Sunday, August 13, 2017

ECRL : PEMBANGKANG CUBA CETUS KONTROVERSI




Sebenarnya kita sudah boleh agak akan serangan pembangkang apabila ECRL  dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Serangan ini bukan bermula baru-baru ini bahkan sejak Perdana Menteri membuat lawatan ke negara China pada awal projek ini dahulu.

Bukan sekali penerangan dan penjelasan telah di buat oleh kerajaan berkenaan dengan hubungan Malaysia dan China atas isu ECRL ini, namun mereka memilih untuk buat-buat tidak faham dan menghasut rakyat demi kelangsungan politik sempit mereka.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkali-kali menjelaskan bahawa kerjasama antara Malaysia dan China merupakan hubungan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Tuduhan bahawa China bakal menjajah Malaysia melalui projek-projek usahasama merupakan tuduhan yang dangkal dan tidak berpijak kepada fakta yang sebenar. Ianya lebih kepada ingin membakar sentimen perkauman.

Mereka bukan tidak tahu betapa pentingnya projek ini kepada rakyat Pantai Timur. Sudah lama rakyat disini mengidam-idamkan pembangunan dan kemajuan. Inilah masa dan ketikanya kerajaan membuktikan keikhlasan dengan membawa pelaburan yang besar ke tiga negeri di Pantai Timur.

Tiong Lai juga mengingatkan agar rakyat berhati-hati dengan golongan yang cuba merosakakn hubungan antara Malaysia dan China tanpa memikirkan kepentingan negara di masa hadapan. Mereka tidak fikir lain melainkan kepetingan politik mereka, jadi usahlah berharap mereka akan fikir periuk nasi rakyat. 


Bagi pembangkang ECRL ini hanya akan merugikan negara dan rakyat tanpa menilai kebaikannya pada masa akan dantang. Apakah mereka fikir landasan sepanjang 688 kilometer ini di bina dengan sia-sia. Bayangkan berapa banyak perniagaan bakal hidup, berapa banyak kargo dapat diangkut dengan lebih efisyen, berapa masa dapat dijimatkan dan berapa ramai pelancong akan dapat melawat tempat-tempat yang mereka rancang dengan mudah dan selesa. 

No comments:

Post a Comment