Showing posts with label grabcar. Show all posts
Showing posts with label grabcar. Show all posts

Friday, July 28, 2017

GRABCAR UBER, BAKAL DIIKTIRAF SEBAGAI PENGANGKUTAN AWAM NEGARA




GrabCar  dan Uber bakal menjadi pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang berkuatkuasa dalam masa setahun selepas beberapa syarat dipatuhi sepenuhnya.
Antara prasyarat yang ditetapkan ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, perlindungan insurans dan kad pemandu.

Berita ini bakal memberi harapan baru kepada pemandu-pemandu GrabCar dan Uber yang seringkali takut-takut menjalankan kerja mereka kerana sering diganggu pemandu teksi atau penguatkuasa JPJ dan sebagainya.

Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Pindaan) 2017 telah diluluskan di Dewan Rakyat.  Menjadikan Malaysia negara yang pertama mengiktiraf perkhidmatan GrabCar dan Uber  sah sebagai Pengangkutan Awam di Malaysia.

Belum ada lagilah dalam dunia ini syarikat penyedia e-hailing dikawal selia pihak yang berwajib. Malaysia menjadikannya satu standard agar dapat menjaga hak orang ramai yang menggunakankan perkhidmatannya.

Wednesday, February 22, 2017

PEMANDU TEKSI JUJUR





Biasanya kita mendengar cerita buruk berkenaan pemandu teksi. Paling top kes pemandu teksi ialah kenakan caj yang berlebihan dan tidak masuk akal. Itulah perkara biasa yang kita dengar. 

Jarang dan amat suah kita nak berjumpa dengan pemandu teksi yang jujur dan amanah. Apatah lagi dengan pelbagai kes yang sering digembar gemburkan baru-baru ini. 

Namun begitu setiap tahun ada saja anugerah untuk pemandu teksi cemerlang dari SPAD. 

Baru-baru ini seorang wanita tercicir beg duitnya didalam sebuah teksi. Bee Leng Ong yang tercicir  beg duitnya dalam teksi encik Zamrod telah dihubungi oleh lelaki tersebut dan memulangkanbeg duit itu kepadanya semula. 

Dia yang terasa begitu terharu dengan kejujuran pemandu teksi tersebut meluahkan perasaan syukurnya dan mengucapkan terima terima kasihnya diatas sikap amanah dan bertanggungjawab encik Zamrod yang telah memulangkan beg duitnya semula. 





Hasil dari luahan rasa terima kasihnya dalam medium sosial facebook, Leng Ong mendapat reaksi yang pelbagai dari pengguna Facebook yang rata-rata memuji sikap jujur dan amanah pemandu teksi Encik Zamrod. 

Dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap pemandu teksi, sekurang-kurangnya kisah kejujuran seorang pemandu teksi yang telah memulangkan beg duit seorang penumpang wanita mampu mengubah pandangan buruk orang awam terhadap mereka. Sekurang-kurangnya encik Zamrod telah memadamkan sedikit kisah-kisah jelik, buruk pemandu teksi Malaysia. 


Menurut pemandu teksi tersebut encik Zamrod, pada petang tersebut kira-kira jam 2:30 petang dia ketika itu sedang membawa tiga orang penumpang termasuklan Leng Ong menaiki teksinya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.  

Pada mulanya beliau tidak menyedari bahawa penumpangnya telah tercicir beg duit di dalam teksi. Selepas hantar mereka saya terus pergi isi gas dan kemudianya pulang semula ke lapangan terbang. Selepas itu saya tidak ambil mana-mana penumpang dan sememangnya saya tidak sedar ada beg duit tercicir di tempat duduk belakang.

Selepas lebih kurang dua jam ada seorang lelaki Inggeris dan Cina meminta saya hantat mereka ke Bandar Utama, salah seorang daripada mereka inilah yang menemui beg duit tersebut dan beri kepada saya. Dia yakin salah seorang dari tiga penumpangnya sebelum ini adalah pemilik kepada beg tersebut. Dia yakin beg duit tersebut adalah milik Leng Ong sebelum mencari maklumat di dalam beg tersebut bagi menghubungi pemiliknya.

Malangnya dia tidak menemui apa-apa maklumat termasuk nombor telefon yang boleh dihubungi. Zamrod buntu memikirkan bagaimana caranya untuk dia pulangkan semula beg duit tersebut. 

Pada jam hampir pukul 5 petang, saya ke masjid untuk menunaikan solat asar, saya berdoa agar dipermudahkan dan ditunjukkan jalan bagaimana untuk memulangkan semula beg ini.

