Sunday, January 21, 2018

ZAMAN DAH BERLALU, REHAT AJELAH TUN !



Tindakan Tun Dr. Mahathir Moha­mad mencabar Pas menamakan calon Perdana Menteri sementara mereka sama ada dirinya atau Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah tidak lagi relevan dalam senario politik masa kini.


Naib Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, ini kerana seseorang hanya berhak menjadi Perdana Menteri berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi sesebuah parti dalam pilihan raya umum.


“Saya geli hati dengan budaya politik lama yang dibawa Dr. Mahathir. Siapa akan jadi Perdana Menteri berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang diwakili dan bukannya perkara suka-suka. Hari ini jadi, esok ganti.

“Tekanan kepada Pas untuk membuat pilihan adalah mudah kerana pastinya bukan Najib atau Dr. Mahathir tetapi kita memilih tokoh daripada Gagasan Sejahtera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mencabar Pas menyatakan pendirian mereka sama ada bersetuju menerima dirinya atau memilih Najib sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Setia­usaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Dr. Mahathir perlu menyedari dirinya tidak diterima Pas terutama apabila rundingan yang dilakukan PPBM bersama parti tersebut kerap menemui jalan buntu.

Katanya, Dr. Mahathir tidak berhak meminta Pas menyatakan pendirian mengenai calon yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Tindakan Dr. Mahathir hanya satu cubaan untuk mengalihkan isu pencalonannya sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan kerana beliau menye­dari ramai penyokongnya menolak pencalonan tersebut.

“Dr. Mahathir tidak berhak mencabar Pas menyatakan pendirian kerana itu adalah hak mereka untuk menyokong sesiapa sahaja,” katanya.

Jelas Kamarul Azman lagi, tindakan Dr. Mahathir itu bukan sahaja cubaan untuk meletakkan Pas dalam keadaan serba salah malah beliau cuba menarik Perdana Menteri dalam kancah perbalahan tersebut.

“Dr. Mahathir dan PPBM sa­ngat kecewa kerana sebelum ini jelas Pas enggan bekerjasama dengan mereka malah dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mendakwa Pas lebih menerima beliau berbanding Dr. Mahathir.

“Beliau juga menyedari PPBM tidak mempunyai pengaruh yang kuat untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan dan bagi mencapai matlamat tersebut pastinya Dr. Mahathir mengharap­kan sokongan Pas,” ujarnya.



No comments:

Post a Comment