Thursday, February 20, 2020

TOMMY SRBENARNYA BANTU BN MENANG

BN PERLUKAN TOMMY UNTUK MENANG

BN sangat-sangat memerlukan kebodohan yang di miliki oleh AG Pakatan Harapan ini.

Selama mana dia berada di kerusi AG, selama itulah pengaruh BN akan semakin berkembang di kalangan orang Melayu.

Kebodohan dia berbahasa Melayu di mahkamah merupakan satu kelebihan besar di pihak BN dan DS Najib.

Selama mana PH mengekalkan dia di kerusi AG, BN boleh mengambil kesempatan diatas kebodohan nya itu.

Kerana kebodohan dia jugalah Statut Rom gagal dilaksanakan di Malaysia. Seharusnya BN berterima kasih kepada PH kerana melantik orang sebodoh ini di kerusi AG.

Dia juga meneruskan kecemerlangan kebodohannya apabila gagal mendakwa pembunuh Mohammad Adib sehingga sekarang. Ini menyebabkan orang Melayu mula marah dan menyebabkan PH tumbang di lima PRK dengan rekod TKO 15k di Tanjung Piai.

Banyak lagi kalau nak tulis jasa AG kepada BN, tapi cukuplah itu dulu buat masa ni. Nanti kalau ada ilham lagi, Pak Su sambung tulis....

Mak Su dah panggil minum petang. Assalamualaikum

Terima Kasih AG.

PH SEMAKIN TERTEKAN : MASIH GAGAL KALAHKAN NAJIB

KENAPA TOMMY MENGELETAR KETAKUTAN?

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak mendakwa pasukan pendakwaan membuat “pusingan U” dalam pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Najib didakwa mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pertuduhan hari ini berbeza dengan kenyataan dilaporkan sebelum ini yang Najib didakwa meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB selepas ia siap.

Beliau berkata, sekiranya anak guamnya mengarahkan laporan itu dipinda, ia bermakna laporan itu sudah siap dan sedia dibentangkan kepada PAC

Ini kerana, katanya, pindaan hanya boleh dilakukan terhadap laporan akhir yang sudah siap, bukannya dalam proses draf.

“Pihak pendakwa raya sekarang berkata Najib tidak lakukan perkara itu, tetapi membuat beberapa arahan semasa laporan itu masih di peringkat draf.

“Bekas ketua audit negara yang menyediakan laporan itu sebelum ini berkata, tiada siapa yang arah beliau buat pindaan itu.

“Nampaknya, pendakwa raya membuat pusingan U dalam pertuduhan terhadap Najib dan kini kata beliau hanya membuat pindaan ke atas laporan draf itu,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini

HOTEL-HOTEL YANG DI JUAL TAK PERNAH RUGI



PH kata hotel-hotel Tabung Haji dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan.

Tetapi semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel-hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN.

Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih, syarikat utama TH Hotel & Residence Sdn Bhd mengalami kerugian RM5 juta akibat Hotel TH Kuching telah siap tetapi tidak dibenarkan untuk bermula operasi.

Pada tahun 2017, syarikat TH Hotel mengumumkan keuntungan sebanyak RM103 juta - mungkin kerana bangunan-bangunan TH Hotel dinilai semula setelah 10 tahun.

(Itu satu kelebihan industri perhotelan kerana hartanah akan meningkat nilai setiap tahun. Hampir semua hotel-hotel TH dekat dengan airport. Tak naik nilai setiap tahun ke?)

Tabung Haji cuma ada 6 buah hotel sahaja, iaitu:

1. TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

2. TH Hotel Kota Kinabalu
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

3. TH Hotel Penang
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

4. TH Hotel & Convention Centre Terengganu
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

5. TH Hotel & Convention Centre Kuching
(Sudah siap sejak tahun 2018 tetapi tidak dibenarkan untuk memulakan operasi tanpa apa-apa sebab. Kalau tak dibenarkan untuk buka, bagaimana akan ada pulangan?)

6. TH Hotel Kelana Jaya
(Posting Mujahid yang berkongsi tulisan blogger bahawa hotel ini juga telah diluluskan untuk dijual)

Nampaknya selepas ini, jenama "TH Hotel" akan pupus dan menjadi nota sejarah.

Nak tanya PH, mana kerugian teruk TH Hotel sehingga semua hotel-hotel mereka terpaksa dijual?