Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah dengan tegasnya memulakan proses penggantungan lesen termasuk 26 permit bas yang dipegangg oleh Qistina Express sdn.Bhd. ekoran kemalangan yang melibatkan bas syarikat berkenaan dengan 10 kenderaan awam pada 10 Julai 2106 di Km265.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora.
Pekara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd. Azharuddin Mat Sah. Menurutnya pihak SPAD telah memulakan tindakan berkenaan berdasarkan salahlaku atau pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori sepertimana laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut. Tindakan tegas itu tetap dikenakan dalam masa yang sama siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) tetap diteruskan.
Bagi SPAD pekara in amat serius kerana ia melibatkan keselamatan awam. Tindakan ini juga menunjukan SPAD tidak akan berkompromi atau memberi muka dalam isu-isu keselamatan dijalanraya. Semua syarikat bas expres perlu mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa demi keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
SPAD tidak akan bertolak ansur dalam isu keselamatan dan memberi jaminan kepada penggguna bahawa pihaknya akan pastikan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) berterusan bagi memastikan syarikat bas menjalankan operasi kenderaanya dalam keadaan baik, selamat dan mematuhi peraturan jalan raya.
Semua orang memperkatakan tentang fenomna El-Nino sejak sebulan yang lalu. Pelbagai teori yang boleh kita dengar dari pembahas-pembahas tersohor kedai kopi sehinggalah kepada para cendiakawan dan ilmuan. Namun apa pun hujah mereka, kesimpulannya satu "sahaja.... "Panas Terik".
El-Nino adalah fenomena alam bermula di lautan yang berlaku setiap dua tahun ke tujuh tahun di mana arus air laut yang panas akan mengantikan arus sejuk yang mengantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk diluar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Banyak lagi boleh ditarifkan dengan fenomena ini namun apa yang lebih penting adalah kesannya kepada Malaysia dan penduduknya serta kegiatan ekonomi.
Sebenarnya fenomena el-Nino ini memberi kesan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuklah dalam sektor perladangan.
Pengeluaran sawit di seluruh negara terjejas enam ke 10 peratus berikutan cuaca panas yang melampau berikutan El-Nino yang menyerang negara. Namun begitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) masih lagi positif mampu mencapai sasaran jualan seperti yang diharapkan.
Ketua Kluster Huluan Sawitnya, Datuk Abdul Halim Hamid mengakui bahawa bukan sahaja pengeluaran sawit di Malaysi terjejas bahkan negara Indonesia juga terjejas dengan cuaca panas melampau ini.
Namun menurut Abdul Halim, pengeluaran yang berkurang ini sebenarnya telah membantu dalam meningkatkan harga kelapa sawit. Kedudukan ladang FGV di kawasan pendalaman juga antara faktor yang memberi kesan terhadap pengeluaran.
Walaupun begitu, apabila cuaca kembali kepada normal semua akan kembali kepada keadaan biasa dan pengeluaran akan meningkat seperti sediakala. Cuaca panas ini dikatakan akan kembali stabil pada separuh suku kedua.
Ramai anak rakyat Malaysia terutamanya golongan anak muda menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan mereka. Keadaan ini berlaku apabila ramai diantara mereka meminjam wang dari institusi kewangan seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman perniagaan.
Anak Muda berumur bawah 40 didapati bukan sahaja lemah dalam menguruskan kewangan, tetapi kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan terutama dalam aspek berkaitan kredit dan hutang, pengurusan risiko, pelaburan dan kewangan Islam.
Ada juga sesetengah dari mereka yang telah di "blacklist" oleh bank dan ada yang di isytiharkan bankrup. Inilah akibatnya jika hidup mengamalkan budaya berhutang melebihi pendapatan hingga menyusahkan diri dan keluarga. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman perumahan, kereta dan pelaburan.
Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ketika menghadiri Program Gempak Keluarga Felda di Felda Lok Heng Barat Johor, masalah anak muda seperti ini perlu kita bantu bagi memudahkan mereka keluar dari permasalahan ini dengan segera. Bahkan ada diantara mereka yang tidak dapat membeli rumah , kenderaan dan pelaburan. Kita perlu bantu mereka mencari jalan keluar dari permasalahan ini.
Generasi Y hari ini sering terkeliru apabila berkait soal kewangan mereka terutama hutang, kad kredit, perumahan dan simpanan hari tua mereka. Bahkan mereka mempunyai pengetahuan kewangan yang rendah berkenaan kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko.
Kesannya mereka tidak mampu mencapai kesenangan dan kekayaan kerana sering berhadapan dengan bebanan kewangan yang berpunca dari ketidakupayaan menguruskan bajet dan merancang kewangan yang baik.
Dalam pada itu Datuk Ehsan menyarankan juga agar anak muda menyahut seruan kerajaan bagi memenuhi keperluan industri dalam bidang-bidang kemahiran. Generasi muda hari ini perlu melengkapkan diri dengan kemahiran. Pelbagai insentif yang telah kerajaan sediakan untuk anak muda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran-kemahiran tertentu.
Sewajarnya anak muda hari ini perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran kerana kita tidak tahu apa tuntutan pekerjaan dimasa akan datang.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bangkit menjelaskan bahawa pengambil alihan dalam kepentingan PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi diteruskan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan bukannya Felda Investment Corporation (FIC) seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Memetik sumber yang melaporkan sebelum ini, FIC dikatakan telah berunding dengan PT Rajawali Group bagi memiliki 37 peratus saham dalam EHP yang bernilai RM2.55 bilion.
Pengambilalihan kepentingan EHP ini amat penting kepada FGV kerana pergantungan kepada tanah seluas 350,000 hektar yang dipajak daripada Felda tidak mampu membuat FGV terus berkembang dimasa akan datang untuk kekal relevan dalam sektor perladangan.
Lokasi, keluasan tanah dan kesesuaian tanah merupakan faktor utama kenapa Indonesia kekal menjadi pilihan FGV.
Menurut Tan Sri Isa, perbincangan ini hanya melibatkan FGV dan EHP sahaja tanpa ada pihak-pihak lain terlibat.
Beliau sangat berharap perbincangan yang terbaru ini akan berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak FGV dan EHP.
Ditanya mengenai kejatuhan harga minyak sawit mentah, Tan Sri Isa menjawab," FGV sedang berusaha meningkatkan kualiti pengurusan ladang dengan berhemah agar dapat mengurangkan kos.
Dalam pada itu FGV juga sedang giat menjalankan aktiviti hiliran menjelang 2020 bagi mencapai sasaran 40 peratus.
Saat ini aktiviti perladangan telah meyumbang 75 peratus kepada pendapatan syarikat.
Pemuda Selempang Merah berharap harga minyak sawit mentah akan kembali stabil menjelang 2017 dan 2018 seperti jangkaan mejoriti pengalisis.
PEMUDA SELEMPANG MERAH (Bani Jawi).
Perancangan Felda dalam usaha untuk memiliki 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi belum berakhir. Usaha itu diteruskan melalui perjanjian yang telah disusun semula.
Ini berikutan keputusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menangguhkan cadangan pembelian EHP pada November lalu telah memberi laluan kepada Felda Investment Corporation (FIC) memulakan rundingan dengan PT Rajawali Group dalam usaha memiliki 37 peratus saham EHP yang bernilai RM2.55 bilion.
Justeru itu, Felda melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation (FIC) akan membuat keputusan berkenaan pembelian EHP itu selewat-lewatnya Mac 2016.
Sudah tentu keputusan ini dibuat demi memelihara kepentingan dan kebaikan Felda keseluruhannya dimasa akan datang.
Oleh itu, walaupun keputusan ini bakal diputuskan oleh lembaga pengarah, namun masih ada pertimbangan tertentu yang perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.
Perlu diketahui bahawa perundingan ini masih lagi di peringkat awal, belum ada apa-apa lagi keputusan bagaimana bentuk pembayaran untuk memiliki 37 peratus saham dalam EHP.
Ini merupakan langkah awal FIC dalam sektor perladangan yang mana sebelum ini diuruskan oleh FGV.
Bagi pihak PT Rajawali Group, Pengarah Urusannya Darjoto Setyawan berkata, syarikat tersebut sedang mengkaji dan berbincang bagi memuktamadkan harga pembelian bagi perjanjian yang terbaru ini.
Saya bagi pihak Pemuda Selempang Merah yakin bahawa Felda akan membuat keputusan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat amnya dan warga Felda khasnya.
Dalam usaha melebarkan lagi empayar perniagaannya Felda Global Vebtures Holdings Bhd. (FGV) sentiasa berusaha mencari peluang- peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Kali ini FGV berhasrat mahu menembusi pasaran di Afrika Selatan. Justeru itu FGV mengunakan Gabon sebagai pintu masuk ke Afrika. Ini berikutan terdapat lebihan permintaan produk berasaskan sawit di Afrika.
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, beliau sendiri akan ke Gabon untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan kerajaan negara tersebut bagi mengadakan perbincangan dan menilai potensi pelaburan disana.
Menurutnya lagi pasaran Afrika yang luas menjadi keutamaan FGV memasarkan produk-produk hilirannya. Dan jika diberi peluang FGV sedia melabur secara fizikal di Afrika Selatan.
Perbincangan dengan Kerajaan Gabon dan Olam International Ltd. (Olam) sedang diusahakan bagi mengerakkan kerjasama samaada di Bahagian huluan atau hiliran.
Andai ada perkembangan positif, FGV seharusnya mengambil peluang ini bagi mengandakan lagi eskport produk-produk ke Afrika. Ketika ini FGV sedang melatih pekebun-pekebun Gabon dalam menguruskan kaedah perladangan yang baik.
Datuk Mohd. Emir turut menambah bahawa perbincangan masih lagi diperingkat awal. Jika berjaya kemungkinan FGV akan memulakan dengan pembangunan kilang penapisan sawit atau biodiesel.
Ketika ini FGV sedang Giat mengadakan kerjasama dengan Olam, sebuah syarikat pertanian yang berpusat di Singapura, bagi melatih pekebun-pekebun sawit Gabon dalam usaha membantu negara Afrika itu membangunkan ladang sawitnya mengikut kaedah dan konsep yang digunapakai oleh Felda.
Kelapa sawit merupakan satu perniagaan yang bersifat jangka panjang yang mempunyai kitaran naik dan turun. Oleh itu apabila berlaku kejatuhan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) dan kenaikan caj nilai saksama (LLA) dan tukaran matawang asing mengalami kerugian ianya antara sebab berlakunya dorongan kepada penurunan bagi keuntungan selepas cukai.
Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah, Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan menyatakan, harga MSM telah memberi kesan kepada semua pemain industri termasuklah FGV apabila harga komoditi tersebut jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam tahun pada Ogos lalu.
Oleh itu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengunjurkan harga minyak sawit mentah bakal didagangkan antara sekitar RM2,300 hingga RM2,400 per tan metrik pada suku pertama 2016.
Keuntungan selepas cukai kumpulan juga terkesan dengan berlaku sedikit penurunan dari RM22.99 juta kepda RM20.19 juta bagi suku ketiga 2015 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Jika kita bandingkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2014, harga MSM turun 12 peratus kepada RM2,279 per tan metrik daripada RM2,584 perolehan tahun ke tahun merosot sebanyak 20 peratus daripada RM3,73 bilion.
Berbeza pula dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, FGV merekodkan keuntungan sebanyak RM152.9 juta keuntungan selepas cukai. Manakala bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2015, FGV berjaya mencatat peningkatan perolehan iaitu sebanyak RM4.5 bilion, meningkat 13.8 peratus berbanding suku sama pada tahun lalu.
Hasil dari sokongan jualan MSM pihak luar yang lebih tinggi, membolehkan perolehan naik dalam tempoh sembilan bulan tahun ini yang mana meyaksikan kenaikan RM11.4 bilion daripada RM11.34 bilion.
Saya yakin dengan data-data dan angka-angka yang saya nyatakan diatas akan menimbulkan reaksi yang kurang senang dari pihak pembangkang yang selama ini sering menyerang Felda dengan fitnah-fitnah mereka.
Setiap kali Bajet dibentangkan dalam parlimen, warga FELDA tidak pernah sekali tertinggal dari mendapat manfaat daripadanya. Begitulah betapa bertuahnya menjadi warga FELDA. Inilah berkat kesabaran yang selama ini mereka perjuangkan untuk anak cucu.
Dalam pembentangan Bajet "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat", Perdana Menteri telah membuka satu lembaran baru kepada rakyat. Manfaat kesihatan, keselamatan dan kos sara hidup rakyat menjadi satu penekanan penting dalam usaha melestarikan kesejahteraan kehidupan rakyat. Kesejahteraan merujuk kepada taraf dan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi dan fizikal.
Bagi warga FELDA, kesejahteraan kehidupan generasi kedua yang menjadi kebimbangan mereka telah terjawab apabila kerajaan sudi menyediakan rumah untuk generasi kedua sebanyak 20,000 unit dengan harga yang telah diturunkan kepada RM70,000 berbanding RM90,000 sebelum ini. Ini merupakan hadiah terbesar yang telah kerajaan peruntukan kepada warga FELDA. Sudah pasti ini akan memberi manfaat kepada generasi kedua FELDA.
Kerajaan juga dalam bajet kali ini telah memperuntukan RM200 juta bagi meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA. Sudah sekian lama jalan raya di penempatan FELDA tidak diuruskan dengan baik. Dengan peruntukan ini diharap tidak lagi kedengaran warga FELDA merungut jalan raya di penempatan mereka tidak selamat dan berbahaya. Saya sendiri mengalaminya setiap kali pulang ke kampung di FELDA Jengka.
Tidak lupa dengan warga FELDA sahabat Lahad Datu Sabah, kerajaan tidak lupa mengumumkan peruntukan sebanyak RM523 juta bagi pembangunan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) kem tentera di FELDA Sahabat. Ini adalah salah satu usaha kerajaan yang berterusan bagi menjamin keamanan dan keselamatan warga FELDA disana.
Bagi membantu meringankan beban kos sara hidup warga FELDA, kerajaan sudi menaikan bantuan BR1M RM50 bagi setiap kategori.
Isi rumah yang berpendapan RM3000 kebawah sebulan, BR1M dinaikan kepada RM1000 daripada RM950 sebelum ini. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM3001 hingga RM4000, bantuan BR1M dinaikan kepada RM800 daripada RM750 sebelum ini, manakala inidividu bujang 21 tahun keatas yang mempunyai pendapatan RM2000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.
Keprihatinan kerajaan terhadap warga FELDA tidak pernah surut walaupun ada diatara mereka yang tidak pernah memberi sokongan terhadap apa yang diusahakan kerajaan kepada mereka. Saya harap apa yang telah kerajaan usahakan kepada Warga FELDA selama ini menginsafkan dan membuka mata mereka bahawa tidak ada mana-mana kerajaan di dunia ini mampu memberikan seperti apa yang mereka nikmati sekarang.
WARGA FELDA, BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH, BERTERIMA KASIHLAH KEPADA KERAJAAN.