Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Monday, April 1, 2013

MENGAPA ORANG BUKAN ISLAM TIDAK BERHAK MENGGUNAKAN NAMA ALLAH



Prof. Madya Dr Khalif Muammar1
"Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan"

Kedudukan Masalah


Setelah isu ini dibahas lebih dua tahun2 masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Antara sebabnya ialah wujudnya pandangan yang diberikan oleh segelintir agamawan yang digelar ulama’ yang mengatakan bahawa terdapat dalil dalam al-Qur’an yang membenarkan hal tersebut, serta tiada dalil yang menyokong larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Meskipun telah banyak sanggahan diberikan, penulis sendiri telah beberapa kali menulis berkaitan isu ini,3 namun ianya seperti mencurah air di atas daun keladi, kerana kekeliruan yang telah menyebar luas. Dalam makalah terakhir ini penulis cuba menjawab keraguan-keraguan yang ditimbulkan dan memberikan hujah-hujah yang muktamad agar kecelaruan tidak berterusan dan kepentingan umat Islam dapat dipertahankan. Dengan penjelasan yang dapat penulis paparkan ini mudah-mudahan persoalan ini semakin jelas bagi masyarakat dan khususnya bagi orang-orang yang inginkan kebenaran berdasarkan kekuatan hujjah dan kita terpaksa berlepas tangan terhadap sebarang tindakan yang berkeras menolak kebenaran walaupun datang dengan hujjah yang nyata.


Sebelum pergi lebih jauh perlu difahami terlebih dahulu maksud persoalan di atas. Ia bukan persoalan tentang siapakah sebenarnya Tuhan seluruh manusia, termasuk orang bukan Islam, kerana jelas dari segi ontologi Tuhan bagi semua umat manusia hanya satu iaitu Allah SubÍÉnahË wa TaÑÉlÉ, tidak mungkin ada Tuhan yang lain dan berbilang-bilang. Tetapi ini bukanlah persoalan ontologi, ia adalah persoalan teologi, bahasa, epistemologi dan sejarah bangsa. Ia juga bukan berkaitan dengan orang Arab bukan Islam di negara-negara Arab kerana persoalan ini muncul dalam konteks Malaysia, dan hanya relevan dengan negara-negara bukan Arab. Maka maksud persoalan di atas adalah merujuk kepada orang bukan Islam di Malaysia, bukannya di negara-negara Arab. Perbezaan konteks ini sangat penting kerana ia juga bermakna perbezaan bahasa yang digunakan oleh bangsa yang berlainan. Dari sini sahaja dapat disimpulkan bahawa penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam di Malaysia tidak relevan kerana ia tidak ada dalam bahasa mereka, bahkan tidak mengerti pun akan maksudnya.

Perlu juga ditegaskan bahawa dengan perkataan ‘menggunakan’ di atas yang dimaksudkan adalah menggunakan nama Tuhan orang Islam bagi merujuk kepada Tuhan orang bukan Islam. Daripada perkataan ‘menggunakan’ ini maka tidak timbul isu sekadar penyebutan nama Allah oleh bukan Islam dengan maksud merujuk kepada Allah sebenar. Tidak sepatutnya timbul pernyataan ‘apa salahnya orang bukan Islam menyebut nama Allah kalau yang dimaksudkan itu benar’. Mereka boleh sahaja menyebut atau membaca nama Allah dan tiada yang dapat menghalang mereka melakukannya, tetapi yang menjadi persoalan di sini adalah penggunaan istilah yang sama atau pemberian nama yang sama bagi Tuhan yang berlainan.


Jika persoalan sebenar telah jelas difahami dengan betul maka jawaban terhadap persoalan juga tentunya akan lebih mudah ditemukan. Untuk memudahkan lagi orang awam maka persoalan di atas boleh juga diungkapkan kembali dalam bentuk yang sedikit berbeza iaitu bolehkah orang bukan Islam menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah dalam konteks Malaysia?


Terdapat kecenderungan di kalangan umat Islam, tidak terkecuali sebahagian yang digelar ulama’, untuk menyederhanakan persoalan rumit dan besar ini. Bagi sesetengah mereka perkara ini hanyalah persoalan perebutan nama dan bukan juga soal perbezaan ideologi politik. Mereka beranggapan persoalan nama tidak perlu diperbesarkan, maka umat Islam perlu berlapang dada dan membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah bagi Tuhan mereka. Ia juga dilihat sebagai peluang untuk berdakwah dan menjelaskan kepada orang bukan Islam tentang Allah. Masalah penamaan bagi mereka adalah persoalan kecil dan remeh, ia bersifat luaran dan tidak berhubungan dengan persoalan Akidah dan keyakinan umat Islam. Tanpa disedari mereka telah melakukan kesilapan besar ketika meremehkan persoalan nama Allah, kerana ia bukan sebarang nama, ia adalah nama yang paling suci. Persoalan nama dan istilah meskipun tampak sederhana tetapi tidak boleh dianggap remeh dan tidak memberi kesan kepada pandangan alam (worldview) orang Islam. Menurut Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud walaupun kelihatan masalah nama dan bahasa ini sederhana tetapi melalui bahasalah pandangan alam (worldview) sesebuah masyarakat dibentuk. Perubahan pada bahasa dengan merubah maknanya akan memberi kesan yang besar kepada perubahan pandangan alam dan seterusnya akidah dan amal ibadah orang Islam.4


Allah Sebagai Nama Khas

Berbeza dengan agama lain, Islam adalah agama tanzÊl (revealed Religion) yang murni. Ajaran Islam, yang terangkum dalam Akidah, Ibadah, Shari‘ah, dan Akhlak, adalah ajaran yang diwahyukan oleh Allah SubÍÉnahË wa TaÑÉlÉ. Al-Attas menegaskan perbezaan ini dan menjadikannya keistimewaan yang tidak terdapat dalam agama lain, termasuk Yahudi dan Nasrani yang dibentuk oleh budaya dan perubahan sosial.5 Demikian juga nama dan sifat Allah adalah perkara yang ditanzilkan dan bukan hasil proses sejarah dan budaya. Penegasan nama Allah sebagai nama khas sangat jelas dalam al-Qur’an. Dalam surah al-IkhlÉÎ ayat 1-4 Allah SubÍÉnahË wa TaÑÉlÉ berfirman yang maksudnya:
”Katakanlah: ”Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”.
Dalam mentafsirkan ayat ini Ibn Kathir dan para mufassirin yang lain mengatakan bahawa Allah adalah nama khas kepada Zat Allah (ism ‘alam li zhÉt Allah) dan ia adalah nama yang luhur (al-ism al-a‘Ðam). Oleh kerananya Ibn Kathir mengatakan: “dan tidak diberikan nama ini kepada seseorangpun dalam bentuk pengesahan kecuali kepada Allah Ñazza wajalla kerana hanya Dia-lah yang sempurna dalam sifat dan perbuatan”. Ibn Kathir juga menegaskan bahawa ayat tersebut turun untuk menyanggah dakwaan orang Yahudi, Nasrani, dan Kafir Quraysh yang telah menyekutukan Allah.6

Sebagai orang yang beriman dan mengucapkan dua kalimah Shahadah, jelas bahawa nama Allah yang disebutkan dalam kalimah Tawhid (lÉ ilÉha illa’LlÉh) bukan nama am, kerana itu Allah tidak wajar dialih bahasakan menjadi Tuhan (God), dengan huruf ‘t’ besar, atau tuhan, dengan huruf ‘t’ kecil (God atau god dalam bahasa Inggris). Jika Allah adalah nama am, yang boleh diberikan kepada tuhan dalam agama lain, maka tidak ada maknanya kalimah Tawhid: lÉ ilÉha illa AllÉh (Tiada Tuhan melainkan Allah) kerana ia akan menjadi ‘tiada tuhan melainkan Tuhan’ dan kalimat ini tidak memberi apa-apa makna yang penting. 

Sememangnya terdapat orang Islam yang menterjemahkan lÉ ilÉha illa AllÉh sebagai tiada tuhan melainkan Tuhan dengan membezakan antara T besar dengan t kecil pada kalimat Tuhan, dan ini boleh dianggap kesan daripada faham pluralisme agama yang bercanggah dengan faham Tawhid, dan juga memberi ruang kepada relativisme dalam masalah akidah. Pandangan ini dapat disanggah dengan logik yang mudah. Seorang warga Amerika yang waras tidak mungkin akan berkata: “tiada presiden melainkan Presiden” sebaliknya jika ia sangat sayangkan presidennya sekalipun ia akan berkata: “tiada presiden melainkan Presiden Obama”. Jika T besar bermakna Tuhan Sebenar maka tidak wajar nama sebenar tidak digunakan, kecualilah Tuhan sebenar ini tidak memiliki nama, dan hal ini tidak mungkin berlaku. Maka jelas adanya usaha untuk menutupi perkara yang benar dan ini bermakna adanya keinginan untuk menyembunyikan kebenaran demi menzahirkan toleransi dan pluralisme.

Hakikat bahawa nama Allah adalah nama khas (proper name) telah disepakati oleh para ulama terdahulu. Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam al-TafsÊr al-KabÊr mengatakan:

“Yang terpilih bagi kami bahawa lafaz ini (Allah) adalah nama khas (ism ‘alam) bagi Allah Ta’ala dan ia bukanlah perkataan yang dapat dipecahkan (mushtaq)7 sama sekali. Ini adalah pandangan al-Khalil (seorang yang paling berautoriti dalam hal bahasa) dan Sibawayh, dan pandangan majoriti ulama’ usul dan Fuqaha”.

Ibn ‘Ashur dalam TafsÊr al-TaÍrÊr wa al-TanwÊr juga menegaskan bahawa nama Allah adalah nama khas.9 Hal yang sama juga dinyatakan oleh Ibn Manzur dalam Kamusnya LisÉn al-‘Arab.10 Menarik untuk dicermati bahawa Fakhr al-Razi mengatakan antara yang menunjukkan bahawa nama Allah adalah nama khas yang tidak boleh diganti dengan nama lain ialah hakikat bahawa kalimat Shahadah yang menyebabkan seseorang berpindah daripada kekufuran kepada Islam adalah dengan mengucapkan lÉ ilÉha illa AllÉh, jika dia mengucapkan perkataan lain daripada itu seperti lÉ ilÉha illa al-RaÍmÉn, maka Shahadahnya tidak diterima dan dia tidak dianggap sebagai Muslim.

Setiap nama pada umumnya mengandungi makna, nilai dan konsep yang terkandung bersamanya. Kerana itu persoalan nama ini tidak boleh dipandang ringan. Ketika nama telah melekat dengan penama, dan menjadi nama khas, makna dan nilai yang terkandung dalam nama tersebut menjadi hak milik penama. Sebagai contoh nama Abu Hamid al-Ghazali adalah nama khas bagi seorang tokoh ilmuwan Islam yang ulung iaitu Imam al-Ghazali, ketika orang lain menulis sebuah karya dan meletakkan nama Abu Hamid al-Ghazali di atasnya maka ia adalah satu penipuan dan boleh dianggap suatu jenayah. Pertama ia akan memburukkan dan merosakkan nama Imam al-Ghazali, kerana karyanya itu tentu tidak sejajar dengan kebesaran Imam al-Ghazali. Kedua orang yang mendakwa dirinya al-Ghazali ini akan mendapat penghormatan atau ganjaran yang tidak wajar daripada orang yang jahil atau tidak tahu tentang siapa al-Ghazali sebenarnya, baik di kalangan orang besar mahupun rakyat biasa.12 Atas kesedaran pentingnya nama sebagai identiti dan wujudnya makna, nilai, atau konsep yang terkandung di dalamnya inilah maka manusia pada hari ini telah memperkenalkan konsep kad pengenalan dan hak cipta dan trademark. Dari sini jelaslah bahawa nama tidak boleh ditukar ganti dan berpindah dari satu penama ke penama yang lain.
Kedatangan Al-Qur’an, sebagaimana ditegaskan oleh al-Attas, telah merubah bahasa Arab. Ia juga mengangkatnya ke tahap yang lebih tinggi sehingga tidak tertandingi oleh bahasa lain.13 Dengan perubahan ini maka timbullah yang disebut kosa-kata Islam (Islamic vocabulary). Hal yang sama berlaku kepada bahasa Melayu. Dalam konteks nama Allah ini, jika perkataan Allah telah wujud sebelum masyarakat Arab mengenal Islam dan perkataan itu diberikan makna baru (diislamisasikan), maka dalam masyarakat Melayu perkataan itu tidak wujud sebelum mereka mengenal Islam dan ketika perkataan itu masuk dalam perbendaharaan bahasa Melayu ia adalah perkataan yang telah diislamisasikan sejak semula.

Maka dengan kemasukan perkataan baru yang telah diislamisasikan ini, perkatakan Allah telah menjadi salah satu kosa-kata Melayu-Islam. Sebagaimana kosa-kata lain ia mestilah digunakan sesuai dengan makna yang diinginkan oleh orang Melayu-Islam dan terakam dalam kamus-kamus bahasa Melayu. Maka sesiapapun yang ingin menggunakan kosa-kata tersebut hendaklah menggunakannya sesuai maksudnya yang benar, dan tidak boleh menggunakannya mengikut makna yang lain.14 Dalam hal ini tidak timbul pertikaian ketika menyentuh perkataan yang tidak berkaitan dengan agama, contohnya maksud perkataan kereta bagi orang Melayu berbeza bagi orang Indonesia, yang bagi orang Indonesia membawa maksud kereta api. Dalam penulisan di negara ini, orang Indonesia mestilah menghormati perbezaan ini dan tunduk kepada penggunaannya di Malaysia. Tidak ada alasan bagi mereka untuk berkeras menggunakannya mengikut kefahaman mereka, ini penting bagi mengelakkan salah faham sehingga kadang-kadang boleh menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan.

SUMBER

Saturday, March 23, 2013

Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah ( 1876 - 1909 )




Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Thmaniah Terakhir) dan Bagaimana
Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah

( 1876 - 1909 )


Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang
tidak akan dilupakan oleh sejarah.
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di
Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut
bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota
Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil
rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.


“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap
keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid
tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu.
Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul
Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan
Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan
menahan marah.


Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang
bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi
di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan
pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan
Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif
mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.


Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di
Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan
Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk
menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita
hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu.
Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha
menyambung katanya.


Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang
seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim
membawa adik beradiknya ke dalam bilik.


“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku
bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan
aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta
pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh
rombongan itu dibantah.


Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.
Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul
Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam
itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,
dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir
umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.


Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan
sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu
Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq
r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan
pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.


“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh
kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.


Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan.
Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke
Salonika di Greece penuh misteri.


“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian
itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat
baginda.

Tuesday, February 19, 2013

SAYA AKAN PERTAHANKAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT





Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di sebuah masjid di Taiping, Perak baru-baru ini sekali lagi menegaskan beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.
Berikut adalah kenyataan beliau seperti dipetik daripada blog http://pi5au.blogspot.com dalam entri bertarikh 16 Februari lalu:
''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa.
''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka?
''Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. Saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk al-Quran pada ketika itu. Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah... Allah yang selama-lamanya 'qulhu Allahu ahad'.
''Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah diletak kepada 'god', maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia.
''Atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan."