Showing posts with label bas go kl. Show all posts
Showing posts with label bas go kl. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

BAS GO-KL MASIH EFISIEN




Lagi isu berkenaan Bas GO-KL ni tak habis-habis menjadi bahan mereka yang tidak berpuashati dengan usaha kerajaan membantu rakyat dalam negara ini. Kali ini dakwaan kononnya perkhidmatan bas GO-KL ini tidak efisien dan rakyat tidak manfaat dari keberadaannya di tengah-tengah kota. 

Sebenarnya tidak perlu diperjelaskan lagi dengan panjang lebar bagi menangkis dakwaan ini kerana perkhidmatan bas percuma GO-KL dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat. 

Ini dibuktikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang turun padang melihat sendiri bagaimana bas ini beroperasi dan sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap perkhidmatannya. 

Beliau menerima aduan yang menyatakan perkhidmatan bas ini tidak memuaskan, tidak selesa serta tidak dimanfaatkan sepenuhnya seolah-olah bas ini tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Namun apa yang beliau lihat adalah sebaliknya, bas ini mendapat sambutan oleh pengguna termasuklah pelancong, para pelajar dan warga kota yang berkerja di pusat bandar dan kawasan sekitarnya.  

Adnan yang melakukan lawatan dan tinjauan perkhidmatan bas GO-KL berpuashati dengan keselesaan dan sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan bas tersebut. Bas yang dilengkapi pendingin hawa melalui laluan - laluan utama di ibu kota. Beliau meluangkan masa kurang satu jam menaiki Bas GO-KL dari hentian Pasar Seni serta melalui beberapa hentian utama pusat bandar termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang dan Pavilion.

Bagi penulis yang sering mengunakan bas ini untuk ke lokasi-lokasi utama merasakan dakwaan sesetengah pihak ini bukan sahaja tidak benar tetapi lebih kepada mempunyai agenda untuk memburuk-burukan usaha baik kerajaan membantu rakyat terutama warga kota. 

Pada mula ia dilancarkan pada 2012, Bas GO-KL ini beroperasi dengan memperkenalkan hanya dua laluan iaitu LALUAN HIJAU DAN UNGU. Oleh kerana ada  permintaan untuk ke kawasan, bas ini menambah lagi dua laluan iaitu BIRU dan MERAH yang merangkumi laluan utama ibu negara terutama yang beehampiran stesen transit ringan LRT. 

Sebenarnya bas GO-KL ini menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk ke tempat-tempat utama di Kuala Lumpur. Selain percuma, bas ini memudahkan mereka untuk ke lokasi-lokasi utama di Kuala Lumpur. 

Sewajarnya rakyat bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk meningkat mutu perkhidmatan awam secara berterusan. Janganlah mensabotaj dan memburuk-burukan apa yang baik untuk rakyat. 

BERSYUKURLAH ,  RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .


Thursday, July 14, 2016

TAHU TAK BAS GO KL PERCUMA ?




Benarkah ada bas free kat bandaraya Kuala Lumpur ? Sehingga hari ini ramai warga kota masih tidak menyedari bahawa ada bas percuma di Kuala Lumpur. 

Bas percuma GO-KL diwujudkan bagi mempertingkatkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Bas GO-KL diletakkan di bawah selian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). 

Bas GO-KL amat membantu rakyat yang mengunakan perkhidmatan awam berjimat. Ada pengguna yang dapat berjimat sehingga 80 peratus dari perbelanjaan biasa. Itu sudah cukup banyak dan cukup dapat membantu rakyat berjimat.

Sejak Oktober 2014, beberapa penambahbaikan telah dilakukan  bagi laluan Bas GO-KL bagi meningkatkan lagi kadar penggunaan perkhidmatan di tahap maksimum. Bas GO_KL lebih menumpukan kepada laluan yang menjadi tumpuan orang ramai dan menghentikan operasi yang kurang mendapat sambutan pengguna. Penambahbakan ini bagi memaksimumkan lagi utiliti perkhidmatannya. 

Kebanyakan pelancong mengunakan bas ini kerana tertarik  kerana laluannya lebih tertumpu pada lokasi-lokasi penting seperti tempat pelancongan dan tempat tumpuan membeli-belah.
Bas GO-KL menjadi pilihan mereka kerana ia lebih menjimatkan kos perjalanan mereka.


Erica, yang telah mengunjungi Malaysia lebih 10 kali sejak tiga tahun lalu sememangnya memuji perkhidmatan bas percuma GOKL; yang merupakan salah satu sebab utama beliau memilih untuk ke negara ini.


“Sebab itu saya pilih Kuala Lumpur. Saya dapat jimat kos percutian. Sejak berhenti kerja sebagai senior eksekutif di Syarikat Nestle di Ecuador, saya memilih menjadi pengembara. Kuala Lumpur merupakan satu destinasi wajib dan saya sebagai pelancong mudah memahami perkhidmatan GO-KL ini.


Antara lokasi-lokasi  menarik yang dilalui oleh Bas GO-KL ialah China Town, Menara KL,  dan Menara Berkembar Petronas. Bas ini juga menyediakan kemudahan wifi dan mesra OKU.

Kekerapan bas ini pada waktu puncak ialah 5 minit dan pada waktu-waktu baisa 15 minit. Walaupun mendapat sedikit bantahan daripada pemandu teksi, kerajaan tetap meneruskan juga perkhidmatan bas ini kerana ia banyak membantu rakyat menjimatkan kos dan meningkatkan lagi pelancong asing datang ke Malaysia.

Gambar dibawah menunjukkan lokasi laluan Bas GO-KL.