Friday, December 1, 2017

DAP RACUN KEPADA PERPADUAN NEGARA




Ideologi yang diperjuangkan DAP jelas menunjukkan parti itu tidak mengamalkan sikap keharmonian, sebaliknya lebih cen­derung memecahbelahkan per­paduan masyarakat sehingga di­khuatiri boleh menjadi ra­cun kepada negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemimpin DAP kini secara terus-teru­s­an­­ memainkan isu sensitif yang hanya akan memberikan imej­ negatif kepada negara.


“Mereka terus menyerang­ UM­NO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti yang mewakili masyarakat Cina dengan pelbagai kisah yang tidak benar.

“DAP mahu masyarakat Cina terus menyokong mereka dan dalam masa sama memerlukan sokongan orang Melayu untuk mengukuhkan parti ter­sebut,” katanya ketika menjadi mo­derator dalam program Diskusi UMNO Onli­ne: Anda Tanya Ki­ta Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Program yang ber­langsung selama sa­tu jam itu turut menam­pilkan dua panel iaitu Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan serta bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman.

Kedua-dua panel membin­­ca­ng­­­‑kan sikap DAP yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk memburuk-burukkan negara de­mi kepentingan politik.

Annuar menjelaskan, rakyat perlu bijak memilih parti yang benar-benar boleh mempertahan­kan mereka dan bukannya yang hanya menyemai sikap kebencian.

“Keharmonian dan perpaduan yang ada di negara ini sangat berharga dan tidak boleh ditukar dengan apa sahaja alasan terma­suk kepentingan politik.

“Malah sikap DAP yang sering mendapatkan sokongan daripada pihak luar sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada negara,” katanya.

Tambahnya lagi, sikap pe­mimpin DAP juga terserlah di Parlimen apabila mereka sering menggunakan bahasa yang kasar dan mengeluarkan perkataan sen­sitif.



No comments:

Post a Comment