Kebiasaan purata perjalanan dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 7 jam hingga ke 12 jam kini dijangkakan dengan adanya ECRL nanti perjalanan itu dapat disingkatkan kepada 4 jam sahaja.
Projek ini merupakan satu kerjasama strategik perindutrian antara Malaysia dengan China. Landasan yang sepanjang 688 kilometer bakal memberi manfaat kepada lebih 4.4 juta penduduk terutama di Pantai Timur.
ECRL ini apabila siap kelak akan melalui 12 stesen awam di bandar-bandar utama di Pantai Timur yang mana akan meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan sekitarnya. Ini akan menjawab tohmahan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ECRL projek yang menghabiskan duit rakyat.
Keseluruhannya ECRL mempunyai 22 stesen termasuk kawasan perindustrian dan perlabuhan. Justeru ianya semamangnya bakal memberi merangsangkan lagi kerancakan ekonomi di kawasan Pantai Timur. Ini kerana landasan ini bersambung dengan laluan dari Pelabuhan Klang di Selangor menuju ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
No comments:
Post a Comment