Thursday, January 19, 2017

FASAL KAPCAI PUN NAK KECOH , RELAKS LAA BRADER !!!


Kecoh, riuh rendah satu KL apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan motor jenis "kapcai"tidak dibenarkan masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah ini adalah sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Ramai yang menyelar kenyataan Ku Nan tersebut walaupun ianya hanyalah satu cadangan. Antara yang menentang cadangan ini adalah Persatuan Pengguna-pengguna Pengangkutan Awam (4PAM). Presidennya Ajit Johl berkata orang ramai menggunakan kapcai kerana mengelak masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar. 

Pada pendapat beliau cadangan itu bukan satu penyelesaian, bahkan  sebenarnya ia akan menambahkan lagi masalah kerana belum ada rancangan konkrit hendak memperbaiki pengangkutan awam.  Jika mahu mengurangkan pelepasan karbon, terdapat kenderaan yang lebih besar berbanding kapcai iaitu seperti kereta yang berkelajuan 3,000 kuasa kuda.

Pada admin, betul juga apa yang di suarakan oleh Presiden 4PAM itu, tapi tahukan dia ia cuma satu candangan, jika tidak bersetuju kerajaan pun tak boleh buat apa-apa. 

Bagi merungkaikan kekuatiran warga kota Kuala Lumpur berkenaan isu ini, Ku Nan menjelaskan keputusan mengenai perkara itu tidak akan dibuat tanpa mendengar suara rakyat. “Kenyataan dibuat sebelum ini hanyalah cadangan dan tidak akan dilaksanakan sekiranya orang ramai tidak bersetuju selain mengambil kira beberapa faktor lain seperti harga pengangkutan awam.

Oleh itu kepada semua pengguna motosikal berenjin kecil atau 'kapcai' bawa bertenang, relaks, sabar dan tidak perlu khuatir, memandangkan keputusan membenarkan kenderaan itu memasuki pusat bandar raya atau tidak itu akan ditentukan sendiri oleh anda.  

SUMBER : https://www.facebook.com/malaysiamenjerit/?fref=nf





Wednesday, January 18, 2017

KEHIDUPAN MISTERI KEANU REEVES


Ini adalah luahan hati pelakon kacak, Keanu Reeves yang dikongsi di laman sosial Facebooknya pada 27Jun 2016. Demikianlah kisah seorang lelaki kacak, ternama dan terkaya mengabdikan diri sebagai seorang yang dihormati.


Siapa Keanu? Dia adalah seorang kanak-kanak penghidap disleksia. Pada usia mudanya, di sekolah dia sering diejek dan dipulaukan oleh kawan-kawan lantaran kesusahan yang dialami keluarganya. Dibesarkan oleh ibu seorang diri, Keanu dan seorang adik perempuannya melalui episod zaman kanak-kanak yang cukup sedih.



Pun, dia akhirnya bangkit dengan bakat seni yang bukan sedikit. Mencipta kejayaan melalui filem seperti The Matrix, Keanu bukan sahaja pelakon disegani dunia, tetapi dia juga bertindak selaku penerbit dalam beberapa filem besar dunia, selain sebagai seorang ahli muzik.


Tahun ini, dia sudah mencecah usia 52 tahun. Pada usia lima dekad ini, dia masih sendiri, belum berumah tangga. Selepas wanita kesayangannya, meninggal dunia sebelum sempat mereka berkahwin, Keanu kekal memilih untuk hidup sendiri dan terasing. Hidup Keanu memang sarat dengan kesedihan, sepertinya malang bertimpa-timpa dan tidak pernah bernoktah sedari kecil sehingga membawa dia kepada kedewasaan. Kekacakannya bukan hanya pada wajah, tetapi jauh lebih penting lagi, hatinya turut mulia.


