Saturday, April 28, 2018

EMPAT PANGLIMA PEMBANGKANG MENENTANG PERDANA MENTERI



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Najib yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pekan berarak bersama ribuan penyokong parti itu bermula dari pekarangan bangunan UMNO di sini pukul 8.40 pagi.


Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut mengiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun; calon BN DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali; calon BN DUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff dan calon BN DUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.

Parlimen Pekan bakal menyaksikan pertandingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon Barisan Nasional (BN) dengan calon gabungan pembangkang PKR daripada PPBM, Zahid Mat Arip; Kapten (B) Ahiatudin Daud mewakili Pas dan calon Bebas, Datuk Paduka Abd. Kadir Sainudin.

Pengumuman tersebut dibuat pada pukul 11.30 pagi ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pekan, Mohd. Yusli Ibrahim Mohd. Yunus di Padang Arena Mahkota di sini.


Berikut senarai calon Parlimen Pekan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalamnya:

P.085 PEKAN (89,076 pengundi)

M: 88.00 %  C: 2.01 %  I: 0.83 %  L: 9.17 %

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)

2. Ahiatudin Daud (Pas)

3. Zahid Mat Arip (gabungan pembangkang PKR)

4. Datuk Paduka Abd. Kadir Sainudin (Bebas)

Penyandang: Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)

Majoriti: 35,613 undi



N.20 PULAU MANIS (20,430 pengundi)

M: 92.19 %  C: 2.64 %  I: 0.69 %   L: 4.48 %

1. Datuk Seri Khairuddin Mahmud (BN)

2. Zainuddin Noh (Pas)

3. Abu Bakar Lebai Sudin (gabungan pembangkang PKR)

Penyandang: Datuk Khairuddin Mahmud (BN)

Majoriti: 5,596 undi



N.21 PERAMU JAYA (32,356 pengundi)

M: 92.53%  C: 3.26 %  I: 1.22 %   L: 2.99 %

1. Datuk Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali (BN)

2. Abu Kassim Manaf (Pas)

3. Datuk Salim Abd. Majid (gabungan pembangkang PKR)

Penyandang: Datuk Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali (BN)

Majoriti:7,627 undi



N.22 BEBAR (15,002 pengundi)

M: 68.88 %  C:  0.91 %  I: 1.20 %  L: 29.01%

1. Datuk Fakhruddin Mohd. Ariff (BN)

2. Mohd. Nazhar Othman (Pas)

3. Afif Syirol Abdul Rahman (gabungan pembangkang PKR)

Penyandang: Datuk Fakhruddin Mohd. Ariff (BN)

Majoriti: 6,715 undi



N.23 CHINI (21,288 pengundi)

M: 90.57 %  C: 0.26 %  I: 0.10 %   L: 9.07 %

1. Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN)

2. Mohd. Fadhil Noor Abdul Karim (Pas)

3. Mohamad Razali Ithnain (gabungan pembangkang PKR))

Penyandang: Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN)

Majoriti: 7,675 undi

Dalam PRU-14, Perdana Menteri mempertahankan kerusi Parlimen Pekan untuk penggal ke-10.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), beliau mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 setelah memperoleh 35,613 majoriti undi.

Beliau menduduki kerusi berkenaan selepas memenangi pilihan raya kecil Parlimen Pekan tanpa bertanding pada 1976 yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa beliau dan Perdana Menteri kedua.



 - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment