Thursday, June 28, 2018

UMNO PARTI TERBERSIH DI DUNIA PADA ERA PM YANG KE EMPAT



Ramai benar yang mempersoalkan kekayaan luar biasa anak Perdana Menteri keempat dari parti UMNO. Ini merupakan satu cubaan fitnah untuk mengaitkan pentadbiran kerajaan pada era PM ke empat dengan kekayaan anak-anaknya. 

UMNO pada zaman Perdana Menteri keempat merupakan UMNO paling bersih. Tak ada politik wang dan tiada rasuah. Pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu terbersih lagi suci dan menyucikan.

Kebanyakkan projek-projek kerajaan diserahkan kepada mereka yang layak, tidak seinci pun projek kerajaan dapat kepada anak Perdana Menteri yang keempat.

Kekayaan mereka ...anak-anak PM keempat adalah hasil usaha mereka yang bersungguh-sungguh dan menabung sejak kecil serta tidak kenal penat, berkerja siang, malam, pagi, petang, subuh, senja....sehinggalah mereka berjaya dengan jayanya.

Tidak pernah pun mereka minta tolong PM untuk dapatkan projek. Mereka memang dilahirkan untuk berjaya sebagai jutawan Bilionare.

TIDAK ADA SEBAB GRAB DIMANSUHKAN



Kerajaan tidak hentikan perkhidmatan e-hailing

Kabinet hari ini bersetuju untuk tidak menghentikan perkhidmatan e-hailing sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu bagi perkhidmatan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peraturan tersebut telah dipinda oleh kerajaan sebelum ini dan kini kementerian akan melihat se­mula perkara itu untuk dilaksa­nakan dengan adil seiring dengan perkhidmatan teksi di negara ini.


Menurutnya, e-hailing tidak dapat diharamkan perkhidmatannya kerana ia telah menjadi trend perkhidmatan di negara-negara antarabangsa.

“Jadi dengan pengumuman ini diharap pemandu teksi dapat bersabar kerana awal Julai ini kementerian akan mengumumkan peraturan-peraturan untuk pemandu e-hailing dan juga pemandu teksi.

“Sekarang kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti beberapa perkara bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diharap pengumuman itu akan memuaskan hati semua pihak berkaitan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Shaharuddin Khalid.

Dalam perkembangan lain, menurut Anthony, sistem bidaan tender atas talian (e-bidding) untuk nombor pendaftaran kenderaan Malaysia akan ditangguhkan ke 1 Ogos hingga 16 Ogos daripada peranca­ngan asal 2 Julai hingga 16 Julai.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguji sistem tersebut selain memastikan tiada isu teknikal apabila ia dilaksanakan.

Menurutnya, sistem yang julung kali diperkenalkan itu dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan yang menawarkan secara percuma kepada kerajaan dan ia dilaksanakan secara tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Menerusi pengenalan sistem e-bidding itu, ia secara langsung akan menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk menyumbang kepada hasil negara dan jika memperlihatkan impak memberangsangkan kita akan teruskan pada masa depan.

“Lebih penting ia lebih praktik untuk orang ramai membida nombor plat pilihan tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anthony memberitahu beliau telah mengarahkan JPJ mengkaji ke­perluan sijil nyah pendaftaran untuk kenderaan-kenderaan lama atau yang tidak terpakai khusus­nya di kawasan perumahan.

Beliau berkata, pada masa ini tiada lagi undang-undang atau peraturan berkaitan kenderaan terbiar walaupun ia banyak mendatangkan keburukan kepada penduduk, justeru satu kajian perlu dilakukan.

“Peraturan ini akan terletak dibawah pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama di kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.



Tuesday, June 26, 2018

BAHASA KEBANGSAAN BUKAN BAHASA IBUNDA GUAN ENG





Guan Eng tetap guna bahasa Mandarin

Ke­nyataan Menteri Kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris apabila perlu walaupun dikritik pelbagai pihak.

Lim Guan Eng mendakwa, mereka yang membuat kenya­taan itu bersikap rasis dan beliau tidak akan tunduk kepada desakan tersebut.

“Kenyataan Menteri Kewa­ngan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris.

