Tak masuk akal ! Itulah perkataan yang sewajarnya dianugerahkan kepada Manifesto Pakatan Harapan. Apa mereka ingat mentadbir negara ini boleh dibuat main-main dengan mengula-gulakan rakyat dengan janji kosong dan tak berpijak dibumi yang nyata.
Pakatan yang diketuai DAP menjanjikan akan melaksanakan 10 perkara dalam tempoh 100 hari jika dapat menawan Putrajaya, antaranya memansuhkan perlaksanaan cukai GST dan memperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.
GST seperti yang kita ketahui menyumbang RM45 bilion kepada pendapatan negara. Adalah tidak masuk akal untuk negara kehilangan sebahagian besar sumbangan GST kepada pendapatan negara. Bagaimana mereka ingin menguruskan perbelanjaan negara dengan kehilangan pendaptan sebegitu besar.
Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semua janji yang ditawarkan dalam manifesto itu dilihat tidak munasabah dan hanya lebih bersifat populis dengan matlamat memancing undi pilihan raya.
"Manifesto Pakatan Harapan hanyalah omogan kosong yang kita lihat janjinya tidak boleh ditepati. Mereka hanya memainkan perasaan rakyat dengan mengadakan pelbagai janji populis jangka pendek dan tidak mempunyai hala tuju dan masa depan.
Idea dalam manifesto pembangkang merupakan copy-paste idea 2013 yang sehingga kini langsung tidak ditunaikan oleh mereka. Pendek lata semuanya menipu belaka. Sedangkan sudah dua penggal mereka berjaya kekal di Pulau Pinang dan Selangor. Mahukah rakyat sekali lagi dipermainkan oleh mereka ?
Lima Teras utama yang ditampilkan dalam manifesto pembangkang mengulangi janji-janji kosong menghapuskan tol. Dahulu semasa PRU 13 pun mereka memberi janji-janji yang sama. Namun tak ada satu tol pun yang dimansuhkan sebaliknya dinaikkan lagi.
Janji dan Harapan rakyat dipersia-siakan oleh pembangkang tanpa rasa malu dan bersalah.
Sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan kata perlu dikotakan dengan menamatkan operasi tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor sejak 1 Januari lalu. Justeru itu sewajarnya rakyat melihat siapa yang boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment