Showing posts with label 1 juta rumah mampu milik. Show all posts
Showing posts with label 1 juta rumah mampu milik. Show all posts

Thursday, June 23, 2016

CERITA DONGENG DI NEGARA UTHOPIA


Rasuah di negara Gohead Gostan dah sampai ditahap yang parah. Disana rumah persendirian pun dibuat tempat pelacuran.

Apabila Pak Polisi dinegara berkenaan buat tangkapan dan tangkap pelacur warga asing, datang lah pula taukeh masuk dalam sembang-sembang, tepuk-tepuk sikit, setle.

Anak buah bukan main penat siang malam pantau jenayah, senang-senang je diorang lepaskan.

Nasib baik dinegara kita Polisnya berdedikasi, teguh integriti dan amanah.
Kesian Kerajaan di negara Gohead Gostan, kakitangan awamnya pengkhianat, pembangkangnya pula macam haram.

Bersyukurlah kita tinggal di Malaysia.

Friday, June 17, 2016

BANDAR BARU MALAYSIA BAKAL BINA 5,000 RUMAH MAMPU MILIK


Ketika saat pembangkang sedang rakus melancarkan fitnah kepada kerajaan dan Perdana Menteri di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kerajaan terus dengan agenda membangunkan negara dan membela rakyat. Hari ini kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat yang miskin dan berpendapatan sederhana. Antaranya mendahulukan perumahan mampu milik dan mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat. 

Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah di Bandar Malaysia . Pada Fasa pertama  pembangunan Bandar Malaysia, kerajaan akan membina sebanyak 5,000 buah rumah mampu milik .

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan rumah mampu milik itu adalah keutamaan dan perlu dibangunkan segera. Ia dibangunkan oleh pihak pemegang saham, Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan IWH-CREC Sdn. Bhd.

Ini membuktikan kerajaan memberi keutamaan menyempurnakan keperluan setiap sektor penduduk terutama melibatkan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Selepas siap sepenuhnya, ia bakal mencipta peluang pekerjaan dan akan menjadi destinasi utama kepada 200,000 pekerja berpendapatan tinggi yang akan tinggal, bekerja dan bersosial.

“Bandar Malaysia akan menjadi penanda aras kepada hab baru kehidupan yang akan membawa manfaat kepada Kuala Lumpur dan rakyat Malaysia.


https://www.facebook.com/friendsofkedaulatan/

Sunday, April 7, 2013

BR1M ....VROOMM....VROOMM...!!! RM1200


Penambahan nilai insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dalam masa lima tahun menjadi tarikan utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Manifesto tersebut menawarkan pelbagai insentif kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pelajar sekolah dan universiti, penjawat awam, kaum wanita serta warga bandar dan luar bandar.

Selain BR1M, pemberian insentif Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ditingkatkan kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
Dasar Automotif Nasional juga akan disemak semula bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

''Para penjawat awam bakal menikmati Skim Gaji Transformatif yang antaranya bertujuan menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum.

'Penambahbaikan kaunter perkhidmatan akan dilaksanakan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan hadapan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan dalam talian untuk urusan pembayaran dan permohonan,'' jelas manifesto itu.

Dalam manifestonya, BN turut berjanji akan menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan di peringkat nasional, mewujudkan lebih banyak insentif untuk wanita yang bekerja dari rumah khususnya ibu tunggal dan membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) manakala sektor swasta digalak melaksanakan langkah serupa.

Manifesto BN menyatakan, sebanyak 1 juta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina oleh sektor awam dan swasta serta yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000 bakal dimansuhkan.

Antara janji BN kepada masyarakat luar bandar adalah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,300 kilometer dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudong, Sabah; menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai ke Kota Bharu, Kelantan dan dari Gambang, Pahang ke Segamat, Johor serta membina Lebuh Raya Pantai Barat yang baharu dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak.
Manifesto BN turut menjanjikan pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat dan penyelesaian masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Bagi warga bandar, BN berjanji akan memulihkan semula rumah kos rendah dan rumah pangsa, menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja dan menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar serta penempatan.

Berhubung aspek memerangi rasuah, BN berjanji akan menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke peringkat yang lebih tinggi serta menubuhkan mahkamah sesyen khas rasuah dan mahkamah tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.