Monday, July 3, 2017

DAP DAN BONEKA TAK LAYAK GANTI BARISAN NASIONAL




Pas menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP tidak sesuai menggantikan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara selagi mereka tidak mengubah sikap.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, sikap sering bersaing untuk me­nunjukkan kekuatan masing-masing dan tidak menghormati parti-parti lain dalam gabungan telah menyukarkan hasrat tersebut.

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila DAP tanpa menghiraukan sekutunya untuk menamakan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


“Itulah sikap sebenar DAP yang telah difahami oleh Pas sejak sekian lama. Sebab itu kita berpisah dengan mereka kerana kita tahu DAP ini apabila merasakan dia kuat, dia akan menguasai.

“Kalau DAP saling menghormati parti-parti lain, dia tidak akan mudah untuk menentukan mana-mana parti yang layak menjadi Menteri Besar.


“Jadi, apa yang Pas kata sebelum ini telah terbukti berlaku dalam Pakatan Harapan. Sekarang Pakatan Harapan dilihat sering bersaing untuk berada di depan, bagi saya, kalau mereka terus dengan sikap ini, masih tidak sesuai untuk mereka menggantikan BN,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini.


Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di sini kelmarin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan itu menang dalam PRU-14.


Sementara itu, Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, keputusan Pas sebelum ini untuk tidak bersama pakatan tersebut adalah langkah tepat.
“Kita yakin pendekatan yang digunakan Pas sekarang akan terus diterima oleh rakyat,” katanya.


HUSAM PILIHAN KIT SIANG SEBAGAI BONEKA DAP






Tanpa menunggu Malam, siang-siang lagi Penasihat DAP Lim Kit Siang  membuat Pengumuman untuk meletakkan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas nege­ri itu daripada Pas telah menunjukkan betapa berkuasanya DAP dan pemimpinnya di dalam pakatan pembangkang.


Nampak jelas permainan politik Lim kit Siang yang licik dan penuh tipu daya. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kenyataan Kit Siang ini menunjukkan peranan DAP dalam pakatan HARAPAN sedangkan DAP tidak wujud di Kelantan.

Kit Siang menggunakan bonekanya untuk memporak perandakan suasana politik di Kelantan. Taktik licik lagi keji ini nampak sudah membuahkan hasil dengan kewujudan parti PAN yang begitu angkuh dan sombang mahukan tampuk pemerintahan diserahkan kepada mereka pada PRU 14 yang akan datang. 

Jelas sekali DAP adalah pengarah atau mastermind dalam pakatan HARAPAN. DAP sedar rakyat Kelantan sesekali tidak akan menerima mereka, tapi rakyat Kelantan boleh menerima parti lain yang menggunakan label pasti Melayu dan Islam. Keberanian Kit Siang membuat kenyataan itu menunjukkan Melayu dalam Pakatan adalah lembu-lembu yang sudah dicucuk hidung mereka. Berani penulis menyatakan disini, mereka telah dibeli dengan harta dan kekayaan dunia. 

Kit Siang sebenarnya ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah kata pemutus dalam Pakatan HARAPAN. Seolah-olah mereka ini Abang Long kepada semua parti dalam Pakatan. 


Penulis masih ingat bagaimana DAP menggunakan kuasanya untuk mendesak parti PAS memecat Pengerusi Perhubungan PAS Selangor Datuk Hassan Ali. Sehinggakan PAS dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Hadi Awang bagaikan tiada taring untuk mempertahankan ahlinya yang juga orang yang cukup penting dalam PAS Selangor ketika itu.

Oleh itu tidak hairanlah jika kenyataan beliau yang mahukan rakyat Kelantan memilih Hussam Musa sebagai Menteri Besar dilafazkan dengan penuh sombang dan bongkak sekali. Dia yakin orang Melayu Kelantan akan memihak kepada Hussam Musa yang kononnya baginya orang yang paling rapat dengan Arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan.

