Saturday, August 19, 2017

BENARKAH ECRL PROJEK YANG MERUGIKAN NEGARA ?




Memang agak melucukan apabila tersebar di media sosial kononnya tambang keretapi Rangkaian Rel Pantai Timur ECRL RM2700 sehala. Bukan sahaja melucukan bahkan sangat tidak masuk akal. Entah macam mana pengiraan yang mereka buat agaknya. Cubaan beberapa kerat pemimpin pembangkang untuk memburuk-burukkan usaha kerajaan memajukan negara nampaknya agak terdesak sehingga mencipta idea karut itu.

Projek ECRL sebenarnya membuka ruang yang besar untuk ekonomi negara terutamanya di negeri-negeri sebelah Pantai Timur. Selama ini pembangunan hanya tertumpu di lembah Klang, namun di ERA Pentadbiran Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, pembangunan  akan dibawa keseluruh negara. 




Perdana Menteri mahukan pembangunan yang menyeluruh ke seluruh negara dan bukannya tertumpu di bandar-bandar sahaja. 

Pembangkang sebelum ini begitu lantang mempertikai kerajaan kononnnya hanya memberi tumpuan kepada pembangunan di bandar besar, sedangkan penduduk di luar bandar terabai dan tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya. Kenyataan ini mereka kaitan dengan kejayaan pembinaan MRT baru-baru ini.

Tuduhan ini bukan sahaja tidak berasa bahkan jauh menyongsang dari fakta yang sebenar. Keperluan penduduk di bandar akan kemudahan pengangkutan awam seperti MRT adalah kerana kesesakan lalu lintas yang sangat meruncing. Apakah pembangkang ada idea lain untuk menyelesaikan masalah ini ? Jawapannya tiada melainkan komplen. Sudah tentulah MRT ini tidak sesuai di bina di kampung-kampung luar bandar.  

Oleh itu kerajaan merangka sesuatu yang lebih baik bagi penduduk luar bandar. Dan ECRL adalah salah satu kepada jawapan tersebut. Selain dapat mengurangkan kesesakan semasa musim perayaan, ianya juga dapat mengurangkan kemalangan jalanraya  yang biasanya meningkat pada setiap kali musim perayaan.

Dengan adanya ECRL ini juga industri pelancongan negara akan meningkat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur. Pelancong terutama pelancong asing akan lebih mudah merentas ke negeri-negeri Pantai Timur dengan lebih cepat dan efisyen. Bukankah semua ini akan memberi impak besar kepada ekonomi negara, pembangkang tahukah semua ini?

Janganlah hendak dibandingkan pengangkutan awam di Lembah Klang, itu perbandingan yang  tidak adil dan tepat. Lembah Klang ini nadi ekonomi negara. Dengan aktiviti-aktivit ekonomi yang pesat sudah tentulah memerlukan pegangkutan yang lebih cepat dan efisyen agar ianya berjalan lebih lancar.

Oleh itu sistem pengngkutan awam di Lembah Klang perlu mencapai tahap yang maju dan cekap barulah sistem pengangkutan awam di kawasan-kawasan lain dimajukan dan dinaikan taraf.

Jika dilihat semua sistem pengangkutan di seluruh negara akhirnya dihubungkan dengan kawasan-kawasan di Lembah Klang termasuklah ECRL ini, station akhirnya ialah di Gombak.

Contoh terdekat ialah Negeri Sembilan. Ramai yang bekerja di Kuala Lumpur menetap di Negeri Sembilan antaranya di Nilai. Banyak perumahan baru di bina di Nilai. Pengangkutan awam darat seperti KTM memudahkan orang ramai yang bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pusat perniagaan dan pusat pentadbiran kerajaan.


Jadi, mahu tidak mahu, sistem pengangkutan awam di Lembah Klang perlu dimajukan dan selepas itu kesannya akan dirasai oleh negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan.

Sebab itulah kerajaan telah mengambil langkah tepat memajukan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Dari satu sudut lain pula, kerajaan tidak pernah melupakan pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar. ECRL adalah satu contoh bahawa kerajaan berusaha untuk memajukan sistem pengangkutan awam di ne­geri-negeri Pantai Timur.

Sebelum ini, umum mengetahui mengenai projek Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Lembah Klang dengan ­negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia dan Si­ngapura. Tidak kurang juga, kerajaan telah melancarkan Per­khidmatan Kereta api Elektrik (ETS) yang menghubungkan Lembah Klang dengan negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Maka sudah sampai masanya ECRL menjadi penghubung antara ­negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Cuma malang sekali, kerajaan telah menyediakan sistem pe­ngangkutan awam di seluruh negara tetapi dalam tempoh jangka masa panjang, kelestariannya tidak dijaga. Misalnya, dari segi kebolehpercayaan pengguna terhadap ketepatan masa sesuatu sistem pengangkutan awam itu sendiri.

Penulis sendiri telah mengalami peristiwa yang sukar dilupakan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan uda­ra melibatkan sebuah syarikat penerba­ngan swasta.

Peristiwa ini berlaku pada Mac lalu yang mana jadual penerbangan penulis dari Kuala Terengganu ke Subang telah dibatalkan tanpa dimaklumkan oleh pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut.

Penulis hanya dimaklumkan mengenai pembatalan jadual penerbangan semasa ingin membuat pendaftaran masuk di kaunter syarikat penerbangan tersebut. Pembatalan jadual ­penerbangan itu telah memberi kesan terhadap jadual penerba­ngan penulis dari Subang ke Alor Setar pada hari yang sama.

Apa yang menghampakan penulis, kakitangan syarikat penerbangan berkenaan tidak bertindak pantas menyelesaikan isu ini sedangkan ramai lagi penumpang mengalami masalah yang sama yang dicetuskan sendiri oleh syarikat penerbangan tersebut.

Dipendekkan cerita, akhirnya penulis dapat juga mendaftar masuk dengan cara manual, iaitu pas pelepasan dan label beg yang sepatutnya didaftar masuk secara berkomputer telah ditulis dengan tangan. Kedua-dua pas pelepasan dan label beg yang ditulis tangan tersebut disimpan oleh penulis sehingga ke hari ini.

Selain itu, penulis juga ada membuat aduan bertulis kepada syarikat berkenaan setibanya penulis di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada hari berkenaan, Namun, sehingga ke hari ini tiada sebarang jawapan daripada mereka.

Oleh kerana berasa hampa dengan kualiti perkhidmatan pengangkutan udara yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan, penulis mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi penumpang setia syarikat penerbangan tersebut.

Justeru, untuk bergelar sebagai sebuah negara maju, mahu tidak mahu, sistem pengangkutan awam yang cekap perlu dikekalkan dan dilestarikan tanpa memperjudikan kualiti ­perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Sememangnya rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan memiliki sistem pengangkutan awam bertaraf dunia yang telah dan sedang diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan.

Namun,tanggungjawab ini ju­ga perlu dipikul oleh individu rakyat Malaysia dan syarikat yang mengendalikan pengangkutan awam bagi memastikan sistem pengangkutan awam Malaysia kekal lestari untuk diwarisi kepada generasi masa hadapan.



 

No comments:

Post a Comment