Showing posts with label Br1m. Show all posts
Showing posts with label Br1m. Show all posts

Friday, March 10, 2017

KERAJAAN LEPASKAN PENCURI WANG RAKYAT



Bukan main marah lagi mereka yang tak dapat BR1M baru baru ini. Sehinggakan bermacam-macam caci maki kepada LHDN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sampai ada orang UMNO/BN mengugut akan keluar parti dan tidak mengundi BN pada pilihanraya akan datang. 

Namun, pendedahan Menteri Kewangan II, Datuk Datuk Johari Abdul Ghani amat mengejutkan. Di kalangan mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini mempunyai pendapatan sehingga RM10k ke atas sebulan. Bukan seorang dua, berbelas ribu orang. Bahkan yang mempunyai pendapatan RM12k pun meminta wang BR1M.

Data yang bakal di tunjukkan menunjukkan betapa manusia ini rakus mengambil harta yang tak layak mereka ambil - pendek kata, duit haram.

Mereka berpendapatan/gaji lebih dari RM5000 yang apply BR1M lebih dari 260 ribu orang. Yang berpendapatan/ gaji RM6000 ke RM8000 yang apply BR1M lebih kurang dekat 40ribu ke 50 ribu orang. Pendapatan/Gaji RM10k dan keatas yang apply BR1M pun berbelas ribu orang.

Bayangkan berapa banyak duit rakyat telah "dicuri" oleh golongan yang tak layak langsung terima. Mereka sedar tak mereka ambil duit secara salah ? Inilah sikap manusia. Tak pernah cukup apa yang ada. 

Namun kerajaan tetap bertolak ansur dengan mereka dan mereka semua ini akan tetap mendapat wang yang tak layak mereka terima. Bersyukurlah kerana kerajaan masih ada sikap timbang rasa yang keterlaluan. Nasib baik kerajaan baik hati juga, kalau tak duit jadi duit haram.

Yang tak layak tu sedar diri sedikit !

BACA APA KATA MENTERI KEWANGAN II 


Seramai 705,562 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lalu yang gagal menerima bantuan tersebut tahun ini, akan me­nerima bayaran BR1M secara berperingkat pada ming­gu depan.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, mereka diberi tempoh selama tiga bulan untuk  mengemukakan dokumen seper­ti penya­ta gaji, penyata bank atau penyata akaun simpanan sebelum pembayaran kedua dilakukan pada Jun ini.
Beliau berkata, kegagalan pemohon BR1M mengemukakan dokumen tersebut dalam tempoh tiga bulan boleh menyebabkan pembayaran kedua bantuan itu pada Jun ini tergantung.

“Kita mahu tegaskan bukan pasal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mereka tak dapat (BR1M), cuma kita mahu memastikan penerima BR1M mengemukakan dokumen lengkap bagi membuktikan mereka berpendapatan RM4,000 ke bawah.

“Jadi, kerajaan akan bagi dahulu BR1M kepada semua pene­rima pada tahun lalu bermula minggu depan, tetapi dalam tempoh tiga bulan mereka perlu sertakan maklumat sokongan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, untuk permohonan baharu yang tidak pernah menerima BR1M sebelum ini, mereka perlu memenuhi syarat serta menyertakan dokumen yang lengkap.

Beliau berkata, kerajaan akan melakukan semakan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Akauntan Negara bagi memastikan pembayaran BR1M dilakukan secara adil kepada isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.



Thursday, March 9, 2017

NENEK TAK DAPAT BR1M, CUCU 5 TAHUN TERPAKSA BEKERJA

Disaat anak-anak kita sedang nyenyak tidur ditilam empuk setiap hari, dia sudah bangun menyiapkan sarapan untuk nenek dan moyangnya. Dia bukan seorang ibu kesibukan setiap pagi, atau anak dara yang suka melaram 24 jam, dia seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun. 




CHINA 8 MAC - Wang Anna, 5, tinggal bersendirian di sebuah pergunungan di Zunyi bersama nenek serta moyangnya, 92. Dan ya, kedua-dua mereka sedang mengalami sakit tua.

Seorang wartawan melawat kanak-kanak kecil itu dan berjaya mengupas kisah menyentuh hati Anna dan keluarganya.

Ketika Anna berusia tiga bulan dalam kandungan, bapanya telah dipenjara, menyebabkan ibunya terpaksa tinggal bersama mertua.

Bagaimanapun, ibu Anna berkahwin semula (dengan lelaki lain) selepas melahirkan Anna, seterusnya meninggalkan Anna bersama warga emas itu. Kini, Anna menggalas tanggungjawab ketua keluarga; termasuk memasak, mencuci dan menjaga nenek serta moyangnya.

Menjaga nenek dan moyang bukan tugas yang mudah. Anna bangun di awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk keduanya.

Anna terpaksa berdiri di atas bangku untuk menggunakan dapur api dan memasak sayur yang diperoleh dari kebun jiran.

Nenek dan moyang Anna mempunyai pelbagai penyakit dan kedua-duanya mengalami kesukaran untuk bergerak dan menghabiskan masa banyak di katil.

Menggalas tanggungjawab besar itu, Anna langsung tidak mengeluh dan cuba sedaya upaya untuk memapah kedua-duanya itu ke tandas atau berjalan-jalan di sekitar rumah.

Anna juga melakukan kerja rumah seorang diri - dari menyapu habuk hingga membersihkan sampah.

Kisah 'cinta tiga segi' keluarga Anna itu telah menyebabkan jiran tersentuh hati.

Mereka membenarkan Anna pergi ke ladang mereka untuk mengambil sayuran segar.

Anna memberitahu wartawan sambil tersenyum bahawa dia mahu menjaga keluarganya itu setiap hari dan mengharapkan mereka dalam keadaan sihat selalu.

Sewajarnya kisah  ini memberi pengajaran kepada warga belia kita. 




Sunday, April 7, 2013

BR1M ....VROOMM....VROOMM...!!! RM1200


Penambahan nilai insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dalam masa lima tahun menjadi tarikan utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Manifesto tersebut menawarkan pelbagai insentif kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pelajar sekolah dan universiti, penjawat awam, kaum wanita serta warga bandar dan luar bandar.

Selain BR1M, pemberian insentif Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ditingkatkan kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
Dasar Automotif Nasional juga akan disemak semula bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

''Para penjawat awam bakal menikmati Skim Gaji Transformatif yang antaranya bertujuan menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum.

'Penambahbaikan kaunter perkhidmatan akan dilaksanakan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan hadapan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan dalam talian untuk urusan pembayaran dan permohonan,'' jelas manifesto itu.

Dalam manifestonya, BN turut berjanji akan menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan di peringkat nasional, mewujudkan lebih banyak insentif untuk wanita yang bekerja dari rumah khususnya ibu tunggal dan membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) manakala sektor swasta digalak melaksanakan langkah serupa.

Manifesto BN menyatakan, sebanyak 1 juta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina oleh sektor awam dan swasta serta yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000 bakal dimansuhkan.

Antara janji BN kepada masyarakat luar bandar adalah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,300 kilometer dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudong, Sabah; menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai ke Kota Bharu, Kelantan dan dari Gambang, Pahang ke Segamat, Johor serta membina Lebuh Raya Pantai Barat yang baharu dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak.
Manifesto BN turut menjanjikan pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat dan penyelesaian masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Bagi warga bandar, BN berjanji akan memulihkan semula rumah kos rendah dan rumah pangsa, menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja dan menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar serta penempatan.

Berhubung aspek memerangi rasuah, BN berjanji akan menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke peringkat yang lebih tinggi serta menubuhkan mahkamah sesyen khas rasuah dan mahkamah tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

Sunday, March 24, 2013

Nurul Izzah Hits Out At Police Again


KEMANA tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!!! (Like Father Like Son) That is the saying by Malays to describe the similarities in character between father and his child. For example, if the father is a liar, robber, gangster, sodomite, adulterer etc. (not pointing to anyone), some of that might just be ‘inherited’ to his child.
izzah-mug-shot
And such saying has proven to be right if we are to compare similarities between Anwar and his beloved daughter.
This is because, those two, often like to violate the rights and freedom of speech which is given to them by being rude and insulting.
As one of the Vice President to the ‘Family Members Party’ which is known as PKR, Nurul Izzah once again showed how rude she is in one of her recent ceramah.
Giving her ceramah at Kampung Jemapoh, Kuala Pilah on March 20,Nurul Izzah made a statement saying that the police in this country do not have anything better to do other than spying leaders of the opposition coalition.
Or in other words, she says that the armed intrusion led by Kiram in Sabah was caused by carelessness of police for being too busy spying Anwar’s whereabouts that they failed to guard our waters.
The opposition, PKR especially, kept on trying to grab rakyat’s attention instead of focusing on the bloody tragedy which has taken the life of 10 national heroes.
Drama, conspiracy, the death of security officers were not of martyrdom and dozens of other stupid statements were made, all to insult and ruin the integrity of the force.
However, as she realize that she had made a mistake, she denied the statement, saying that it was twisted by the media. Fact is, all those who attended the ceramah, heard everything she said.
It seems that she is used to LYING. For example, obviously mane still remember the statement made by the Lembah Pantai MP once back when she wanted Malaysians to be given freedom in religion, including Muslim Malays.
When it receives negative response from majority rakyat, she then blamed the media and UMNO which she claim, tried to accuse her. But if we are too look at the statement, it is proven that Nurul Izzah’s statement supports the idea of Pluralism (equality in religion).
This is why she is just as same as her father who often blame the media which only write news report based on the ’5W-1H’ journalism concept (who, what, where, when, where and how).
However, whenever news that are published do not go the way they want to, the term sue will be used as one of the methods to threaten media personnel.
Their strategy is easy, scare those reporters so that they would not make any reports. With that, the opposition’s approach towards fooling the society with their accusation issue can still go on in their series of ceramah.
Conclusion is, if no news reports are published, Anwar and his goons can easily say, Umno/BN violated freedom of media by not making any coverage for opposition’s programs.
But at the same time, whenever reporters try to seek the truth, they are threatened with legal actions.
The opposition’s definition of ‘Freedom of Media’ sure is weird. Hopefully Malaysian can judge the bad agenda set by them.
You Repeat, I Sue!!!