Friday, September 16, 2016

SEGERAKAN AUDIT BEBAS


KENYATAAN MEDIA 

SPAD AKAN MENYEGERAKAN AUDIT BEBAS DAN MENGARAHKAN PRASARANA UNTUK MENAIK TARAF LALUAN KELANA JAYA BAGI MENJAMIN TAHAP KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN 

Kuala Lumpur, 15 September 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menugaskan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk melaksanakan beberapa langkah segera bagi meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan dengan meningkatkan ketersediaan bekalan kuasa elektrik dan pengurusan insiden, berikutan penilaian awal mengenai gangguan perkhidmatan LRT di Laluan Kelana Jaya minggu lalu. 

SPAD memandang serius insiden baru-baru ini dan telah memulakan siasatan terhadap aspek-aspek teknikal dan bukan teknikal yang terlibat. Prasarana juga telah diarahkan bagi menyerahkan laporan siasatan awal kepada Suruhanjaya pada 21 September 2016. 

SPAD akan melantik juruaudit teknikal bebas pada kadar yang segera bagi melaksanakan penilaian terhadap aspek-aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi LRT laluan Kelana Jaya, dan ini dijangkakan akan mengambil masa selama tiga bulan. Langkah-langkah ini diperlukan bagi membolehkan penelitian terhadap isu-isu sistem yang tidak diliputi di dalam skop siasatan yang dijalankan oleh Prasarana. Ini melibatkan proses-proses semakan semula dan peningkatan penyelenggaraan aset bagi mencapai tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang lebih tinggi. 

Prasarana juga telah diarahkan untuk memberikan lebih penekanan terhadap pengesanan masalah secara proaktif dan melakukan penyelenggaraan pencegahan terhadap bekalan elektrik LRT serta penyelenggaraan tren bagi mengelakkan gangguan pada masa hadapan demi menyediakan perkhidmatan LRT yang boleh dipercayai kepada pengguna. 

SPAD telah mengarahkan Prasarana untuk melaksanakan tindakan pemulihan segera dengan mengerahkan usaha dan sumber yang maksimum untuk menaik taraf 15 pencawang kuasa sepanjang Laluan Kelana Jaya. Kerja-kerja tersebut dijangka siap di dalam tiga hingga enam bulan daripada tarikh pelaksanaan. Usaha-usaha penting ini akan meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada Laluan Kelana Jaya dengan membekalkan kuasa yang mencukupi untuk menyokong permintaan yang kian meningkat, peningkatan penumpang pada masa hadapan dan juga bagi memanjangkan jangka hayat perkhidmatan. 

Menuju ke arah pengurusan risiko yang lebih menyeluruh, Suruhanjaya juga akan memastikan pengendali mengemukakan dan menguruskan pelan risiko, analisis trend dan pelan peningkatan bersertakan garis masa terperinci bagi mengenal pasti serta menangani permasalahan teknikal. Ini melibatkan pemantauan laporan berkala yang berpandukan kepada penunjuk prestasi utama bagi mengesan masalah dari peringkat awal lagi serta bagi membolehkan tindakan pencegahan dapat dilakukan.

Di bawah pemantauan SPAD, Prasarana akan menyemak semula dan menambahbaik Tatacara Prosedur Standard (SOP) bagi Pelan Keselamatan dan Pemindahan penumpang. Ini adalah bagi mengukuhkan proses tindakan kecemasan pengendali dan meningkatkan proses komunikasi serta kesediaan kakitangan barisan hadapan untuk menjangka keperluan pengguna dengan lebih baik. Sebagai langkah permulaan, SPAD telah mengarahkan 

Prasarana untuk menghentikan operasi tren sepanjang landasan yang mengalami gangguan ketika proses pemindahan penumpang sedang dijalankan. 

SPAD mengakui bahawa rangkaian rel merupakan tulang belakang kepada pengangkutan awam darat kita, dan ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa Suruhanjaya akan gigih berusaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan keselamatan sistem LRT untuk manfaat pengguna. 

-Tamat- 

Tuesday, September 6, 2016

PELANCONG CHINA KE MALAYSIA: ANCAMAN SISTEMATIK TERHADAP KEDAULATAN NEGARA


Malaysiakini Edisi 21 November 2005 melaporkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Jabatan Imigresen dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesan ke mana menghilangnya lima puluh ribu pelancong dari Negara China yang masuk ke Malaysia tetapi tidak pulang ke negara asal mereka.
Portal yang sama juga melaporkan bahawa pada tahun 2003, seramai lima ratus ribu (500,000) pelancong dari China datang ke Malaysia dan hanya tiga ratus lima belas ribu (315,000) sahaja yang keluar dari Malaysia atau kembali ke negara asal mereka. Ini bermakna terdapat seramai seratus lapan puluh lima ribu (185,000) pelancong dari China yang tidak dapat dikesan berada di Malaysia.
Apabila portal Sinar Harian melaporkan pada 2 September 2016 lalu, bahawa terdapat seratus ribu (100,000) kaum Cina masih belum memperolehi kewarganegaraan, penulis terpanggil untuk mengulas dan mengupas isu di atas.
Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil memberi penjelasan terhadap kehilangan pelancong Negara China yang tidak keluar dari Malaysia, samada mereka telah berjaya dikesan, kembali ke negara asal mereka atau menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir kehidupan mereka.
Jika dikumpukan bilangan pelancong China yang tidak meninggalkan negara ini atau gagal dikesan semenjak 2003-2005 adalah seramai 235,000 orang (2003 – 50 ribu dan 2005 – 185 ribu). Ianya adalah data dan statistic 13 tahun lampau. Bagaimana sekarang? Penulis tidak yakin angkanya semakin berkurangan. 
Apa yang boleh dibuat oleh bilangan seramai 235,000 orang pelancong China di Malaysia?
Mari kita lihat fakta di mana bilangan Ahli-ahli Parlimen Malaysia menang dengan majoriti yang SANGAT BESAR di kawasan Parlimen yang mereka tandingi dan majoriti pengundinya adalah mewakili kaum Cina. 
(i) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menang dengan majoriti 51,552 undi. 
(ii) Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, menang dengan majoriti 43,063 undi. 
(iii) Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, menang dengan majoriti 42,206 undi. 
(iv) Ahli Parlimen Bukit Gelugor, menang dengan majoriti 41, 778 undi. 
(v) Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua, menang dengan majoriti, 41,672 undi. 
(vi) Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menang dengan majoriti, 40, 307 undi.
Sayugia ingin saya perjelaskan bahawa isu ini merentasi sempadan antara kaum dan politik kepartian. Saya tidak berminat mengupas pertembungan, konflik dan strategi pelbagai pihak yang mempunyai pelbagai konflik kepentingan.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara yang telah, sedang dan akan terus diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
Saya sangat berharap agar kerajaan sedia ada mempunyai kaedah dan mekanisme yang bersesuaian serta konkrit dalam menghadapi ancaman pelancong-pelancong dari China ini.
Saya juga mengharapkan agar rakyat Malaysia lebih proaktif melaporkan sebarang elemen yang mencurigakan dari mana-mana pihak yang mungkin menjadi dalang kepada penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara sistematik.
Lebih dari itu, saya tidak mampu bersangka baik bahawa kedaulatan dan keselamatan negara kini telah lama diceroboh secara sistematik melalui kaedah-kaedah sah perundangan negara (permohonan kewarganegaraan).
Saya yakin dan percaya bahawa tuntutan kewarganegaraan seramai seratus ribu (100,00) orang penduduk tetap (sebagaimana yang didakwa) mempunyai agenda tersirat dan dilakukan secara sistematik demi suatu misi dan visi yang panjang ke atas Negara Malaysia ini.
Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sama-sama bertanggungjawab dan memikul tugas membanteras aktiviti-aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia sebegini selain memperketatkan penguatkuasaan Fasal-fasal tertentu Perlembagaan dan undang-undang imigresen terhadap pemberian kewarganegaraan dan pemerdagangan manusia.
Zamzuri Mohamed Tahir

BAS GO-KL MASIH EFISIEN




Lagi isu berkenaan Bas GO-KL ni tak habis-habis menjadi bahan mereka yang tidak berpuashati dengan usaha kerajaan membantu rakyat dalam negara ini. Kali ini dakwaan kononnya perkhidmatan bas GO-KL ini tidak efisien dan rakyat tidak manfaat dari keberadaannya di tengah-tengah kota. 

Sebenarnya tidak perlu diperjelaskan lagi dengan panjang lebar bagi menangkis dakwaan ini kerana perkhidmatan bas percuma GO-KL dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat. 

Ini dibuktikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang turun padang melihat sendiri bagaimana bas ini beroperasi dan sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap perkhidmatannya. 

Beliau menerima aduan yang menyatakan perkhidmatan bas ini tidak memuaskan, tidak selesa serta tidak dimanfaatkan sepenuhnya seolah-olah bas ini tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Namun apa yang beliau lihat adalah sebaliknya, bas ini mendapat sambutan oleh pengguna termasuklah pelancong, para pelajar dan warga kota yang berkerja di pusat bandar dan kawasan sekitarnya.  

Adnan yang melakukan lawatan dan tinjauan perkhidmatan bas GO-KL berpuashati dengan keselesaan dan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan bas tersebut. Bas yang dilengkapi pendingin hawa melalui laluan - laluan utama di ibu kota. Beliau meluangkan masa kurang satu jam menaiki Bas GO-KL dari hentian Pasar Seni serta melalui beberapa hentian utama pusat bandar termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang dan Pavilion.

Bagi penulis yang sering mengunakan bas ini untuk ke lokasi-lokasi utama merasakan dakwaan sesetengah pihak ini bukan sahaja tidak benar tetapi lebih kepada mempunyai agenda untuk memburuk-burukan usaha baik kerajaan membantu rakyat terutama warga kota. 

Pada mula ia dilancarkan pada 2012, Bas GO-KL ini beroperasi dengan memperkenalkan hanya dua laluan iaitu LALUAN HIJAU DAN UNGU. Oleh kerana ada  permintaan untuk ke kawasan, bas ini menambah lagi dua laluan iaitu BIRU dan MERAH yang merangkumi laluan utama ibu negara terutama yang beehampiran stesen transit ringan LRT. 

Sebenarnya bas GO-KL ini menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk ke tempat-tempat utama di Kuala Lumpur. Selain percuma, bas ini memudahkan mereka untuk ke lokasi-lokasi utama di Kuala Lumpur. 

Sewajarnya rakyat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk meningkat mutu perkhidmatan awam secara berterusan. Janganlah mensabotaj dan memburuk-burukan apa yang baik untuk rakyat. 

BERSYUKURLAH ,  RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .


Saturday, September 3, 2016

WARGA KOTA SAMBUT BAIK BAS GO-KL


Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mula memperkenalkan perkhidmatan bas percuma GO-KL City sejak Ogos 2012.

Perkhidmatan bas Go-KL ini selain dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, ia juga dapat memendekkan masa perjalanan dan seterusnya dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kos sara hidup warga Kuala Lumpur.

Ramai warga kota menggunakan perkhidmatan bas percuma ini, oleh itu dakwaan sesetengah pihak mengenai bas GO-KL tidak mendapat sambutan adalah tidak benar sama sekali. Bas ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai antaranya akses ke kawasan yang menjadi tumpuan seperti KLCC, Central Market, Bukit Bintang, Dataran Merdeka  dan kawasan pusat perniagaan utama di bu kota. 

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md. Ikhsan telah turun padang melihat dan merasai sendiri sambutan masyarakat terhadap perkhidmatan Bas GO-KL ini. Dalam tinjauan ini, beliau melihat sendiri bas GO-KL ini diterima baik oleh masyarakat Malaysia dan pelancong. Rata-rata rakyat gembira dan menyambut baik bas percuma GO-KL ini terutama pelancong asing. 

Bas GO-KL ini juga mesra Orang kelainan Upaya (OKU dengan menyediakan tempat kerusi roda 'ramp' dan lantai rendah untuk memudahkan golongan tersebut dan warga emas. etiap Bas GO-KL juga dilengkapi 4 kamera CCTV,  sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem  penjejakan GPS. 




GO-KL merupakan  alternatif pengangkutan yang dikawal selia sepenuhnya oleh Suruhanjaya SPAD bagi memudahkan pergerakan warga kota di sekitar Kuala Lumpur. Dianggarkan  27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian GoKL dan dengan 20 bas  baharu ini, SPAD berharap jumlah penumpang akan terus meningkat.

Friday, September 2, 2016

LAWATAN MENGEJUT PERDANA MENTERI KE PROJEK MRT LEMBAH KLANG




"Projek MRT adalah projek yang amat dekat di hati saya, sebuah projek yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih pesat buat negara dan lebih penting lagi, membantu rakyat menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa," Najib Razak.





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari  ini meluangkan masa untuk meninjau sendiri projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT). Projek MRT ini sentiasa menjadi keutamaan baginya, sebab itulah beliau sentiasa meniliti laporan berkenaan projek ini.  Perkara ini disebut dalam laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa meneliti laporan projek tersebut dan mahu melihat sendiri perkembangannya dari masa ke semasa. 

“Saya sering meneliti laporan bagi projek MRT Malaysia. Ha­ri ini saya ingin lihat sendiri perkembangannya,” katanya di laman sosial tersebut.

Keprihatinan Perdana Menteri terhadap projek ini dapat dilihat apabila beliau sendiri dilaporkan turun padang memeriksa projek berkenaan dan kemudiannya memeriksa stesen seterusnya menaiki tren yang bakal beroperasi bagi laluan pertama iaitu MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Lawatan Perdana Menteri  bermula di Stesen Semantan dan berakhir di Stesen Phileo Damansara.  Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Pengarah Projek Laluan SBK, Marcus Karakashian.

Tinjauan ini merupakan lawatan kerja kelima beliau ke projek MRT dan kali pertama menaiki train. Perdana menteri turut melihat jejantas pejalan kaki yang menyeberangi lebuh raya SPRINT. 

Ia meghubungkan stesen dengan pintu masuk yang terletak bersebelahan pusat kormesial Phileo Damansara. Projek bagi Laluan SBK dikatakan telah mencapai 89 peratus siap dan bakal beroperasi pada Julai 2017.  Perdana Menteri selepas itu  menaiki tren dan kembali ke Ste­sen Semantan.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri melahirkan hasratnya mahukan LRT 3 yang dijadualkan memulakan kerja pembinaan pada awal tahun hadapan mencapai tahap "World Class Contruction Standard" serta kualiti dan tahap keselamatannya terjamin tanpa ada sebarang kompromi".   

Sebagai Perdana Menteri, beliau memberi jaminan akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam memodenkan pengangkutan awam. Sebagai jaminan pada usaha ini beliau mahukan  mereka yang berada dalam pentadbirannya sentiasa MENDAHULUKAN RAKYAT dan memastikan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. 

Perdana Menteri juga memaklumkan projek fasa pertama MRT line sudah hampir siap malahan ia dijangka akan beroperasi pada pertengahan tahun ini. 

Pemodenan pengangkutan awam ini juga akan melonjakkan  Ibu Negara Kuala Lumpur, Putrajaya dan Lembah Klang sebagai bandar "World Class City". Perdana Menteri mahukan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dan dengan bajet yang telah ditetapkan dan efisyen. Dan yang paling utama yang perlu ditekan dalam projek ini ialah Reliability atau "kejujuran dan keikhlasan" dalam melaksanakan projek ini. Yang mana ianya amat berkaitan dengan kepuasan pelanggan iaitu pengguna. 





Thursday, September 1, 2016

MILITAN MUDA IS MULA BERTINDAK !


Setelah sekian lama kumpulan IS mula bertapak di bumi Malaysia, kali ini mereka sudah berani memulakan tindakan ganas mereka. sasaran penyertaan kumpulan militan kini bukan sahaja menular dalam kalangan golongan dewasa, bahkan telah mempengaruhi golongan remaja yang masih berada di bangku sekolah.

Militan IS ini amat gemar dengan mengambil golongan pelajar untuk menyertai kumpulan mereka kerana golongan ini mudah untuk dipengaruhi. Kebanyakan mereka bersemangat untuk berjihad dan terpengaruh dengan dakyah mati syahid dan janji syurga oleh kumpulan IS ini.

Di Iraq, IS telah melatih seawal usia kanak-kanak lagi untuk membunuh jiwa manusia tanpa rasa berdosa atau bersalah. Inilah rentetan kekejaman mereka yang semakin menular ke Asia Tenggara. Malangnya ramai dikalangan rakyat yang bersimpati dan menyokong tindakan ganas mereka.

Baru-baru ini, tiga anggota pengganas IS sempat ditahan oleh pihak Polis kerana cubaan melancarkan serangan senjata serta mahu mengebom salah satu dari tiga lokasi tumpuan umum di Lembah Klang semasa sambutan Ambang Merdeka 2016. Amat jelas sekali kumpulan pengganas ini tidak menghiraukan langsung keselamatan dan ketenteraman awam.

Tiga lokasi yang telah dikenal pasti menjadi sasaran kumplan IS ini ialah Dataran Merdeka dan sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang di sini serta kuil Batu Caves, Selangor. Antara senjata yang dirampas ialah sebutir bom tangan (grenade) jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 RAMI dan 24 butir peluru.

Ketiga-tiga mereka masih lagi muda, berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun sahaja. Mereka dikatakan perancang utama dalam serangan serta merancang untuk melancarkan serangan tersebut.

Mereka ini dikatakan mendapat arahan daripada seorang rakyat Malaysia yang kini menyertai kumpulan militan Daesh di Syria, Mohammad Wanndy Mohammad Jedi. Keberanian anak muda ini mengambarkan bahawa negara sekarang berada dalam keadaan yang agak kritikal dan membimbangkan.

