata, Kit Siang mereka-reka cerita bahawa Pakatan Harapan kini lemah dan cuba berharap rakyat mempercayai pembohongannya.


“Kit Siang cuba meyakinkan rakyat bahawa DAP dan Pakatan Harapan lemah sejak empat tahun lalu tetapi dengan adanya Dr. Mahathir dan sebahagian lagi bekas pemimpin UMNO masa depan pakatan lebih cerah,” jelasnya.


Beliau memberitahu, ranca­ngan asal Kit Siang adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan apabila ia gagal, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berpendapat, perkara itu mesti dilakukan oleh bekas pemimpin UMNO juga.


“Tetapi sebenarnya Kit Siang menghampiri seorang lelaki yang hampir lemas dan kini Dr. Mahathir juga sedang menyeretnya bersama,” katanya.



No comments:

Post a Comment