Biarpun menjadi pelakon popular, dia tidak pernah bermasalah untuk kerjanya dibayar murah, agar aktor-aktor lain yang main bersamanya mendapat bayaran yang mahal. Ia juga hanya tinggal di hotel-hotel murah. Ia tidak membeli rumah mewah atau hidup di istana megah seperti aktor-aktor terkenal lainnya.


Meskipun dihancurkan oleh kesedihan yang bertali arus dalam hidup, dia kekal bertahan dan membintangi beberapa filem yang sangat sukses. The Matrix membawa namanya jauh lebih tinggi, tetapi dia masih tidak dapat menyembunyikan kesedihan, ia selalu dilihat hidup sendirian. Banyak tersebar di internet, beberapa foto oleh paparazi yang memperlihatkan Keanu sedang makan di taman-taman, sambil melamun sendirian.


Tetapi kesedihan ini tidak membuat ia menjadi orang yang putus asa, dan rosak hidupnya. Sikap positif, membuatkan dia tidak menyalahkan dunia atas kesedihan-kesedihan peribadinya. Tidak pernah terdengar cerita buruk tentang peribadinya punya skandal dengan artis wanita cantik, tidak pernah ada sebarang skandal, atau terlibat pesta-pesta liar Hollywood. Sedangkan umum percaya, lelaki sekacak dirinya, dengan kekayaan yang dimiliki, mendapatkan wanita jelita bertukar ganti siang dan malam adalah semudah memetik dua jari.


Hari ini, Keanu sangat dikenali di Hollywood tentang sikap dermawan dan sederhana dirinya. Ia selalu memberikan hadiah mahal kepada siapapun yang membantunya dalam karier. Ia pernah membelikan motor Harley Davidson kepada beberapa orang krew filem. Ia juga pernah memberikan $80 juta dollar kepada para krew The Matrix. Jumlah itu adalah sebahagian dari jumlah $144 juta dollar yang diterimanya saat membintangi filem itu.


Para krew filem semua menyukainya, kerana Keanu selalu dengan sopan berkenalan dengan mereka dan menghafal nama mereka yang bekerja dengannya. Tidak ada seorang pun di Hollywood yang menceritakan hal buruk tentang Keanu, semua orang selalu memuji kerendahan hati dan kebaikannya.


Ayah pengedar najis dadah

Keanu lahir di Beirut, Lubnan. Ayah dan ibunya bertemu di sana, dan kemudian bernikah. Ayahnya sering keluar masuk penjara kerana masalah dadah. Pada 
umur 3 tahun, ayahnya benar-benar meninggalkan Keanu dan ibunya dan kali terakhir dia bertemu ayahnya adalah pada usia 13 tahun.


Mangsa perceraian.

Sebagai ibu tunggul, perjuangan hidup sudah tentu amat hebat demi membesarkan dua anaknya. Emak Keanu selalu berpindah kerja menjadikan lelaki ini dan adiknya sering berpindah-randah sekolah juga. Di sekolah dia sering dihina dan dicemuh sebagai ‘anak haram’ kerana tidak tahu membaca. Tidak banyak yang tahu, dia sebenarnya menghidap disleksia, yang membuatkan penghidapnya sulit untuk membaca dan belajar secara konvensional.


 Pada 1993, sahabat karib Keanu yang juga aktor, River Phoenix (abang aktor Joachim Phoenix) meninggal dunia kerana masalah penyalahgunaan dadah pada usia 23 tahun. Keanu sangat terkesan dengan kehilangan sahabat baiknya ini dan mengambil masa yang agak lama untuk menerima kehilangan. Pada 1999, Keanu kehilangan bayinya yang dikandung Jennifer Syme. Kesedihan itu membuatkan mereka memutuskan hubungan, tetapi mereka masih bersahabat baik. Setahun kemudian, Jennifer meninggal dalam satu kemalangan kereta.


 Kematian Jennifer membuatkan Keanu jarang dilihat bersama wanita lain. Dalam wawancara sebuah majalah, Keanu berkata, “Dalam hidup aku, kesedihan tak pernah berakhir, ia hanya berubah wajah.”