Jelas sekali ia menunjukkan bahawa DAP kini sedang berusaha mengatur ‘orang-orang’ mereka yang patuh (kepada parti itu) disebabkan mereka tidak bertanding di Kelantan.

Persoalannya apakah rakyat Kelantan begitu bodoh sehingga boleh diperkotak katikan oleh boneka DAP ? Kita Tunggu jawapannya selepas PRU ke 14.

CUKAI TOL SELANGOR DINAIKAN TANDA AZMIN SAYANG RAKYAT



Selepas kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan cukai bagi menampung kos pentadbiran akibat pembaziran Lim Guan Eng, kini giliran kerajaan pakatan di Selangor mengambil langkah sama dengan menaikkan cukai TOL.

Kerajaan Azmin Ali menaikkan cukai Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada pengusaha kolam ikan di Pulau Ketam antara RM60 ribu hingga RM100 ribu setahun meningkat lebih 35,361% berbanding RM282 setahun sebelum ini.

Kenaikkan itu bakal menjejaskan kehidupan lebih 6,000 nelayan dan paling dibimbangkan harga ikan di Selangor akan meningkat berlipat kali ganda.

Dalam kerajaan Pusat berusaha mengurangkan kenaikan kos sara hidup rakyat, pakatan pula sibuk menambah beban untuk rakyat.

#PakatanproDAP

Sunday, July 2, 2017

HUSAM MELAYU KESAYANGAN KIT SIANG




Pas menyifatkan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang boleh dikuasai dan patuh kepada DAP.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, bagi menjatuhkan Pas di Kelantan, DAP memerlukan seorang Menteri Besar yang patuh kepada kehendaknya.

Justeru, jelas beliau, mereka bukan hanya perlukan individu yang ‘diredhai’ oleh DAP, malah dana untuk menjayakannya.


“Politik mereka kini bertunjangkan dendam kesumat. Asal Pas jatuh di Kelantan maka siapa pun menang tidak mengapa.

“DAP nak perintah Kelantan tidak boleh, akhirnya mereka atur orang yang boleh dikuasai untuk memimpin Kelantan,” katanya dalam status di laman Facebook beliau semalam.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelmarin menyokong Husam sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri tersebut berubah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Kit Siang berkata, pemilihan Husam dibuat bagi membawa perubahan besar kepada Kelantan yang selama ini diperintah oleh kepemimpinan Pas.


Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, rakyat Kelantan berhak menentukan siapa Menteri Besar yang akan memimpin negeri itu. 


“Apakah mereka mahu Menteri Besar yang patuh DAP atau Menteri Besar yang mempunyai karisma tinggi bagi meneruskan legasi kepemimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.



Saturday, July 1, 2017

PENGHASUT, ANTI MELAYU




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menempelak Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy ekoran ke­nyataan yang di­buat berhubung isu kontrak pengendali kantin Politeknik Seberang Perai (PSP).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, kenyataan Ramasamy yang mengaitkan isu itu dengan ‘dasar pro-Melayu terang-terangan’ Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan.

Menurutnya, kenyataan sedemikian jika tidak dibendung boleh mewujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.


“Saya sarankan Ramasamy tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang ber­agama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam dalam si­dang akhbarnya, Ramasamy seperti dila­porkan por­tal berita didakwa berkata, ramai bukan Melayu ma­sih percaya kontraktor ma­kanan dalam isu kontrak pengendali ma­­kanan kantin PSP merupakan mang­sa diskriminasi kaum dan agama.


Isu itu bermula selepas permohonan seorang pengusaha makanan India, G. Gobi Krishnan untuk mendapatkan satu ruang gerai dalam kontrak menyewa dan mengurus kantin di PSP tidak berjaya.


Jawatankuasa Sebut Harga PSP yang membuat penilaian menolak sebut harga Gobi Krishnan bersama tiga penender Melayu lain kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam borang permohonan.


Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, sebagai Exco kerajaan negeri, Ramasamy seharus­nya lebih bertanggungjawab dan boleh menghubungi pihak pe­ngurusan PSP secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan sebenar.