Selepas solat, saya buka lagi sekali beg duit dan akhirnya menemui satu kad. Saya cuba menghubungi nombor tersebut, secara kebetulan nombor itu kepunyaan Leng Ong, saya memaklumkan berkenaan beg duitnya yang tertinggal. Ketika itu Leng Ong telah berada di Lapangan Terbang untuk penerbangan balik ke Pulau Pinang pada jam 8 malam.

Menurut Zamrod, beliau berjumpa Leng Ong di Lapangan Terbang pada jam 6 petang. Beliau hanya menyedari kehilangan begnya pada jam 5 petang selepas mesyuarat. Ketika diserahkan beg tersebut Leng Ong kelihatan sangat gembira dan terharu. Saya tidak sangka beliau kongsikan pengalaman ini dilaman facebook miliknya. 

Pada saya, memulangkan barang orang adalah tanggungjawab saya. Kerana sangat gembira beliau bersungguh-sungguh memberi token kepada saya. Saya cuba menolak namun kerana dia tetap bersungguh-sungguh mahu saya menerimanya dan berkata saya layak menerimanya. Dalam pada masa yang sama beliau mengajak saya minum di Starbuck. Jelas sekali beliau cukup gembira dan berterima kasih kepada saya.

Pada saya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memulangkan semula hak orang lain, itu adalah pegangan hidup saya dalam mencari rezeki yang halal. 

Dalam keadaan dimana pemandu teksi dipandang buruk orang orang ramai,saya perlu menjaga imej pemandu-pemandu teksi, agar pemandut teksi tidak lagi dipandang buruk dan dikutuk.  

.
Bagi orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan teksi, Zamrod memberikan perkhidmatan kepada semua penumpang di sekitar Lembah Klang dan beliau berpangkalan di Lapangan Terbang Subang. Terima kasih 'Encik Teksi' kerana jujur!

Sunday, January 15, 2017

AMBIL PENUMPANG SECARA HARAM, ULAT TEKSI KLIA DIBERKAS



Admin cukup hairan apa masalahnya dengan penguatkuasaan dalam negara kita. Kegiatan ulat teksi dalam negara kita bukan satu pekara baru. Sejak zaman admin masih kanak-kanak lagi masalah umat teksi ni selalu menjadi masalah kepada pergangkutan awam negara terutama di pintu masuk utama negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Kegiatan itu seperti terus berleluasa dan tiada jalan penyelesaian, mereka seolah-olah langsung tidak takut ditangkap dan dikenakan tindakan.

Untuk pengetahuan sepanjang tahun 2016,  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 58 ulat teksi yang mengambil penumpang secara haram di dua pintu masuk KLIA dan KLIA2. Ini membuktikan kegiatan ini masih lagi wujud dan berleluasa  

Kesemua mereka adalah warga tempatan, dan tangkapan ini dibuat dibawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Semua kenderaan mereka disita kerana menggambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2. 


Kesemua mereka yang terbabit telah didakwa dimahkamah dan dikenakan denda sebanyak RM229,400 secara keseluruhannya. Perkara ini disahkan oleh Datuk Che Husni Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD.

Bagi pemilik dan pengusaha kereta sapu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 16 APAD 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali manakala kenderaan yang digunakan sebagai kereta sapu boleh dilucut hak milik.


Apa yang membimbangkan lagi Imej negara dipintu masuk terjejas dengan kegiatan mereka ini, mencemarkan nama Malaysia di mata dunia kerana pemandu-pemandu kereta sapu ni gemar mengenakan caj yang begitu tinggi kepada penumpang terutama pelancong asing. 



Apa yang pelik ke­giatan ulat teksi ini begitu  sukar dibanteras. Apakah kerana mereka mendapat pulangan yang begitu menguntungkan atau mereka dilindungi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Ini kerana mereka yang terlibat tidak serik dan sanggup berdepan dengan pihak berkuasa demi mendapatkan keuntu­ngan berlipat kali ganda dengan menawarkan perkhidmatan di KLIA dan KLIA2.

Apa pun alasannya, kegiatan mereka perlu diperangi habis-habisan. 

Saturday, September 3, 2016

WARGA KOTA SAMBUT BAIK BAS GO-KL


Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mula memperkenalkan perkhidmatan bas percuma GO-KL City sejak Ogos 2012.

Perkhidmatan bas Go-KL ini selain dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, ia juga dapat memendekkan masa perjalanan dan seterusnya dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kos sara hidup warga Kuala Lumpur.