 Penyumbang dana terbesar kepada adiknya yang menghidap kanser, selain turut menubuhkan sebuah yayasan kanser, tetapi tidak menggunakan nama sendiri. Dia juga ada menubuhkan yayasan khas untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.


Keanu sering membeli makanan di tepi jalan dan duduk bersama orang-orang yang tidak dikenali, bercakap dan berkenalan dengan mereka. Ada satu video yang memperlihatkan saat Keanu naik kereta api, dan dengan sopan mempersilakan seorang wanita untuk duduk di kerusinya.


Diwawancara tentang sikap dermawan, Keanu cuma berkata, “Wang adalah hal terakhir di dalam hidup yang aku fikirkan. Dengan apa yang aku miliki sekarang, aku dapat hidup dengan sederhana selama berabad-abad. Mungkin aku satu-satunya bintang Hollywood yang tidak punya mansion, tidak ada pengawal,dan tidak memakai pakaian mewah. Aku masih boleh naik kereta bawah tanah, masih dapat hidup sederhana berabad-abad,” kata Keanu ketika ditanya tentang kekayaan yang tidak diguna-pakai seperti orang kaya yang lain.


“Aku berjalan dan berhenti untuk makan di sebuah kafe kecil. Dari jendela aku melihat seorang gadis remaja dalam kedinginan, dia tersandar di pinggir jalan. Aku melihat dia memeluk sesuatu. Dia adalah gadis pengemis, orang yang berjalan di sisi, mengabaikan dirinya. Dia terlihat cukup kotor sekali. Setelah selesai makan, aku pergi ke luar dan membawa dompet. Aku bercadang untuk memberikannya sedikit wang, sekitar US$5 untuk dia membeli beberapa makanan. Aku mendekatinya dan dia menangis. Usianya sekitar 14 atau 15 tahun. Aku terkejut sekali, dalam pelukannya adalah seorang bayi.


“Aku merasa cukup terkejut dan tidak pernah sama sekali menduga, itu yang aku akan lihat. Si gadis kecil itu mendongak melihat aku dengan tatapan penuh tanda tanya. Aku bertanya apakah dia sudah makan pada hari ini, lalu aku mengajak dia ke sebuah warung kecil. Aku membeli sebotol susu formula untuk bayi. Ya, aku anggarkan bayi dalam pelukannya itu baru berusia dua atau tiga bulan. Aku membawa mereka kembali ke kafe, meski pun aku baru sahaja makan di situ. Dia aku lihat begitu berbahagia dan bersyukur apabila ku berikan seketul burger.


"Kami pun mula membuka bicara. Dia adalah gadis berusia 15 tahun, hamil, dan itu membuat orang tuanya marah. Lalu dia berjuang sendirian untuk membesarkan anak dalam kandungannya. Dia memilih untuk melarikan diri semenjak satu tahun yang lalu. Aku gagahkan diri untuk bertanya, apakah dia ingin pulang tetapi dia hanya terdiam. Aku memujuk dirinya. Katanya, orang tuanya tidak mahu dia kembali ke rumah. Aku memujuknya lagi, dia akhirnya mengakui begitu takut untuk kembali ke rumah kerana telah mencuri US$5,000 milik ayahnya.


"Dia ingin kembali ke rumah, tetapi dia takut tidak ada yang ingin dia lagi setelah apa yang dilakukan. Kami berbicara lagi, aku betul-betul memujuk dirinya untuk menelefon ke rumah. Tetapi dia tetap berdegil, tidak mahu.


"Aku nyatakan kepadanya bahwa aku akan telefon dan melihat apakah orang tuanya ingin bercakap dengan dirinya. Dia ragu-ragu dan memberi pelbagai alasan, tetapi akhirnya dia bersetuju dengan apa yang aku sarankan. Dia memutar nombor dan aku mengambil telefon itu. Ketika ibu si gadis itu menjawab, aku berkata ‘Hello.’


"Aku sukar memperkenalkan diri dan terus memberitahu, bahawa anak gadisnya ingin berbicara dengannya. Tidak lama kemudian, aku mendengar ibunya menangis, bersungguh-sungguh. Kemudian, aku memberikan telefon itu kepada gadis itu dan dia terus menjerit, memanggil ibunya. Barangkali juga, kedua-duanya menangis bersama-sama di talian dan aku hanya memerhatikan detik itu. Mereka berbicara, dia memberi telefon itu kembali kepada aku, aku pun bercakap seketika dengan ibunya, sekali lagi.


"Aku kemudian menghantarnya ke stesen bas dan membeli tiket bas untuk dia pulang ke rumah. Aku memberinya wang tunai US$100 untuk belanja dan beberapa keperluan seperti lampin bayi, tisu, makanan ringan untuk sepanjang perjalanan. Dia hanya menangis mengucapkan terima kasih, berulang-ulang kali. Aku memberinya ciuman di dahi dan pelukan kejap. Aku kemudian memilih untuk mencium bayinya, dan mereka kemudian menaiki bas.


"Beberapa tahun kebelakangan ini, aku selalu mendapat sekeping kad ucapan Hari Natal, setiap tahun darinya. Dia sekarang berusia 21 tahun dan telah menghabiskan pendidikan tinggi dalam bidang perguruan. Aku tidak pernah benar-benar memberitahu sesiapa pun tentang hal ini. Aku hanya merasa cukup senang apabila akhirnya aku tahu bahawa aku telah melakukan sesuatu yang baik di dunia ini.


"Jadilah agen perubahan, jika kalian ingin dunia ini berubah lebih baik!"


Tuesday, January 17, 2017

LAGI NAHAS MELIBATKAN BAS PERSIARAN


Sekali lagi tragedi kemalangan yang melibatkan kenderaan awam bas. Kali ini berlaku pertembungan bas persiaran  dengan sebuah Toyota Hilux. 

Kejadian malang ini menyebabkan seorang wanita dan empat rakannya lagi cedera termasuk tifa kanak-kanak. Kejadian ini berlaku di kilometer 3, Jalan Keramat Pulai, simpang Pulai. 

Pemandu bas tersebut terpaksa ditahan bagi membantu siasatan. 

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, bas berkenaan datang dalam perjalanan Cameron Highlands ke Singapura. Entah macam mana bas tersebut masuk ke laluan bertentangan  ketika mengambil selekoh sebelum bertembung dengan Hilux tersebut. 

Jika sudah sampai masuk ke laluan kenderaan lain bermakna pemandu ini sudah tentu bermasalah. Polis perlu siasat kes ini.  

Mereka yang cedera parah dibawa ke Hopspital Raja Permasuri Bainun (HRPB) untuk di beri rawatan segera. Kesemua mereka diyakini mempunyai pertalian keluarga.

Salah seorang penumpang, Fatimah Uda 48  Toyota Hilux tersebut meninggal dunia pada jam 1.45 petang. Bedah siasat akan diteruskan esok bagi mengetahui punca kematiannya . 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Oengangkutan Jalan 1987.

Polis yang membuat ujian saringan air kencing pemandu bas tersebut mendapati ujian tersebut adalah negatif. Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ini, dua pemandu bas persiaran tersebut serta enam penumpangnya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bulan lepas sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung mengorbankan 14 nyawa dalam kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh.

Bas tersebut dikatakan melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayo, Pagoh di sebelah kiri lebuh raya.

Nahas yang melibatkan bas sejak beberapa tahun lalu amat membimbangkan, ini kerana setiap kali kemalangan jumlah angka korban tinggi. Kerajaan melalui agensi SPAD telah menjalankan pelbagai pendekatan bagi menangani agar perkara seperti ini dapat di elakan. 
Antaranya  membatalkan lesen dan mengantung permit pengendali perkhidmatan bas tersebut. 





