Tuesday, August 15, 2017

OPS SAJI, LHDN AKAN BUAT LAWATAN KEPADA PEMBAYAR CUKAI



 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan lawatan, audit dan siasatan terhadap 7,829 pembayar cukai di seluruh negara menerusi Op Saji dalam usaha meningkatkan pematuhan cukai dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengisytiharkan cukai. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim berkata operasi berkenaan akan memfokuskan kepada rantaian industri makanan seperti restoran, katering, kafeteria, kilang memproses makanan dan sebarang aktiviti berkaitan perniagaan makanan.

"Operasi ini bermula 14 Ogos hingga 25 Ogos di seluruh negara, yang melibatkan tiga aktiviti iaitu Lawatan Banci Bisnes (LBB), Audit Cukai dan Siasatan Cukai," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kunjungan Mesra Hasil Berfokus dan Op



Beliau berkata bagi LBB, pihaknya akan menemuduga pemilik premis, mengumpul maklumat perniagaan dan membuat semakan sama ada perniagaan terbabit telah berdaftar dengan LHDN atau belum.



"Kemudian semakan audit menyeluruh terhadap syarikat dan individu yang menjalankan perniagaan berkaitan makanan akan dilakukan dan mereka boleh dikenakan taksiran tambahan dan penalti jika didapati membuat pelaporan yang salah," katanya. Abdul Manap berkata, kadar penalti yang boleh dikenakan ialah antara 45 peratus hingga 100 peratus daripada amaun cukai yang kurang dilaporkan.


Beliau berkata, aktiviti siasatan pula merupakan langkah penguatkuasaan yang bertujuan untuk mencegah pelarian cukai, mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dan mendakwa mereka di mahkamah jika didapati melakukan kesalahan.
Katanya seramai 1,479 pegawai dari 37 cawangan LHDN seluruh negara terlibat dalam operasi itu.


Sementara itu berucap pada majlis itu beliau berkata LHDN akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan operasi seumpama itu dengan lebih kerap kerana ia dapat meningkatkan kesedaran serta pematuhan cukai secara sukarela.


"Ia juga akan memberi isyarat kepada golongan yang tidak patuh atau mengelak membayar cukai bahawa LHDN serius dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga yakin impak daripada operasi berterusan itu dapat menarik kira-kira 20,000 pembayar cukai datang melapor kepada LHDN secara sukarela.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment