Saturday, September 9, 2017

MRT 3 BAKAL DI LAKSANA LEBIH AWAL



Jelas sekali Transit Aliran Massa (MRT) telah memberi impak yang positif kepada rakyat dan negara.  Rata-rata rakyat menyambut baik projek PRORAKYAT ini sehinggakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melepaskan peluang merasai pengangkutan awam bertaraf dunia itu. 

Penulis sendiri telah menaiki MRT sebanyak 5 kali pada awalnya fasa 1 memang tak ramai yang menggunakananya kerana ia belum siap sepenuhnya. Namun selepas siap sepenuhnya Fasa ke 2 iaitu dari Sungai Buloh ke Kajang, semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan MRT.

Impak paling terkesan yang penulis dapat lihat dengan mata kepala sendiri ialah kesesakan lalu lintas sudah beransur-ansur kurang. Walaupun masih ada namun ianya sudah kelihatan reda. Jika di Selayang baru, selepas bulatan besar Jalan Kuching begitu selesa bergerak sehingga simpang Jalan Ipoh.  Kesesakan hanya berlaku dekat Pasar Borong sahaja. 


Ianya mungkin kesan daripada ramai orang menggunakan perkhidmatan KTM di Batu Caves dan Taman Wah Yu. Tidak seperti sebelum ini, dari Selayang hinggalah ke Bulatan Jalan Duta kereta bersesak-sesak. Inilah kesannya apabila rakyat mula menggunakan pengangkutan awam. 

Justeru itu tidak hairanlah jika Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendapat lampu hijau cadangan  agar MRT 3 dipercepatkan setelah mendapat respon positif dari YAB Perdana Menteri. MRT 3 bakal dibina di laluan berimpak tinggi dekitar Greater KL yang menghubungkan lebih banyak stesen. 

MRT 1 fasa 1 dan fasa 2 yang telah menunjukkan prestasi yang cukup baik, rata-rata rakyat yang menggunakan perkhidmatan MRT menyatakan mereka cukup berpuashati dan sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri. Sehinggakan bekas Perdana Menteri yang kuat menentang pun tak sabar hendak merasai pengangkutan moden bertaraf dunia. 

MRT 1 SBK sepanjang 51 kilometer melalui 31 stesen termasuk 7 stesen bawah tanah telah beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2017. Sebelum itu fasa 1 Sungai Buloh Semantan telah mula beroperasi dahulu pada 16 Disember 2016.

Seterusnya MRT 2, Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya  dijangka siap pada tahun 2024. Manakala MRT 3 yang akan melalui laluan Greater KL bakal siap pada tahun 2027.  Setiap projek  mengambil masa 5 tahun tempoh untuk siap oleh sebb itulah Liow Tiong Lai mahu ianya dipercepatkan pembinaannya agar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara sepenuhnya.





No comments:

Post a Comment