Sunday, January 15, 2017

UniTAR CAWANGAN KUANTAN BEROPERSI JUN 2017




Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman cawangan Kuantan di Indera Mahkota 9, di sini yang dibina dengan kos RM47 juta bakal memulakan operasi pada Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola kolej berkenaan berkata, kampus itu memberi tumpuan kepada bidang sains, teknologi dan kejuteraan yang kesemuanya untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda serta diploma.

Kata beliau, pengambilan pertama bermula Mei ini dan pada masa yang sama, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman cawangan Karak dipindahkan ke sini.

“Kolej seluas kira-kira enam hektar ini mampu memuatkan seramai 3,000 penuntut dari seluruh negara khususnya Pantai Timur,” katanya selepas melawat tapak kolej itu hari ini.

AMBIL PENUMPANG SECARA HARAM, ULAT TEKSI KLIA DIBERKAS



Admin cukup hairan apa masalahnya dengan penguatkuasaan dalam negara kita. Kegiatan ulat teksi dalam negara kita bukan satu pekara baru. Sejak zaman admin masih kanak-kanak lagi masalah umat teksi ni selalu menjadi masalah kepada pergangkutan awam negara terutama di pintu masuk utama negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Kegiatan itu seperti terus berleluasa dan tiada jalan penyelesaian, mereka seolah-olah langsung tidak takut ditangkap dan dikenakan tindakan.

Untuk pengetahuan sepanjang tahun 2016,  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 58 ulat teksi yang mengambil penumpang secara haram di dua pintu masuk KLIA dan KLIA2. Ini membuktikan kegiatan ini masih lagi wujud dan berleluasa  

Kesemua mereka adalah warga tempatan, dan tangkapan ini dibuat dibawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Semua kenderaan mereka disita kerana menggambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2. 


Kesemua mereka yang terbabit telah didakwa dimahkamah dan dikenakan denda sebanyak RM229,400 secara keseluruhannya. Perkara ini disahkan oleh Datuk Che Husni Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD.

Bagi pemilik dan pengusaha kereta sapu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 16 APAD 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali manakala kenderaan yang digunakan sebagai kereta sapu boleh dilucut hak milik.


Apa yang membimbangkan lagi Imej negara dipintu masuk terjejas dengan kegiatan mereka ini, mencemarkan nama Malaysia di mata dunia kerana pemandu-pemandu kereta sapu ni gemar mengenakan caj yang begitu tinggi kepada penumpang terutama pelancong asing. 



Apa yang pelik ke­giatan ulat teksi ini begitu  sukar dibanteras. Apakah kerana mereka mendapat pulangan yang begitu menguntungkan atau mereka dilindungi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Ini kerana mereka yang terlibat tidak serik dan sanggup berdepan dengan pihak berkuasa demi mendapatkan keuntu­ngan berlipat kali ganda dengan menawarkan perkhidmatan di KLIA dan KLIA2.

Apa pun alasannya, kegiatan mereka perlu diperangi habis-habisan. 

Thursday, January 12, 2017

MH 370, MALAYSIA TERUS MENCARI ?



Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih lagi belum terungkai. Pencariannya masih lagi diteruskan, cuma lokasi pencariannya berubah ke bahagian utara Lautan Hindi.

Ramai pakar percaya rangka jet penumpang itu berada dikawasan berkenaan. 

Mereka mencari ke kawasan  baru sejak jumaat yang lalu dan masih berlansung  sehingga kini, Portal Daily Beast melaporkan, pencarian tersebut menggunakan kapal Belanda, Equator. 

Penerbangan MH370 yang hilang dari radar dikatakan jatuh di Lautan Hindia pada March 2014. 239 penumpang termasuk krue bertugas terbunuh, Sebagian besar  mereka daripada China yang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Misi pencarian ini diteruskan sejak beberapa bulan lalu menggunakan pengesan satelit. Mereka juga mengunakan kenderaan dasar laut (AUV) bagi mengesan bangkai pesawat tersebut. 