Kata beliau, tindakan memang­gil sidang akhbar dan membuat pelbagai tuduhan liar serta tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PSP bukan tindakan yang wajar. 


“Saya memuji tindakan Pemuda MIC negeri yang mengambil inisiatif berjumpa dengan Pengarah PSP untuk mendapatkan penjelasan. 


“Ini merupakan satu tindakan berdasarkan pemikiran yang terbuka dan sangat rasional,” katanya.

Friday, June 30, 2017

MRT FASA 2 SIAP 99 PERATUS, BAKAL DILANCARKAN 17 JULAI INI





Setelah sekian lama menunggu, masanya telah hampir tiba. Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan ke Kajang telah hampir siap.

Projek MRT yang telah menelan belanja RM22 bilion ini  telah mula dibina pada Julai 2011. MRT mempunyai 31 stesen sepanjang 51km.

Sebelum ini Fasa 1 yang bermula dari Sungai Buloh ke Samantan sepajangan 20km telah pun mula beroperasi pada awal Disember lepas.


Ketika ini tren MRT Kajang - Semantan masih lagi menjalani pelbagai proses ujian. Perkara ini telah dijelaskan oleh Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz bahawa laluan Semantan - Kajang sepanjang 31km masih lagi menjalani beberapa proses ujian akhir bagi melengkapkan keseluruhan operasi MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51km.

Ujian ini amat penting dan sangat perlu bagi mengelakkan tren mengalami masalah selepas ia dilancarkan nanti. 



Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berasa amat gembira dan bersyukur apabila projek MRT Fasa 2 dari Semantan ke Kajang telah hampir siap sepenuhnya.

Projek yang telah hampir siap 99  peratus bakal  dilancar pada 17 Julai 2017. Ianya akan memberi manfaat kepada ramai warga di Lembah Klang.

Semoga dengan siapnya projek ini ianya bakal melonjak negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Rakyat  berasa amat bangga mempunyai kepimpinan yang sentiasa membela dan memehami aspirasi rakyat.

Diharap dengan siapnya projek ini ianya dapat mengurangkan kesesakan jalanraya disepanjang laluannya.

Thursday, June 29, 2017

OPERASI SERKAP AIDILFITRI , BENTERAS SALAHLAKU PENGENDALI PERKHIDMATAN AWAM



Sudah menjadi kelaziman setiap kali musim perayaan akan kedengaranlah harga perkhidmatan awam tiba-tiba naik mendadak. Kebiasaannya pengendali bas express lah yang sengaja menaikan harga tambang sesuka hati. Mereka mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain.

Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".  Begitu juga dengan kegiatan mereka ini, akhirnya ia terbongkar juga setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPAD) menjalankan Operasi Bersepadu Serkap bersama dengan beberapa agensI PDRM dan JPJ.

Pelbagai kesalahan dapat dikesan daripada operasi tersebut yang membabitkan 3,445 buah bas, 932 teksi dan 484 buah lori.

 Antara kesalahan telah dikenalpasti antaranya mengenakan caj tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu dan menurunkan penumpang dikawasan yang tidak dibenarkan.

Walaupun setiap tahun operasi seperti ini dilakukan, masih lagi ada yang berani melakukannya lagi. Apakah operasi seperti ini tidak memberi kesan kepada mereka ? atau keuntungan yang berlipat kali ganda mengabui mata mereka?

Teksi antara yang menjadi masalah yang tidak pernah selesai, entah sampai bilakan sikap mereka ini nak berubah. Antara kesalahan yang masih mereka lakukan ialah gagal mempamerkan permit, tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang dan tidak memiliki kad pemandu. 

Manakala kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori antaranya ialah membawa muatan yang berlebihan dan gagal menunjukkan permit.

Operasi seperti ini telah banyak kali SPAD jalankan bersama-sama agensi penguatkuasaan lain.  Namun masih ada natizen yang mempertikai tugas-tugas SPAD. Diharap dengan operasi yang dijalankan ini dapat membantu pengguna gar tidak lagi ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mencari untung berlebihan dengan cara menipu.