Paling mengemparkan baru-baru ini apabila IS memuat turun video lima kanak-kanak dari pelbagai latar belakang negara membunuh lima lelaki berbangsa Kurdis tanpa ada perasaan belas. Jelas sekali mesej yang mereka ingin sampaikan bahawa mereka sudah menyediakan pelapis-pelapis pembunuh kejam yang tidak berperasaan.

Justeru itu pihak berkuasa menyarankan kepada ibu bapa agar mempertingkatkan pengawasan terhadap anak-anak dengan sentiasa memantau aktiviti mereka khususnya di Internet. Ibu bapa perlu tahu laman web yang dilayari oleh anak masing-masing. Langkah proaktif seperti ini wajar dilakukan perlu bagi mengelakkan anak-anak mereka melayari laman web gerakan Daesh dan lain-lain laman web yang berunsurkan keganasan.

Wednesday, August 31, 2016

INGAT JASA PEJUANG NEGARA



Syukur , Tahun ini kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan bagi kali ke 59 dengan aman dan sejahtera. Rakyat kita sungguh beruntung dan bertuah kerana dapat menyambutnya tanpa berasa bimbang akan sebarang ancaman walaupun keadaan dunia sekarang masih diselubungi dengan rasa ketakutan akibat keganasan, pencerobohan dan peperangan.

 Sayangnya makna kemerdekaan hari ini sudah semakin kurang difahami dan dihargai oleh ramai daripada kita. Ramai daripada kita dilahir di zaman selepas merdeka dan kita tidak berpengalaman hidup dijajah dan dihina. Jika tidak ada satu usaha untuk memperingati kita, kita akan lupa terus akan sejarah terhina kita dan kita tidak lagi akan berusaha mempertahankan kemerdekaan negara kita.

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, disaat kita menikmati udara kemerdekaan ini,  perlulah kita mengingati perjuangan generasi terdahulu sehingga kita dapat menikmati segala kejayaan dan kemakmuran hari ini. 

Negara kita sudah hampir enam dekad kekal bebas daripada penjajahan asing. Rakyat kita sudah matang dari segi politik demokrasi dan amat cintakan kepada kestabian dan keamaan. Justeru itu Malaysia hari ini semakin disegani didunia di pelbagai peringkat. Sesungguhnya kejayaan hari ini menjadi asas  dan garis panduan mengadapi masa hadapan.  

Menurut Liow lagi, semangat kemerdekaan ini dapat dilihat  dan diterjemahkan melelui azam dan cita-cita para atlet Olimpik negara pada bulan ini  sehingga berjaya menjulang nama negara dipentas dunia. 

Manakala rakyat pula dilihat bersatu padu dan berdiri teguh dibawah satu bendera memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada atlet yang berjuang untuk negara." Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia," tambah Tiong Lai lagi.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau :

31 OGOS 2016
UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN AKHBAR
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN

Perpaduan Antara Rakyat Pemacu Kejayaan Negara

Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

Sempena kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 59, luangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan negara sehingga ke hari ini.

Berlandaskan solidariti yang terbit dari kepelbagaian bangsa dan budaya, Malaysia kini adalah sebuah negara yang semakin disegani, dengan kejayaan di pelbagai peringkat. Kesungguhan dan kecekalan pejuang-pejuang negara telah menjadi asas kepada kejayaan yang dikecapi serta merupakan garis panduan dalam kita mengharungi rintangan dan cabaran.

Cita-cita dan azam ini jelas ditonjolkan oleh para atlet Olimpik negara pada awal bulan ini. Mereka telah menjulang nama negara di peringkat sukan antarabangsa berbekalkan kegigihan dan semangat kesukanan yang tinggi. Di tanah air pula, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet-atlet kita yang berjuang. Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia.

Kontinjen negara juga telah mengukir sejarah dengan membawa pulang lima pingat Olimpik. Sambil kita menyambut kemenangan mereka kita juga harus menyedari bahawa kejayaan setiap individu adalah kejayaan kita bersama dan ini merupakan tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri, demi kejayaan Malaysia secara kolektif.

Dalam kita mengejar impian negara, mari kita bersama-sama menghayati semangat Kemerdekaan sambil kita meraikan hari yang amat bermakna ini. Kesederhanaan, toleransi dan bertolak ansur adalah asas Rakyat Malaysia dahulu, kini dan selamanya.


Selamat Hari Merdeka dan selamat beristirehat bersama keluarga. Bagi pengguna jalan raya, ingatlah mereka yang tersayang dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.