Saturday, April 28, 2018

GAGAL TERCALON, PKR SALAHKAN BN







Jika ingin pergi berperang, kita kenalah siap sedia dengan kelengkapan perang. Jika kita sedar kita tak mampu pergi berperang, maka tak payahlah menyusahkan diri dan rakan-rakan membawa kita ke medan peperangan. 

Itulah yang berlaku kepada pemimpin pakatan yang langsung tak bersedia untuk bertanding  dalam Pilihan Raya Umum ke 14 ini tapi gatal nak bertanding. Semasa penamaan calon hari ini ada yang terlupa bawa kad pengenalan, ada yang tak bawa pas SPR, ada yang muflis dan ada juga yang tak layak kerana kes mahkamah.

Oleh itu tidak payahlah nak salahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau mengaitkan Barisan Nasional (BN) disebalik kesilapan dan kebodohan mereka sendiri. 


Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menegaskan, usaha PKR menanam benih kebencian dalam kalangan rakyat terhadap BN boleh dilihat sebagai usaha yang terdesak selain tidak lebih sekadar menutup malu.

Apa yang berlaku hari ini disebabkan kelemahan pemimpin PKR sendiri kerana gagal membuat saringan teliti termasuk dalam kes Naib Presiden PKR, Tian Chua yang diumumkan tidak layak bertanding di Parlimen Batu atas faktor dijatuhi hukuman denda RM2,000.

Sepatutnya mereka awal-awal lagi buat saringan dengan teliti siapa yang boleh dan siapa yang tak boleh menjadi calon bagi Pakatan. Negara kita sudah berapa kali mengadakan pilihanraya, takkan perkara sekecil ini pun mereka tak boleh selesaikan ? Jelas sekali mereka tidak bersedia. 


“Lebih teruk, pemimpin gabungan pembangkang PKR mengaitkan tindakan SPR seolah-olah ada kaitan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedangkan apa yang berlaku adalah kesilapan di peringkat parti sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah dalam sidang akhbar hari ini berkata, Tian Chua boleh mengemukakan petisyen bantahan di mahkamah sekiranya tidak berpuas hati kertas pencalonannya ditolak.

Pada masa sama, Tian Chua dilaporkan membuat laporan polis hari ini berhubung penolakan kertas pencalonannya.


Drama proses penamaan calon melibatkan gabungan pembangkang PKR disebabkan kecuaian sendiri telah mengakibatkan beberapa calonnya tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Berikut merupakan antara insiden yang melibatkan calon PKR semasa proses penamaan calon sehingga mengakibatkan pencalonan ditolak atau nyaris tidak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):


1. Parlimen Wangsa Maju 
Calon PKR, Datin Dr. Tan Yee Kew nyaris-nyaris tidak layak bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju gara-gara terlupa membawa kad pengenalan semasa proses penamaan calon. Seorang daripada pegawai Yee Kew kemudiannya terpaksa pulang ke rumah calon tersebut di Subang bagi mengambil kad pengenalannya. 

2. Parlimen Batu
Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak dapat mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak tahun 2008 apabila hilang kelayakan bertanding setelah pencalonannya ditolak oleh SPR kerana beliau telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.

3.DUN Bukit Melawati
SPR menolak pendaftaran calon awal PKR, G. Sivamalar apabila mendapati alamat calon terbabit berada di luar kawasan Selangor iaitu di Raub, Pahang. Namun begitu, SPR kemudiannya meluluskan pencalonan calon gantian iaitu Juwairiya Zulkifli walaupun watikah diserahkan melalui kiriman faks.

4. DUN Bukit Pasir
Pencalonan Fizi Jihat yang mewakili gabungan pembangkang PKR ditolak SPR disebabkan nama Fizi masih tersenarai sebagai seorang muflis dalam rekod Jabatan Insolvensi. 

5. DUN Rantau
Penyandang kerusi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding apabila lawan beliau daripada PKR, Dr. S. Streram tidak menyerahkan borang pencalonan dalam tempoh yang ditetapkan kerana gagal mengemukakan pas calon SPR di bahagian masuk pusat penamaan.

6. DUN Kuala Balah
Pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Datuk Adhan Kechik dengan calon Pas, Mohd. Apandi Mohamad dimuktamadkan apabila SPR menolak pencalonan calon PKR, Dr. Mohd. Hafidz Rizal yang disahkan bankrap. 

7. DUN Tawang
 Calon PKR, Mohd. Azihan Che Seman turut menerima nasib sama apabila pencalonannya ditolak SPR disebabkan alamat kad pengenalan yang berada di luar Kelantan. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment