Tuesday, September 26, 2017

PENGANGKUTAN AWAM DARAT - MEMACU EKONOMI KE ARAH NEGARA MAJU



Sistem pangangkutan negara kita semakin hari semakin moden dan efisyen. Kuala Lumpur yang dahulunya cukup dikenali dengan kotaraya yang penuh sesak dengan kenderaan, hari ini sedikit-demi sedikit sudah beransur reda. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurang di beberapa tempat ia ketara. 

Kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat. Terutama kepada warga kota yang sehari-hari berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Ini tidak bermakna keperluan pengangkutan awam di desa tidak di perdulikan. Sesuatu pengangkutan awam dibina mengikut keperluan penduduk di sesuatu tempat. 

Adalah tidak kena pada tempatnya jika pengangkutan awam seperti, LRT, Monorel, MRT di bina dikawasan kampung dan pendalaman. Siapa dan berapa ramai yang akan menggunakannya ? Tetapi itulah yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang iri hati dengan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan. 

Sejak MRT Sungai Buloh - Kajang (laluan SBK) beroperasi pada 17 Julai 2017 yang lalu, ia telah mencatat peningkatan penumpang lebih dari dua juta orang. Dan angka ini semakin hari semakin meningkat. Bukan itu sahaja, dengan terbinanya MRT SBK ini, ianya telah mengurangkan jumlah kenderaan sebanyak 160,000 kenderaan di jalan raya. Ini satu pencapaian seperti yang diharapkan. 

Hasil daripada kejayaan ini Perdana Menteri mahukan MRT 2 dan 3 dipercepatkan lagi pembinaannya kerana ia amat memberi manfaat kepada rakyat. Walaupun sebelum ini ada yang memperkecilkan usaha ini diatas beberapa kelemahan kerana terdapat kawasan tertentu tidak dimasukkan di dalam jajaran khidmat pengangkutan. Kali ini, lebih banyak kawasan perumahan dan perbandaran yang direntasi oleh laluan MRT ini.

Impian Perdana Menteri untuk melihat Sistem Pengangkutan Bersepadu Lembah Kelang dilaksanakan sebelum 2018 akhirnya berjaya direalisasikan. Ini satu bukti bahawa Perdana Menteri begitu kommited bagi melaksanakan pengangkutan awam yang moden dan setaraf negara maju. 

Sudah tentulah mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisyen merupakan perintis kepada pertumbuhan ekonomi negara.Oleh kerana itulah kerajaan di bawah Program Transformasi Negara( NTP), telah meletakkan peningkatan Pengangkutan Awam di Bandar sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama. 

Kerajaan juga telah mengembangkan laluan LRT dengan Projek Sambungan Laluan (LPE) dengan 15 stesen yang merentasi kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi seperti Subang Jaya, Glenmarie, Kinrara dan Puchong, manakala projek Transit Aliran Ringan 3 atau LRT3 pula dijangka akan berupaya menampung 74,000 pengguna sehari dan menghubungkan koridor Barat Lembah Kelang seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang.

Begitulah perubahan sistem pengangkutan awam negara yang bergerak dengan begitu pantas sekali dalam jangka masa tidak sampai 7 tahun, negara sudah boleh berbangga kerana memiliki sistem pengangkutan yang canggih serta prasarananya yang sangat efisyen dengan pengunaan alatan moden dan terkini.

Sebenarnya masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk merealisasikan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, yang penting keyakinan bahawa kita di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran perkongsian pengangkutan awam 40 peratus menjelang 2030 di Semenanjung Malaysia.



















No comments:

Post a Comment