“Malaysia baharu merupakan sebuah negara yang inklusif, saling menghormati dan pelbagai. Pada saat kita memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita juga perlu menguasai bahasa lain bagi meningkatkan kebolehsaingan kita,” katanya menerusi kenyataan dalam bahasa Mandarin di Facebook beliau semalam.

Guan Eng berkata, menurut Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan tiada mana-mana orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain.

“Atas semangat perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenyataan media yang di­terjemahkan ke dalam bahasa Cina dan bahasa lain?

“Penggunaan bahasa ber­kenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan lebih daripada satu bahasa tidak bermakna kecintaan beliau kepada negara ini akan terhakis.

Sementara itu, Guan Eng dalam kenyataannya hari ini yang lebih lembut selepas dikritik pelbagai pihak berkata, Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ia dibuktikan menerusi laman web rasmi kementerian itu.

Menurutnya, kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diter­jemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada keperluan.

“Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau sekali-sekala dalam bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Mandarin.

“Jika adapun, terjemahan ke dalam bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal. Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial,” katanya.

WARTAWAN SERBU RUMAH NAJIB



Kira-kira 30 petugas media dari pelbagai agensi berkumpul berhampiran kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini hari ini.

Kesemua mereka mula berkumpul kira-kira pukul 5 petang.


Utusan Malaysia difahamkan, mereka berkumpul susulan dakwaan pihak polis akan melakukan tangkapan di kediaman itu.

Bagaimanapun sehingga pukul 10 malam ini tiada tanda-tanda pihak polis akan muncul.

Hanya kenderaan Vellfire berwarna putih milik Najib diikuti sebuah kereta Mercedes kelihatan memasuki kediaman tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Keadaan di Jalan Langgak Duta juga tenang dan sebuah pos pengawal yang menempatkan tiga anggota polis masih beroperasi mengawal laluan masuk ke rumah bekas Presiden UMNO itu. - UTUSAN ONLINE


APA KAITAN 1MDB DENGAN DATIN SERI ROSMAH



Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempunyai sebarang kaitan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali gus menafikan dakwaan dalam Wall Street Journal (WSJ).


Dua peguam yang mewakili Rosmah, Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent berkata, anak guamnya itu tidak mempunyai sebarang kaitan mahupun peranan secara langsung dengan operasi harian 1MDB.


Katanya, Rosmah yang juga penaung Permata Negara tidak mempunyai kaitan dalam pengurusan kewangan 1MDB atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma itu.

“Kami telah meneliti perkara-perkara yang dilaporkan dalam WSJ, yang memetik sumber mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah merupakan individu utama dalam dakwaan penyelewengan kewangan 1MDB,” kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laporan terbaru WSJ memetik sumber-sumbernya menggambarkan Rosmah sebagai kuasa sebenar di belakang pentadbiran Najib dahulu. - UTUSAN ONLINE



Sunday, June 17, 2018

SAYANGILAH TUN MAHATHIR



JANGAN MEMBENCI TUN MAHATHIR

Saat ramai orang Melayu  membenci individu yang bernama Mahathir Mohamad, saya tidak akan berbuat demikian.... Bagi saya kebencian satu sifat individu yang lemah jiwa.

Kita tidak perlu menyimpan perasaan benci yang melampau kepada individu yang membawa PERPECAHAN kepada umat Islam, dia telah menjalankan  tugasnya dengan jayanya. Ucapkan tahniah kepada BAPA PERPECAHAN MELAYU.

Perjuangan menentang kebatilan perlu diteruskan dengan penuh insaf, sedar dan tanggungjawab kerana kebencian, dendam dan marah akan menghalang kita dari berfikir dan melihat jalan kebenaran.

Benarlah virus fitnah dan kebencian telah meresap ke dalam "zombie-zombie" moden sehingga mereka tidak mampu lagi berfikir dengan waras. Janganlah kita pula berjangkit dengan virus kebencian yang melampau sehingga mengelapkan hati dan minda kita.

Sabar dan bertenang...insya Allah ada jalannya.
.

LIM GUAN ENG FITNAH PM KESAYANGAN SAYA




LIM GUAN ENG FITNAH PM KESAYANGAN SAYA

Sejak bila Lim Kit Siang, Lim Guan Eng tak fitnah Perdana Menteri kesayangan saya, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad dan UMNO , saya pertahankan dia atas dasar mempertahankan institusi UMNO yang mempertahankan Islam dan bangsa Melayu.

Sejak Bila pula Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tak fitnah Perdana Menteri kebanggaan saya  Dato Seri Muhammad Najib Tun Razak dan UMNO.  Saya pertahankan atas dasar mempartahankan institusi UMNO yang mempertahankan Islam, bangsa dan Raja-Raja Melayu.

1- Adakah fitnah dan permusuhan mereka terhadap Islam dan Melayu padam macam itu sahaja?

 2- Bukankah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang menfitnah Dato Seri Dr. Mahathir Perdana Menteri ke empat adalah ORANG YANG SAMA menfitnah Dato Seri MUHAMMAD Najib Tun Razak Perdana Menteri ke enam ?

3- Bolehkah kita angkat penfitnah sebagai pemimpin ?

Tuesday, June 12, 2018

LEMAH UMNO MALAPETAKA KEPADA KITA SEMUA - MAHATHIR



UMNO BUKAN SEBARANG PARTI

Ahli UMNO mestilah bersedia untuk berkorban kepentingan diri sedikit supaya mendapat nikmat yang banyak. Tanyalah kepada diri sendiri apakah benar kita tidak mendapat apa-apa nikmat sama sekali kerana kita bukan Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian, menjadi ahli MT, menjadi calon dan Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Jawapannya ialah kita semua dapat. Oleh itu berhentilah daripada berebut-rebut dan jayakanlah parti. Jangan sekali-kali sabotaj calon kerana ia bermakna sabotaj parti. Orang yang sabotaj parti tidak harus ada dalam parti. Musuh dalam selimut lebih bahaya daripada yang bermusuh secara terbuka. Jangan mengkhianati parti dan bangsa sendiri.

Sesungguhnya musuh UMNO tidak kuat. Mereka tidak mungkin mengalahkan UMNO. Tetapi UMNO boleh mengalahkan UMNO. Saya tidak perlu hurai perkara ini. Kita semua tahu. Parti lawan tidak menang. Hanya UMNO yang kalah.

Sesungguhnya UMNO tidak mungkin kalah jika kesetiaan kita kepada parti, pada bangsa dan agama tidak dilunturkan kerana kepentingan diri. Tidak ada parti politik di mana-mana yang lebih berjaya memulihkan maruah sesuatu bangsa, seperti UMNO. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa Melayu sekarang dianggap sebagai bangsa yang begitu berjaya sehingga menjadi contoh kepada ramai bangsa-bangsa lain di dunia. Jasa UMNO kepada orang Melayu, Bumiputera lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar. Janganlah kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita.

Jika boleh saya ulangi, perjuangan kita, UMNO dan orang Melayu dan Bumiputera lain belum selesai. Banyak lagi yang perlu dibuat oleh kita. Hanya untuk mengekalkan kemerdekaan kita, kebebasan kita, memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Apatah lagi jika kita ingin memulih maruah bangsa dengan sepenuhnya dengan menjadi bangsa yang maju dalam sebuah negara maju.

UMNO, saya ulangi bukan sebarang parti. UMNO adalah teras dan tunjang kepada parti yang memerintah negara tercinta ini. Kuat UMNO kuatlah Barisan Nasional, kuatlah Kerajaan Malaysia, kuatlah Malaysia. Lemah UMNO akan mengundang malapetaka kepada kita semua.

Ini adalah kali terakhir yang dapat saya sampaikan ucapan perasmian dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saya pohon maaf jika saya mengambil masa yang panjang untuk menyampaikan ucapan ini. Saya hanya ingin menyumbang kepada parti yang telah memberi peluang yang banyak bagi saya merealisasikan segala idea yang ada pada saya bagi pemulihan maruah bangsa saya, memajukan sedikit bangsa saya dan negara saya. Sama ada saya berjaya atau tidak bukan untuk saya menilaikannya. Rakyat dan sejarah yang akan menghukum dan menilai baik atau buruk khidmat yang telah saya berikan.

Saya amat menghargai sokongan UMNO, orang Melayu dan Bumiputera dan rakyat Malaysia yang lain dan saya bersyukur dan berterima kasih kerananya. Saya juga pohon ampun dan maaf terhadap segala kesilapan dan kesalahan saya sepanjang saya berkhidmat dalam parti yang bertuah ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang telah memberkati hamba-Nya yang kerdil ini. Saya berdoa kepada-Nya supaya memelihara bangsa hamba-Nya ini daripada sifat-sifat yang keji dan menjadikan mereka bangsa yang mulia dan berjaya, yang mematuhi segala ajaran agama suci Engkau, ajaran yang menyuruh berusaha bersungguh-sungguh memelihara dan memajukan bangsa ini untuk dijadikan contoh sebagai umat Islam yang tunduk kepada segala perintah Engkau Ya Allah. Amin

Dengan doa ini, saya dengan hati yang berat tetapi gembira, merasmikan Perhimpunan Agung UMNO yang ke 54 ini.

DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG KE 54
DEWAN MERDEKA PWTC, KUALA LUMPUR
19-06-2003

SUMBER : http://www.pmo.gov.my/ucapan/index.php?qt=umno%20&m=p&p=all&id=757

PENFITNAH BELUM MASUK KUBUR SUDAH "KEPANASAN"



Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya.

Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.

Berbeza dengan Perdana Menteri ke-4, anak saya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta Ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.

Najib Razak

PARA MUNAFIK BUNTU UNTUK MENCIPTA BUKTI

Tiada bukti kukuh untuk dakwa saya – Najib



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam status terbaharu menerusi Facebook, Najib me­ngu­langi pendirian beliau tidak mene­rima faedah mahupun mencuri wang daripada 1MDB atau mana-mana pihak.


“Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam akaun media sosial itu, hari ini.

Menurutnya, di sebalik me­yakinkan rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kononnya beliau mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berkata tanpa bukti kukuh, tindakan menahan atau mendakwanya di mahkamah adalah tidak mudah.

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mah­kamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh PH selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Dengan berkata demikian, Dr. Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan terhadap saya tanpa bukti kukuh,” katanya.

Tambah Najib, hal itu juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disedia­kan untuk mendakwa­nya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian daripada konspirasi menggunakan individu tertentu dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan beliau.

“Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

“Hanya sekarang mereka mahu me­lakukan justifikasi ke­pa­da tuduhan me­reka dengan mencari bukti sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka,” kata Najib.

Najib juga menyatakan, berbeza dengan Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir), anak beliau tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Sementara itu Najib berkata, jemaah haji yang dibiayai oleh 1MDB tidak perlu bimbang ke­rana dana digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam kelima itu adalah daripada sumber yang halal.

Kata Najib, beliau akan menanggung dosa yang besar jika sumber pembiayaan itu adalah sebaliknya.

Beliau berkata, adalah silap apabila Perdana Menteri mendakwa wang yang digunakan oleh 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji merupakan hasil curi.


Monday, June 11, 2018

KADIR vs ANWAR


Kadir Jasin balas kritikan Anwar


Tindakan Ketua Media dan Komunikasi bagi Jawatankuasa Peralihan Maj­lis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin mendedahkan perbe­lanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V dalam tempoh enam bulan telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan pelbagai pihak.


Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar.


Walau bagaimanapun, A. Kadir membalas kritikan Anwar tersebut menerusi laman blog beliau, kadirjasin.blogspot.com.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Saya mulakan catatan ringkas awal pagi ini dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat saya, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berasa layak mengulas tulisan saya.

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Anwar ‘mengkritik’ saya kerana menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikaikan.

Beliau berkata, bukan sahaja kata-kata saya boleh dipertikaikan, tetapi raja-raja tidak boleh menjawab kata-kata menghina itu.

“Kita menghormati hak semua orang untuk menyatakan pandangan, tetapi mereka perlu menunjukkan rasa hormat dan dibuat secara tertib,” kata Anwar dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil-wakil rakyat PKR di Hotel One World, Petaling Jaya, malam tadi.

Saya serahkan ke­­­­pada para pembaca dan pembahas meng­adili saya berdasarkan ‘kritikan’ Anwar itu dengan membaca balik dan memahami hujah saya me­ngenai hal berkenaan.

Rencana pertama saya dalam bahasa Melayu bertajuk Masukkan Institusi Raja Dalam Reformasi (Sinar Harian 27 Mei) dan kedua, tampalan blog saya dalam bahasa Inggeris berjudul Constitution: The King and the Pauper pada 4 Jun.

Berkenaan tuduhan saudara Anwar bahawa saya ‘menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu’ adalah tidak benar oleh sebab saya secara terbuka berkata dalam mukadimah tulisan saya bahawa segala pendapat adalah pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang mungkin saya sandang.

Berkenaan dengan apa yang Anwar maksudkan sebagai ‘fakta yang boleh dipertikaikan’ itu, silalah pertikai dan berikanlah fakta yang betul. Kalau saya silap saya akan buat pembetulan dan saya mohon ampun.

Beliau mendakwa saya mempertikaikan keperluan beliau menemui raja-raja Melayu.

Saya tidak pertikai. Saya hanya berkata raja-raja tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan.

Saya tidak menafikan hakikat ‘Pakatan Harapan berusaha keras untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu’. Cuma kemudian baru saya tahu bahawa selain Anwar, ada pemimpin lain Pakatan Harapan yang menghadap raja-raja.

Saya tidak berhasrat mencetuskan polemik dengan saudara Anwar kerana ini tidak perlu. Sesiapa saja yang ingin mendalami dan memahami apa yang saya tulis boleh kembali membaca dua makalah berkenaan yang pautannya saya beri di atas.

Bacalah apa yang saya tulis bukan apa yang dipetik dan diolah semula oleh pelbagai pihak.

FITNAH MAKAN TUAN ?





PEOPLE ARE WAITING - WHEN ARE YOU GOING ARREST NAJIB TUN RAZAK ?

MAHATHIR : It's not easy. We have to find evidence that will stand up in court. 

If the evidence is not strong and he is not found guitly by the court, then all the things we have done and said will be QUESTIONED BY THE PEOPLE,".

FINTAH DAH HAMPIR NAK MAKAN TUAN ! 

apa kata Natizen ?


Sunday, June 10, 2018

ANASIR HINA RAJA-RAJA MELAYU MEMBIMBANGKAN


Bimbang tindakan terancang terhadap raja-raja Melayu


Pas bimbang jika kelakuan sesetengah pihak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V merupakan tindakan terancang untuk meruntuhkan institusi raja-raja Melayu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, rasa tidak puas hati terhadap Seri Paduka tidak boleh menjadi tiket untuk menghina dan mengecam terutama Yang di-Pertuan Agong adalah sebuah institusi yang menjadi payung negara.


Beliau juga khuatir sekiranya tindakan terancang itu bermaksud cubaan menghidupkan budaya anarkisme dan ekstremisme sosialis dalam negara ini.

“Gerakan pelampau mesti ditangani secara serius oleh pemerintah dan diharapkan masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi pekerti tidak terjebak dalam gerakan pelampau ini. Sederhana dalam semua perkara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, terdapat segelintir pihak terutamanya netizen mempersoalkan kelewatan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan dengan membuat dakwaan kononnya hal itu berlaku kerana tidak mendapat perkenan Seri Paduka.

Tambah Nasrudin, menghina bukan akhlak Islam dan budaya orang timur.

“Perbuatan menghina dan mengkritik secara keterlaluan itu bukan sahaja mencemar budaya ketimuran, malah mencetus ketegangan dan mengganggu keharmonian masyarakat dalam negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Saturday, June 2, 2018

PENGIKUT SARAWAK REPORT

PENGIKUT SARAWAK REPORT

Selama bertahun-tahun mereka berimankan apa yang "disabdakan" dalam Kitab Sarawak Report dan WSJ sebagai pedoman mereka untuk menjatuhkan kepimpinan Umat Islam di Malaysia.

Selepas 9 May lepas....semuanya telah dipadamkan dari Diari zikir mereka seharian. Teringat saya kepada kata-kata seorang lelaki akhir zaman bahawa dunia sebelum kiamat akan dipenuhi dengan fitnah dan kacau bilau.

Benarlah ....Kemenangan penfitnah hari telah mengakibatkan dunia menjadi kacau bilau. Pembunuhan dihalalkan atas nama demokrasi, fitnah dianggap satu kebebasan untuk bersuara dan kemenangan dalam  peperangan telah menjadi neraca kepada kebenaran. Yang menang dianggap benar yang kalah dianggap salah.

Maafkan andai kata-kata ini menguris perasaan pengikut kitab Sarawak Report.