Saturday, January 20, 2018

JENTERA PEMBANGKANG DI ARAH SERANG PANGLIMA UMNO




Mereka takut, mereka gelabah, mereka tak ada isu, sebab itulah kita lihat pembangkang tak habis-habis putar isu lama yang sudah selesai. PRU 14 sudah dekat, Panglima UMNO ini semakin garang, menyerang pembangkang dimerata tempat. Siapa yang mempu menyekatnya ? Mereka perlu menyekat beliau tetapi bagaimana dan kenapa mereka begitu takut dengan gerakkan nya diseluruh negara. 


Kerana mereka tiada isu untuk diputar belitkan lagi. ITUlah cara mereka bagi mengabui mata rakyat kononnya mereka membuat kerja. Apa kerja mereka sebenarnya? Kononnya mereka mengelar diri mereka pembongkar penyelewengan kerajaan. Tapi bila penyelewengan mereka yang terdedah, mereka melompat bagaikan kepanasan. 

Kali ini mereka menyerang sekali lagi Panglima UMNO, iaitu Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkenaan isu MARA "pelaburan menerusi sayap syarikat MARA Inc" di luarnegara. Jelas sekali "target" atau sasaran mereka adalah Tan Sri Annuar Musa yang sering lantang menyerang kebobrokan pembangkang.

Tapi apalah yang nak diherankan sangat dengan pembangkang, mereka menembak membabi buta. Serkap jarang dan membuat fitnah. Akhirnya mereka juga tertembak sesama sendiiri. Entah saya pun hairan dengan pembangkang ini, mereka tahu mereka tak cukup fakta, mereka tahu fakta mereka tak betul dan boleh dipatahkan, tetapi mereka tetap ingin menyerang. Saya sifatkan perbuatan ini hanyalah serangan bodoh yang tak ada tujuan dan matlamat.  


Telah dinyatakan sebelum ini berkenaan isu yang mereka fitnahkan, sebenarnya tiada apa-apa pembelian atau transaksi pembelian aset diluar negara semasa MARA dibawah seliaan Tan Sri Annuar Musa. Semua urusan pembelian aset MARA di Australia berlaku sebelum Tan Sri Annuar menjadi Pengerusi lagi. Sebab itulah Tan Sri Annuar tidak sedikit pun rasa risau atau bimbang untuk merungkaikan segala permasalahan yang berlaku. Beliau sendiri mahukan perkara ini disiasat dengan telus dan terperinci. 

Bahkan Tan Sri Annuar sendiri telah hadir ke SPRM untuk menyerahkan berkenaan maklumat terkini berhubung pembelian unit hartanah tersebut. Jelas sekali ini menunjukkan Tan Sri Annuar memberi sepenuhnya komitmen beliau bagi merungkai permasalahan ini. Ini juga didorong oleh rasatanggungjawab beliau sebagai Pengerusi MARA ketika itu untuk membantu pihak SPRM menjalankan siasatan dalam kes berkenaan.

Penulis sedar dan begitu juga Tan Sri Annuar sedar, ramai mata yang memandangnya dengan niat yang mereka sendiri boleh faham. Tan Sri Annuar bukanlah orangnya yang boleh mereka hulur-hulurkan proposal dan lulus dengan semudah itu. Tidak usahlah mereka berfikir untuk melobi dan sebagainya. Seeloknya lupakan sajalah kalau sudah ada niat begitu. 

Siapa yang pernah bekerja dan berurusan dengan beliau tentu kenal bagaimana beliau berurusan. Bagi beliau integriti, amanah dan tanggungjawab yang Perdana Menteri Amanahkan kepada beliau menjadi azimat untuk berkhidmat penuh dengan penuh dedikasi. Pada beliau segala urus tadbir mesti dibuat dengan telus, bersih dan amanah. Sebarang salahlaku tidak boleh diambil ringan walaupun sekecil mana sekali pun, Itulah Tan Sri Annuar Musa. 

No comments:

Post a Comment