Ramai warga kota menggunakan perkhidmatan bas percuma ini, oleh itu dakwaan sesetengah pihak mengenai bas GO-KL tidak mendapat sambutan adalah tidak benar sama sekali. Bas ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai antaranya akses ke kawasan yang menjadi tumpuan seperti KLCC, Central Market, Bukit Bintang, Dataran Merdeka  dan kawasan pusat perniagaan utama di bu kota. 

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md. Ikhsan telah turun padang melihat dan merasai sendiri sambutan masyarakat terhadap perkhidmatan Bas GO-KL ini. Dalam tinjauan ini, beliau melihat sendiri bas GO-KL ini diterima baik oleh masyarakat Malaysia dan pelancong. Rata-rata rakyat gembira dan menyambut baik bas percuma GO-KL ini terutama pelancong asing. 

Bas GO-KL ini juga mesra Orang kelainan Upaya (OKU dengan menyediakan tempat kerusi roda 'ramp' dan lantai rendah untuk memudahkan golongan tersebut dan warga emas. etiap Bas GO-KL juga dilengkapi 4 kamera CCTV,  sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem  penjejakan GPS. 




GO-KL merupakan  alternatif pengangkutan yang dikawal selia sepenuhnya oleh Suruhanjaya SPAD bagi memudahkan pergerakan warga kota di sekitar Kuala Lumpur. Dianggarkan  27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian GoKL dan dengan 20 bas  baharu ini, SPAD berharap jumlah penumpang akan terus meningkat.

Friday, August 19, 2016

TTIP BANTU PEMANDU TEKSI BERDIKARI


Sejak admin menulis berkenaan perangai segelintir pemandu teksi sejak setahun yang lalu, belum pernahlah rakyat mencebik dan marah admin bahkan banyak yang menyokong dan memberi pandangan masing-masing. 

Sikap kebanyakan pemandu teksi yang tidak mesra pelanggan telah meyebabkan mereka sendiri kehilangan pelanggan kepada pemandu grabcar dan uber. Jadi mereka janganlah pula menyalahkan pemandu grabcar dan uber. 

Kerajaan sudah membantu mereka (pemandu teksi) dengan bermacam-macam bantuan. Hendak naikkan tambang, kerajaan benarkan sehinggakan menimbulkan kemarahan rakyat.  Masalahnya mereka biasa dengan tawar menawar, jadi itulah puncanya orang ramai bosan dengan sikap pemandu teksi Malaysia. Pelancong pun merungut dengan sikap sesetengah dari pemandu teksi. di negara kita.

Kerajaan faham pemandu teksi terbeban dengan sewa harian cukup membebankan  yang terpaksa dibayar kepada syarikat teksi. Perkhidmatan tersebut amat membebankan pemandu teksi dan sebenarnya melebihi harga yang sebenar. Syarikat hanya mengambil untutng atas angin tanpa peduli nasib pemandu teksi. 

Bagi membela nasib pemandu teksi kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) yang akan membebaskan mereka dari jerutan pengusaha teksi yang amat membebankan. Program ini membolehkan mereka mempunyai permit sendiri 1 September ini. 

Kerajaan yang prihatin dengan nasib pemandu teksi mengumumkan peruntukan RM 150 juta bagi membantu lebih 30,000 pemandu tekksi yang berusaha keluar dari model sewa pajak. Kali ini mereka bakal mendapat permit individu seperti yang mereka idam-idamkan. 

Menurut beberapa pemandu teksi, yang menolak keputusan SPAD kebanyakannnya  pengusaha kerana bimbang pendapatan mereka terjejas kerana dengan program ini pemandu teksi bakal memiliki permit sendiri. 

Pemandu teksi sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan dan SPAD kerana sentiasa memikirkan untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan. Seharusnya selepas ini mereka lebih berusaha bersungguh-sungguh dan bukan mencari kesalahan orang lain. 












Wednesday, July 13, 2016

PEMANDU TEKSI YANG AMANAH


Bukan senang hendak mencari pemandu teksi yang betul-betul jujur dan amanah, Bukanlah nak mengatakan semua tidak jujur, tetapi amat susah. Tapi syukurlah di negara kita masih ada lagi pemandu yang sebegini.

Menurut seorang penumpang yang menamakan dirinya Ekey Zainol, memuat turun satu status di facebooknya berkenaan kehilangan telefon bimbitnya didalam sebuah teksi. Dalam keadaan dia rasa amat sedih tiba-tiba seorang lelaki menalipon suaminya memberitahu bahawa telefon bimbitnya tertinggal dalam teksi.

Apa yang menarik pemandu teksi ini datang dari Seremban semata-mata ingin memulangkan telefon bimbit beliau, tanpa megnhiraukan keadaan jalan yang jem dan sebagainya. 

Tanpa mengharapkan apa ganjaran, sikap bertanggungjawab pemandu teksi ini amat luarbiasa dan amat dikagumi.

Inilah satu contoh mulia seorang pemandu teksi yang amanah, jujur dan bertanggungjawab. Semoga Allah membalas budi baik beliau dengan memberi rezeki yang melimpah ruah. 

Sewajarya pemandu-pemandu teksi yang lain mencontohi sikap seperti abang ini. Bukannya buang masa membuat demo dan boikot sehingga menganggu trafik jalan raya dan menyusah pengguna lain. 

Disini admin ingin memanjangkan kepada pembaca yang ingin menaiki teksi seorang yang jujur dan amanah. Dibawa ini admin sertakan no telefon untuk anda menghubunginya.

Semoga Allah menambah rezeki kepada abang teksi yang jujur lagi amanah. Sewajarnya pihak yang berkenaan  memberi pengiktirafan kepada pemandu teksi seperti beliau. 

(no phone beliau 016-603 0136)

Monday, May 23, 2016

NASIB GRABCAR DAN UBER KABINET PUTUSKAN



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sudah lama mengambiil perhatian dan rugutan pemandu teksi berkenaan dengan  kewujudan GrabCar dan Uber yang dikatakan telah menganggu punca rezeki mereka. Telah banyak surat, email dan di medium media sosial berkenaan rungutan mereka ini diterima. Namun pekara ini perlu diteliti dan diperhalusi sewajarnya dengan mengambil kira pendapat dan kemahuan rakyat. 

Akhirnya SPAD akan membentangkan kertas kerja akhir kepada Kabinet berkenaan isu perkhidmatan teksi, GrabCar dan Uber dalam tahun ini juga. Pengerusinya. Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kertas kerja peringkat pertama telah dihantar untuk disemak Unit Perancangan Ekonomi. Katanya, "Sebagai pelindung kepada pengangkutan awam darat, kami hendak tentukan bila kerajaan buat keputusan mesti ada Prosuder Operasi Standard (SOP), perlu adil. 

Syed Hamid juga berkata, SPAD turut membentangkan beberapa idea dan cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk diberi pertimbangan bagaimana kaedah perlaksanaan jika kita hendak menerima pemain-pemain lain seperti GrabCar dan Uber dalam industri perkhidmatan teksi ini. 

Syed Hamid menjawab pertanyaan wartawan ketika merasmikan pejabat SPAD Wilayah Selatan. Turut hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah. Pejabat SPAD Wilayah Selatan ini terletak di Menara MSC , Cyberport, Johor Bahru.

Pihak SPAD perlu diberi ruang dan masa untuk melihat perubahan undang-undang selain perlu mempertimbangkan beberapa usaha bagi melaksanakan perlaksanaan teksi yang dikehendaki oleh rakyat dan pengenndali teksi.

Dalam pada itu juga Syed Hamid menyeru kepada pemain-pemain perkhidmatan awam agar menyiapkan diri dengan ilmu dan teknologi baru untuk berhadapan dengan saingan yang lebih mencabar. Mereka perlu ubah strategi dan cara lama dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan jika tidak mahu ketinggalan. 





Saturday, May 14, 2016

PEMERDANGANGAN MANUSIA



Penyeludupan manusia semakin berleluasa di Malaysia. Apa yang malang dalang yang membuat kerja onar ini adalah orang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjaganya.

Semalam dua pegawai imigresen ditahan selepas didapati mereka terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia mengunakan pasport Malaysia palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Ketua  Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dua pegawai tersebut adalah antara enam individu warga negara Malaysia yang terlibat dalam komplot ini bersama 10 individu dari Sri Langka dan 3 warga India.

Pecahan mereka yang ditahan terdiri daripada :
-6 orang ejen,
-3 runner ,
-2 fasilitator,
-5 pendatang dari Sri Langka.

Memang bukan calang-calang orang dalam sindiket penyeludupan manusia ini.  Mereka disyaki teribat dalam aktiviti penyeludupan warga Sri Langka menggunakan pasport palsu negara ini untuk tujuan perjalanan ke Geneva, Switzerland.

Tahniah #PDRM kerana berjaya membongkar sindiket penyeludupan manusia ini. Kepada mereka yang menjadi duri dalam daging kepada perkhidmatan imigresen, hukuman yang berat wajar dikenakan agar menjadi pengajaran kepada yang lain.

