Pemimpin DAP bukan sahaja menipu rakyat Malaysia, bahkan penyokong dan ahli DAP sendiri di tipu hidup-hidup oleh DAP. Pemimpin atasan DAP tidak pernah habis dengan politik kotor mereka, sehinggakan ahli naik muak dan meluat dengan retorik mereka.
Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan yang tidak puashati dengan pemilihan Jawatan Eksekutif Pusat (CEC) mahukan pimpanan DAP yang masih belum sah mempamerkan senarai nama yang layak mengundi dalam pemilihan semula CEC lepas berdasarkan senarai nama pada 2012.
Penulis tidak yakin pemimpin DAP berani berbuat demikian. Sudah tentu semua yang telah di pilih akan kantoi dengan penipuan yang mereka buat selama ini. Sebenarnya kebanyakan ahli DAP pun sedar tentang penipuan dan taktik jahanam pemimpin mereka. Mereka hanya tunggu masa untuk "kuburkan" politik anak beranak Dinasti Lim.
Perangai buruk mereka ini telah lama didedahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bahawa DAP ini tidak pernah pernah habis bermain politik. Tidak pernah dalam pemikiran pemimpin DAP untuk bantu rakyat melainkan bermain politik.
Sebab itu tidak heran jika Presiden MCA itu menemplak pemimpin DAP sebagai pemimpin gila kuasa, “Dalam parti DAP tidak ada demokrasi… dalam parti itu yang ada hanya Lim Kit Siang dan anaknya (Lim Guan Eng) sdn berhad. Ia satu syarikat bapa dan anak"
Beliau yakin jika diadakan pemilihan CEC DAP dengan telus dan adil, Dinasti Lim akan terkubur, kerana ahli DAP sendiri sudah masak benar dengan kelicikan kedua-dua anak beranak tersebut.
Kali ini ahli akar umbi DAP akan menolak sebarang usaha penipuan, pemalsuan atau taktik licik yang dijalankan oleh beberapa kumpulan tertentu yang akan mencemarkan pemilihan yang dijangka diadakan awal bulan hadapan.
Sudah tentu pemilihan CEC kali ini akan di pantau oleh ahli-ahli DAP dengan penuh curiga. Bahkan seluruh negara akan melihat bagaimana Dinasti Lim sekali lagi akan membuat aksi silap mata bagi mengabui mata pemilih.
Tidak dapat tidak DAP tetap perlu mengadakan pemilhan semula CEC atau mereka berhadapan dengan pengharaman oleh ROS. Dinasti Lim bagaikan berada di persimpangan yang mana dihadapan mereka harimau yang ingin menerkam dan dibelakang mereka jurang yang sangat dalam.
Kita nak lihat adakah DAP berani mempamerkan semua nama-nama perwakilan yang layak mengundi di akhbar-akhbar tempatan. Penulis yakin kali ini Dinasti Lim akan tumbang. Kita tunggu dan lihat.
“
No comments:
Post a Comment