Lokasi pencarian yang baru ini dikatakan terletak di kawasan yang pernah dua kali diselidiki dan diteliti. Dalam pada itu, jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian berkenaan, Dan O’Malley berkata, Equator sedang melengkapkan laluan terakhirnya dan mengumpul beberapa data sonar di kawasan yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Hujung bulan ini Equator dijangkakan mengakhiri pencariannya di Lautan Hindi. 

Menurut menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kawasan seluas 120,000 meter persegi itu akan menjadi tumpuan terakhir pencarian. Semuanya akan berakhir jika tiada petunjuk yang kuat dan kredibel.

Berdasarkan laporan terbaru oleh Biro Keselamatan Transportasi Australia, pencarian itu akan selesai dalam satu atau dua bulan ini. Keputusan seterusnya adalah berdasarkan laporan yang akan didapati nanti. 

Selama 27 bulan yang lalu, ATSB mencari di kawasan seluas 119,139 kilometer persegi dan berkemungkinan besar mereka mencari di kawasan yang salah. Pakar yakin,  MH370 mungkin terhempas di utaran lokasi pencarian aal iaitu antara latitud 32 hingga 36 darjah selatan.  


Sebelum ini pasukan penyiasat Perancis menjalankan siasatan terhadap setiap orang yang menaiki pesawat MH370. Semua latar belakang mereka disiasat penumpang dan kru. Namun tiada yang menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan.

Perancis menjalankan siasatannya sendiri berikutan empat warga negaranya merupakan antara penumpang pesawat MH370.

Waris-waris mangsa sudah dimaklumkan berkenaan keputusan pemeriksaan latar belakang penumpang dan anak kapal oleh agensi penyiasatan domestik Perancis DGSI semuanya didapati negatif. 

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Gyslain Wattrelos yang mana isterinya dan dua anaknya berada dalam pesawat tersebut mengesahkannya.

Persoalan ini timbul apabila pihak berkuasa Malaysia mendapati terdapat dua penumpang Iran berada di dalam pesawat tersebut yang menggunakan pasport curi.

Misteri ini semakin sukar diramalkan apabila penyiasatan ini semakin dekat dengan pengakhirannya. Adakah warga dunia akan membiarkannya terus menjadi misteri yang tidak berjawab ?    


Wednesday, January 11, 2017

JIKA TIDAK MELIBATKAN MASYARAKAT CINA, MCA SOKONG RUU 355



Isu dan polimik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) menjadi isu hangat sejak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU335 di Dewan Rakyat, pada November tahun lepas, perbiincangan mengenainya dijadualkan pada Mac 2107.

Ekoran dari penentangan keras dari ahli parlimen DAP dan mencabar MCA dan Gerakan, sekutu kuat Barisan Nasional agar menyatakan pendiriannya. Sebenarnya permainan politik kotor DAP ini sudah dapat dibaca awal-awal lagi. 

Dalam menangani permainan politik kotor DAP dan sekutu mereka yang cuba menimbulkan keadaan panik bagi rakyat bukan Islam, MCA akan membuat kajian Jawatankuasa Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA akan menyokong RUU 355 ini andai keputusan kajian tersebut tidak memberi implikasi buruk kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. 

Menurut beliau lagi, jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan pada Disember tahun lalu itu melibatkan pakar-pakar undang-undang daripada beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan bertujuan mengkaji kesan positif dan negatif perlaksanaan RUU 355. 

Rakyat bukan Islam perlu bertenang kerana hasil kajian akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa RUU 355 tidak akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina di negara ini seperti yang difitnahkan oleh ahli parlimen pembangkang. 

Hasrat MCA mengambil langkah terperinci dalam isu ini hanyalah bagi memastikan  akta akan memberi kesan terhadap Perlembagaan Persekutuan.