Sumber : Friends of Kedaulatan

Tuesday, April 26, 2016

KERAJAAN DAN SPAD TELAH BANYAK BANTU PEMANDU TEKSI



Apa lagi yang boleh saya sifatkan dengan sikap sesetengah pemandu teksi ini melainkan seperti kanak-kanak yang suka merengek-rengek. Apa yang mereka tahu hanyalah menyalahkan kerajaan dan SPAD. Tukarlah 10 kali pun kerajaan , tukarlah 10 kali pun SPAD , jika sikap dan atitude mereka tidak berubah, tidak akan ada sesiapa akan mengunakan perkhidmatan mereka. 

Sudah bermacam-macam kaedah yang telah SPAD usahakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia khususnya di Lembah Klang. Setiap usaha SPAD memerlukan sokongan pemandu teksi, kerana tanpa sokongan dan kerjasama pemandu teksi, semuanya akan menjadi sia-sia.

Pada Jun 2012, kerajaan telah mengumumkan pemberian baucer tayar kepada pemandu teksi. Semua pemandu teksi yang berdaftar seramai 66,538 mendapat bauver yang bernilai RM520. Pada masa yang sama juga Perdana Menteri mengumumkan skim insuran untuk mereka. Mereka juga mendapat manfaat seperti pengecualian cukai jalan, subsidi tol 50% dan pengecualian cukai aksais dan jualan bagi pemilik lesen individu. 

Semua yang mereka dapat ini, pemadu kereta uber dan grabcar tidak dapat. Kerajaan dan SPAD membantu pemandu teksi bukan Uber dan GrabCar. Adakah pemandu teksi itu semua ingat ? 

Pada March 2015 , kerana ingin membantu pemandu teksi, kerajaan telah bermurah hati membenarkan kenaikan tambang teksi dengar kadar RM1.50.  Penumpang yang mengunakan teksi bajet di Lembah Klang dan johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan setiap lima kilometer dan RM6.50 sebelum ini. Walaupun mendapat tentangan orang awam dan kabinet menangguhkan dulu , namun pemandu teksi tetap degil dan melaksanakannya juga.

Pernah ke pemandu teksi mengucapkan terima kasih kepada SPAD dan kerajaan ?

Ketika kerajaan melancarkan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) dengan mengeluarkan 1000 lesen kepada individu yang layak menerima. Bukan itu sahaja, mereka juga menerima geran sebanyak RM5000 serta pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2% setahun khas untuk pembelian TEKS1M proton Exora. Hari ini ada lebih 1750 TEKS1M yang berlegar di jalan raya memberi perkhidmatan kepada pengguna. 

Apa lagi yang pemandu teksi tidak puashati ? 

Berkenaan dengan teksi haram dan GrabCar, sejak Oktober 2014 lagi SPAD telah menyita lebih 100 kenderaan haram yang beroperasi sebagai teksi haram atau GrabCar. Tidak pernah ada penyataan dari mana-mana Menteri yang menyatakan kerajaan membenarkan GrabCar beroperasi tanpa lesen. Itu semua fitnah ! Namun kenapa masih lagi GrabCar dan Uber yang menjadi ancaman kepada pemandu teksi ? Apa istimewanya GrabCar dan uber ?

Untuk itulah pemandu teksi perlu berubah, perlu menambah ilmu pengetahuan, perlu bertindak.  Pemandu teksi perlu mengikut arus perubahan teknologi. Sekarang ramai orang sudah mengunakan applikasi untuk mendapatkan perkhidmatan teksi atau GrabCar. Oleh itu pemandu teksi perlu bergerak kehadapan dalam penguasaan teknologi. Siapa yang lambat akhirnya akan ketinggalan. 










Thursday, April 14, 2016

PEMANDU TEKSI MOGOK, PENGGUNA ADA ALTERNATIF LAIN



Sebenar orang ramai sudah penat, letih dan bosan. Penat dengan karenah, letih dengan tabiat buruk dan bosan dengan sikap pemandu teksi yan tidak mahu berubah. Apakah pemandu teksi merasakan dengan melakukan mogok ini orang ramai akan kembali kepada mereka ? atau pelancong akan memilih perkhidmatan mereka ? Jika itu yang mereka fikir, mereka silap besar. Orang ramai menyampah !

Sudah-sudahlah buat kerja yang tak berfaedah tu. Hentikanlah, bukan orang suka pun. Sudah bermacam-macam kehendak mereka kerajaan turutkan, tapi perkhidmatan mereka masih tidak berubah. Sikap menipu pelanggan, mengenakan caj yang lebih dan tidak mengunakan meter masih lagi berlaku. 

Tak usahlah hanya menyalahkan uber dan grabcar jika mutu perkhidmatan masih lagi ditapuk lama. Memang benar Uber dan GrabCar tidak mengikut undang-undang seperti yang pemandu teksi perlu ikut. Namun dari mutu perkhidmatan dan sikap, GrabCar dan Uber terbaik. Caj mereka berpatutan, layanan mereka "class" dan mutu perkhidmatan mereka terbaik. Mereka boleh datang dan menunggu pelanggan tanpa menunjukkan masam muka, pemandu teksi boleh buat macam tu ?

Sebenarnya tindakan pemandu teksi buat mogok di Kuala Lumpur tempoh hari membuatkan orang ramai lebih menyampah dan benci dengan pemandu teksi. Salah seorang artis selebriti terkenal Harith Iskandar berkata dalam nada menyindir, "pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang kerana protes Uber dan Grab Car, baguslah tu...pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab Car untuk ambil mereka."

Bahkan ada pemandu teksi yang menolak untuk mogok pada hari tersebut kerana tidak bersetuju dengan tindakan segelintir rakan-rakan mereka walaupun mereka tidak bersetuju dengan Uber dan GrabCar. 

Salah seorang pemandu teksi pakcik Samsudin (bukan nama sebenar) yang saya tanya kenapa dia tidak menyertai mogok pada hari tersebut berkata, semua ini adalah salah pemandu teksi sendiri. Menurutnya lagi, punca orang ramai menolak perkhidmatan teksi adalah kerana sikap pemandu itu sendiri yang suka mengambil kesempatan terhadap penumpang antaranya mengenakan caj yang lebih, tidak mahu ke destinasi pelanggan, tidak mengunakan meter dan banyak lagi. 

Katanya lagi, warga asing seperti Myanmar dan Bangladesh seringkali menjadi mangsa penipuan pemandu teksi kerana mereka tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikut kehendak pemandu teksi tersebut. Tidak kurang juga pelancong yang baru tiba menjadi mangsa pemandu teksi yang tamak dengan megenakan caj yang tidak munasabah. 

Seorang pelanggan Ahmad Zulizwan turut menyatakan kekecewaannya terhadap mutu perkhidmatan teksi. Menurutnya, sudah berpuluh tahun orang ramai komplen dengan perkhidmatan teksi, namun langsung tidak ada perubahan. Pada pendapatnya pemandu teksi yang meyebabkan orang ramai mencemuh mereka. Setelah ada persaingan dengan Uber dan GrabCar barulah mereka mengelabah dan menunjukkan perangai samseng. Ini semua akan menambahkan lagi meluat dihati penumpang.

Tak usahlah hendak menyalahkan kerajaan dan SPAD. Sudah banyak kerajaan bantu pemandu teksi, namun semuanya tidak membawa perubahan sikap kepada pemandu. Sudah berbuih mulut orang ramai komplen dengan sikap pemandu teksi,semuanya bagaikan mencurah air didaun keladi, tak berguna langsung. 

Oleh itu kehadiran Uber dan GrabCar bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Sebenarnya banyak lagi komen yang saya dapat dari orang ramai, cuma tak mampu nak pamirkan semuanya disini. 

SPAD sebagai sebuah agensi kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan kerana kehadiran GrabCar dan Uber ini adalah hasil dari mutu perkhidmatan teksi yang teruk. Jangan lupa, negara kita adalah negara yang paling teruk perkhidmatannya didunia. Lagipun SPAD sudah banyak kali menjalankan operasi untuk menahan dan menyita kereta yang dijadikan uber dan Grabcar. Tahun lepas sahaja lebih kurang 80 kereta telah disita oleh SPAD kerana mengunakan aplikasi Grabcar dan Uber, namun orang ramai tetap mahukan perkhidmatan mereka. 

Untuk kesekian kalinya, berubahlah wahai pemandu teksi! berubahlah demi kemajuan dan kemasyalatan rakyat. Jangan menipu pelanggan anda lagi kerana mereka banyak pilihan lain selain anda. Jangan membuat sesuatu yang akan merugikan diri sendiri. 





Monday, March 7, 2016

TEKSI MINI MERESAHKAN PEMANDU TEKSI



Sekali lagi pemandu teksi dilanda keresahan apabila kerajaan bercadang untuk memperkenalkan teksi mini hujung tahun ini. Teksi mini diikhabarkan akan memberi perkhidmatan yang lebih murah dan efisyen. 

Jika disoroti kembali permintaan-permintaan pemandu teksi di negara kita, banyak yang sudah kerajaan tunaikan. Kenaikan tambang yang mereka pinta dulu pun sudah dituruti. Namun sikap dan perkhidmatan masih ditakuk lama. 

Maka pemandu teksi tidak boleh menyalahkan sesiapa jika perkhidmatan mereka tidak menjadi pilihan pengguna lagi.

Sebelum ini pun mereka sering menyalahkan perkhidmatan Uber dan GrabCar. Kononnya perkhidmatan Uber dan GrabCar ini telah mencuri sebahgian hasil yang sepatutnya menjadi hak mereka. 

Penulis bukan ingin menyokong perkhidmatan Uber dan GrabCar ini, namun di satu segi penulis melihat ruang peluang yang dittinggalkan oleh pemandu teksi telah diambil kesempatan oleh Uber dan GrabCar ini. 

Perkhidmatan Uber dan GrabCar dilihat lebih mengutamakan pelanggan, sikap dan cara mereka menepati masa menarik minat pengguna. Pemandu teksi patut berubah sikap dan lebih profesional. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, pemandu teksi perlu mengubah sikap dan kaedah mereka berkerja. Di zaman teknologi ini mereka perlu berubah mengikut zaman. Mereka perlu bijak mengunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Contohnya seperti aplikasi Myteksi yang digunakan oleh kebanyakan pemandu teksi sekarang. 

Pengguna hari ini tidak lagi suka menunggu teksi diluar rumah. Mereka lebih suka menunggu di rumah sehingga teksi datang. Ianya lebih mudah dan lebih selamat kepada mereka. Ini yang patut pemandu teksi fikir dan buat. 

Jika mereka berubah sikap kepada yang lebih positif, kehadiran apa-apa jenis perkhidmatan pun tidak akan menjejaskan pendapatan mereka termasuklah teksi mini yang dikatakan akan dibenarkan beropersi.

Kehadiran pelbagai jenis perkhidmatan teksi ini pun berpuca dari masalah yang ditimbulkan oleh pemandu teksi. Ada sesetengah pemandu teksi tidak mahu ke lokasi-lokasi yang diminta oleh pelanggan, oleh itu pelanggan terpaksa mengunakan perkhidmatan lain yang boleh memenuhi keperluan mereka. 

Ada juga yang masih tidak mengunakan meter, sehingga mengenakan caj bayaran yang tidak munasabah kepada pelanggan. Ini pun satu faktor yang menyebabkan pengguna memilih perkhidmatan lain. 

Oleh itu kebimbangan pemandu teksi akan pendapatan mereka terjejas dengan kehadiran teksi mini ini adalah tidak wajar. Jika mereka memberi perkhidmatan yang baik, selesa, mesra, menepati masa dan berpatutan, mereka tidak perlu risau pendaatan mereka terjejas. 

Satu fakta yang penulis ingin pesan kepada pemandu teksi, negara kita terkenal mempunyai perkhidmatan teksi yang terburuk dalam dunia.Tinjuan sebuah laman Web Brtisih telah menyenaraikan Malaysia antara 10 buah negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk didunia.












Friday, November 20, 2015

DEMO PEMANDU TEKSI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN


Sudah menjadi "trend" manusia zaman ini, apabila mereka tidak suka kepada sesuatu atau seseorang mereka akan buat demo, piket , memo atau seumpamanya agar individu atau sesuatu yang menjadi sasaran mereka tercapai. Begitu juga yang cuba dilakukan oleh segelintir kecil pemandu teksi yang cuba mendesak pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.

Adakah ini satu  budaya baru yang cuba dibawa masuk oleh segelintir rakyat kita untuk memuaskan kehendak nafsu mereka ? 

Bagi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, pemandu teksi yang membuat demo adalah sekumpulan kecil yang suka membuat "bising" dan "kecoh". Apabila sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka, mereka memberontak walaupun isu yang dibangkitkan oleh mereka merupakan isu kecil. 

"Sudah menjadi trend dalam negara kita sekarang ini, orang yang telah diberi amanah dan mandat oleh rakyat disuruh letak jawatan walaupun kerana isu-isu kecil, Inilah indahnya negara kita ini, ramai orang suka melanggar undang-undang. Walau pun tidak mendapat keizinan dan permit polis mereka langgar juga."

Yang menariknya dalam demo ini, Datuk Seri Wan Azizah pun menyelit sekali memberi sokongan kepada pendemo ini. Nampak sangatlah ada saja helah pembangkang menyelitkan agenda mereka dalam setiap demo. 

Perhimpunan ini diadakan bagi mendesak kerajaan merombak pentadbiran SPAD dan mengharamkan Uber dan Grabcar yang telah menjadi duri dalam daging pemandu teksi. 

Menjawab kepada syor yang dicadangkan oleh persatuan dan pemandu teksi supaya Plan Transformasi Teksi dikaji semula, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata SPAD sedang berbincang dan berusaha bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pemandu teksi. 

"Sebenarnya kami telah berbincang dalam makmal teksi yang bermula pada isnin lalu dengan semua pihak yang berada dalam industri ini bagi mendapat pandangan dan idea mereka dalam isu dan masalah teksi dan pengangkutan awam lain disekitar Lembah Klang ini. 


Ini baru cara yang betul untuk meluahkan rasa tidak puashati, bukan menyelesaikan masalah di jalanan. Mereka sebenarnya marah dengan Uber dan Grabcar, jadi itu yang macam-macam masalah di keluarkan.

SPAD selama ini sentiasa membuka pintu untuk menerima apa-apa sahaja pandangan atau perbincangan dengan semua pihak asalkan mengikut saluran yang betul. Jika pemandu teksi bersikap berkonfrntasi dengan SPAD, ianya tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan masalah yang baru.  Pemandu teksi perlulah bersikap lebih profesional dan jangan mudah terpengaruh dengan agenda pihak-pihak tertentu yang ingin menaguk di air yang keruh. 







Wednesday, November 18, 2015

PEMANDU TEKSI DIPERDAYA OLEH MEREKA YANG BERKEPENTINGAN




Ada pemandu-pemandu teksi dibohongi oleh pihak-pihak tertentu yang kononnya Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar membenarkan pemilik kenderaan persendirian (kereta sapu) beroperasi tanpa permit. Pekara ini diceritakan sendiri oleh pemandu teksi kepada isteri saya ketika dia mengunakan perkhimatan awam tersebut untuk ke hospital.
INI SATU FITNAH DAN PENBOHONGAN. Tidak logik dan tidak masuk akal langsung, mana mungkin pekara seperti ini kerajaan benarkan ? Selain tidak ada permit, penumpang tidak dilindungi insurans.

Sebenarnya Penggunaan kenderaan persendirian bagi tujuan mengambil penumpang berbayar adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010. Secara umumnya aplikasi seperti Uber, GrabCar atau seumpamanya tidak menyalahi undang-undang.
Namun sekiranya seseorang pemandu Uber/Grabcar/seumpamanya atau pengendali perkhidmatan menggunakan kenderaan persendirian atau kenderaan yang didaftarkan bagi kegunaan sewa-dan-pandu, maka ianya salah di sisi undang-undang.
Penggunaan kenderaan limosin yang berdaftar pun akan tetap menyalahi undang-undang sekiranya ia digunakan bagi tujuan yang melanggar syarat lesen.
Sesiapa pun yang mejalankan perkhidmatan yang ditempah melalui aplikasi Uber dan seumpamanya jika didapati bahawa pemandunya tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) ia merupakan satu kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalanraya, 1987. Kenderaan persendirian yang digunakan Uber juga tidak dilindungi di bawah insurans kenderaan perniagaan dan tidak melalui ujian keselamatan Puspakom (diwajibkan dua kali setahun).
Sebenarnya SPAD telah berulang kali menasihati pemandu dan mereka yang berniat menjadi pengendali Uber atau aplikasi seumpamanya bahawa mana-mana perkhidmatan kenderaan yang digunakan sebagai teksi yang mengambil bayaran daripada orang awam, perlu mematuhi undang-undang sepertimana di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.
Ini bermaksud pemandu mesti mempunyai lesen PSV dan kenderaan yang digunakan juga mesti dilesenkan oleh SPAD bersama dengan perlindungan insurans bagi penumpang yang berbayar. Sekiranya mereka gagal mematuhi keperluan-keperluan tersebut, pemandu menanggung risiko dimana kenderaannya boleh disita oleh penguatkuasa SPAD semasa operasi dijalankan.

Disamping itu, mereka juga boleh dikenakan denda dan/atau hukuman penjara seperti di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010. SPAD telah pada masa ini membawa 25 kes seumpama ini ke mahkamah.
Sesiapa yang mahu memberikan perkhidmatan teksi menggunakan Uber atau aplikasi seumpamanya mesti mematuhi kesemua undang-undang di Malaysia. Sebagai agensi penguatkuasaan bagi pengangkutan awam darat Malaysia, kami mementingkan pematuhan undang-undang, peraturan dan syarat-syarat.
Adalah tidak benar SPAD tidak mengambil tindakan undang-undang, SPAD tetap mengambil tindakan di atas pelanggaran undang-undang berkaitan Uber, GrabCar dan perkhidmatan melalui aplikasi seumpanya.